Kolaborasi Coolblog Dan Farm Fresh Kathira Smoothie Bandung Smoothie


Korang semua mesti dah pernah try minum di Coolblog kan? Seingat aku, sebelum wujudnya brand-brand lain jual bubble tea dan sebagainya, Coolblog adalah salah satu brand terawal yang menjadi perintis dalam business minuman seperti smoothie dan bubble tea. Aku sendiri pun selalu singgah beli smoothie di Coolblog. Memandangkan sekarang ni macam dah lama tak basahkan tekak dengan minuman dari Coolblog, jadi aku ambil keputusan untuk singgah di outlet KL Sogo untuk moreh.

Kebetulan, sekarang ni Coolblog ada menawarkan dua (2) minuman terbaru sempean bulan Ramadan iaitu Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie. Jadi, aku tak lepaskan peluang untuk order kedua-duanya untuk try sendiri. Untuk pengetahun korang, 2 minuman isitimewa sempena Ramadan ini adalah hasil kolaborasi antara Coolblog Malaysia bersama Farm Fresh. Minuman Coolblog Kathira Smoothie & Bandung Smoothie dilengkapkan dengan Susu Kurma Farm Fresh untuk menghasilkan minuman Tradisi penuh kenikmatan dalam memeriahkan suasana Ramadan

Coolblog tampil dalam memeriahkan sambutan Ramadan dengan kempen Tradisi Cool Ramadan. Kempen ini diterajui oleh dua minuman terbaharu iaitu Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie. Berbeza dari tahun-tahun sebelum ini, Coolblog pertama kalinya menyajikan minuman baharu mereka bersama jenama susu terkenal tempatan iaitu Farm Fresh. Kolaborasi ini menambahkan lagi keenakkan rasa Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie kerana menggunakan Susu Kurma Farm Fresh


Didatangkan dalam saiz 700ml dan dijual pada harga RM9.80 untuk Kathira Smoothie dan RM8.80 untuk Bandung Smoothie setiap satu, penggemar Coolblog boleh mendapatkan rasa Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie di seluruh cawangan Coolblog yang berhampiran. Jangan ketinggalan untuk mencuba sendiri memandangkan tawaran minuman ini adalah terhad untuk bulan Ramadan sahaja

Secara tidak langsung, Coolblog sekali lagi mengangkat minuman nostalgia seperti bandung dan kathira dengan menyuntik nafas baharu mengikut citarasa orang ramai masa kini melalui kempen Tradisi Cool Ramadan. Keistimewaan dan keunikkan nilai tradisi air kathira dan air bandung ini diterjemahkan oleh Coolblog menerusi Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie yang sememangnya menjadi menu minuman wajib oleh Coolblog sempena Ramadan. Kempen Tradisi Cool Ramadan oleh Coolblog ini telahpun menemui peminat Coolblog bermula 4 April 2021


Bagi kempen Ramadan tahun ini, Coolblog berkerjasama dengan sebuah jenama gergasi tempatan, Farm Fresh dengan menggunakan Susu Kurma Farm Fresh yang diminati ramai dalam minuman Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie. Kerjasama dua jenama tempatan ini dilihat sebagai satu gabungan yang tepat di mana Coolblog dan Farm Fresh adalah dua nama besar di pasaran serta menghasilkan minuman yang berkualiti dan mempunyai penggemar mereka yang tersendiri. Melalui kolaborasi ini, Coolblog dan Farm Fresh dapat bersama-sama meneroka pasaran baharu dan mengukuhkan lagi jenama di dalam industri


Antara esej utama kempen ini adalah untuk memberitahu umum bahawa Coolblog kini memberi penghormatan kepada minuman yang melambangkan tradisi dan nilai masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Kathira Smoothie yang diilhamkan dari minuman Kathira yang terkenal di Johor, diolah dan diberi nafas baru menggunakan bahan premium seperti air jeli pandan, selasih, jeli kurma, dan Susu Kurma Farm Fresh


Manakala, minuman Bandung Smoothie pula adalah campuran perisa ros, jeli gula perang premium dan juga Susu Kurma Farm Fresh. Pastinya, kedua-kedua minuman ini bakal menambat tunas rasa setiap pelanggan setia Coolblog. Kathira Smoothie dijual pada harga RM9.80 manakala Bandung Smoothie pula dijual pada harga RM8.80


"Kempen Tradisi Cool Ramadan diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu adalah cara kami memeriahkan sambutan Ramadan. Kempen ini bertujuan untuk memupuk semula nostalgia minuman tempatan yang menjadi pilihan utama untuk diminum ketika waktu berbuka puasa. Kerjasama dengan Farm Fresh untuk minuman Kathira Smoothie dan Bandung Smoothi menggunakan Susu Kurma Farm Fresh telah memberi nafas baru kepada minuman ikonik tempatan. Kempen Ramadan kali ini amat bermakna buat kami kerana seluruh warga kerja
Coolblog bersama-sama memerah keringat dan berusaha mencari idea kreatif untuk menyajikan minuman ini kepada pelanggan kami. Akhirnya kami berjaya mencipta rasa asli baharu yang kaya dengan tradisi dan nostalgia.
Apa yang menarik pada kempen Tradisi Cool Ramadan ini adalah pada strategi kami dalam mengimbau dan mengangkat nilai tradisi yang ada pada kedua-dua minuman tersebut. Kami percaya setiap dari kita membesar dengan tradisi oleh itu kami percaya Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie akan menjadi pilihan utama para pelanggan kami untuk dijadikan minuman sewaktu berbuka puasa nanti.
Kami berpegang teguh kepada bahan-bahan utama yang menjadikan kedua-dua minuman ini seakan minuman ikonik masyarakat setempat, tetapi kami memberikan olahan dan sentuhan Coolblog bersama Farm Fresh bagi menghasilkan rasa minuman yang amat sedap dan menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia.”
Wan Zaidi Zakaria, Pengurus Pemasaran Coolblog Malaysia Mungkin ada yang akan bertanya, "Antara Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie, mana satu yang lagi best?". Kalau tanya aku, personally my preference adalah Kathira Smoothie. Rasa yang cukup lengkap dengan air jeli pandan, selasih, jeli kurma, dan Susu Kurma Farm Fresh menjadi Kathira Smoothie ni lebih sedap berbading air Kathira yang selalu aku minum. Bandung Smoothie pulak bagi aku agak manis sedikit. Mungkin ada antara korang yang tak suka sangat minum minuman manis, aku cadangkan korang untuk mintak kurang manis time order. Jangan risau, apa yang special tentang Coolblog,korang boleh request time order nak minuman macam mana mengikut citarasa masing-masing especially untuk minuman kurang manis. The rest, aku rasa kombinasi antara pearls, Susu Kurma Farm Fresh dan bahan-bahan lain adalah perfectly matched! Dan semestinya aku akan repeat beli lagi untuk juadah berbuka puasa atau moreh sepanjang bulan Ramadan tahun ini


Jadi, apa tunggu lagi? Jom, kita try sendiri minuman Coolblog Kathira Smoothie & Bandung Smoothie di cawangan Coolblog berdekatan di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut atau promosi terkini berkaitan Coolblog, korang boleh follow Coolblog di Instgram dan Facebook. Jangan lupa share moment korang menikmati Kathira Smoothie atau Bandung Smoothie di sosial media dengan hashtag berikut untuk semarakkan lagi kemeriah Ramadan

#TradisiCool#KathiraSmoothie#BandungSmoothie#CoolblogMalaysia
 
Instagram:@CoolblogMalaysia 
Facebook:Coolblog Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penaberkala.com/2021/04/kolaborasi-coolblog-dan-farm-fresh.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eBUqd+(VISIBLE+VOICE)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minuman Coolblog Kathira Smoothie Dan Bandung Smoothie Kini Dilengkapkan Dengan Susu Kurma Farm Fresh

Minuman Coolblog Kathira Smoothie Dan Bandung Smoothie Kini Dilengkapkan Dengan Susu Kurma Farm Fresh

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 758 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak lupa kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Siapa sini suka minum Air Katira atau juga minuma Air Bandung Terutama time puasa ini bila nak buka puasa tu kalau ...
Pelancaran Coolblog X Farm Fresh Malaysia Sedapnya Kathira Dan Bandung Smoothie

Pelancaran Coolblog X Farm Fresh Malaysia Sedapnya Kathira Dan Bandung Smoothie

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 620 hits
Hi Korang Sudah pasti korang tau kan kedua dua minuman favourite ketika bulan ramadan ini Alah Kathira dan Bandung Hah tau kan la ada yang tak tau ke ermm pelik nie Air Kathira ini berasal dari negeri JOHOR tetapi ramai yang mengatakan iany...
Wow Kolaborasi Di Antara Coolblog Farm Fresh Kena Cuba Ni

Wow Kolaborasi Di Antara Coolblog Farm Fresh Kena Cuba Ni

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 360 hits
Hi Korang COOLBLOG FARM FRESH merupakan nama yang tidak asing lagi Sebut sahaja dua brand gergasi ini confirm ramai yang mengenalinya Bahkan semua orang semestinya sudah pernah merasa sendiri CoolBlog mahupun Farm Fresh kan Apa yang lebih m...
Cara Buat Air Bandung Laici Cincau Paling Sedap Amp Kaww Segelas Memang Tak Cukup

Cara Buat Air Bandung Laici Cincau Paling Sedap Amp Kaww Segelas Memang Tak Cukup

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 325 hits
Air bandung laici cincau antara minuman yang sering dicari digerai gerai minuman terutamanya di bulan Ramadhan Warna merah jambu yang memikat dan rasanya yang sedap lemak lemak manis digemari semua peringkat usia tidak kiralah kanak kanak m...
Bertemu Khofifah Di Bandung Ridwan Kamil Sebut Tak Bahas Pilpres 2024

Bertemu Khofifah Di Bandung Ridwan Kamil Sebut Tak Bahas Pilpres 2024

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 201 hits
Gubernur Jawa Barat Ridwan Kamil bertemu dengan Gubernur Jawa Timur Khofifah Indar Parawansa di Gedung Sate Kota Bandung Senin malam Mereka menegaskan tak membahas kemungkinan berpasangan di Pilpres 2024
Jerit Pemikul Jenazah Covid 19 Tpu Cikadut Bandung 2 Bulan Belum Gajian

Jerit Pemikul Jenazah Covid 19 Tpu Cikadut Bandung 2 Bulan Belum Gajian

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 206 hits
Selama diangkat menjadi PHL pada awal tahun 2021 mereka baru mendapatkan satu kali honor dengan total Rp5 4 juta termasuk insentif
Resepi Mee Bandung

Resepi Mee Bandung

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 429 hits
MEE BANDUNGPes Mee BandungLada kering Cili Boh 1 blenderBawang putih Bawang besar 2 blender penuh udang geragau Siap blender semua tuang dalam periuk or kuali masak dengan api kecil sampai air kering utk dijadikan pesPes ni bole buat pes me...
Polresta Bandung Antisipasi Kemunculan Pemudik Sebelum Tanggal 6 17 Mei 2021

Polresta Bandung Antisipasi Kemunculan Pemudik Sebelum Tanggal 6 17 Mei 2021

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 232 hits
Menurutnya di Kabupaten Bandung sendiri ada delapan titik pos polisi untuk memberlakukan penyekatan arus mudik Selain titik tersebut menurutnya personel polisi pun bakal bersiaga di jalur alternatif yang kemungkinan dilewati pemudik
Pria Ini Tembak Airsoft Gun Ke Udara Sambil Cari Orang Di Pasar Caringin Bandung

Pria Ini Tembak Airsoft Gun Ke Udara Sambil Cari Orang Di Pasar Caringin Bandung

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 174 hits
Kasatreskrim Polrestabes Bandung AKBP Adanan Mangopang mengatakan aksi ER ini terjadi di Pasar Induk Caringin Kota Bandung Sabtu 9 April 2021 malam
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini