Wisma Putra Bantu Bawa Pulang Remaja Maut Di Australia


Kuantan : Wisma Putra akan membantu membawa pulang remaja dari daerah ini, yang maut semasa bermain papan luncur di Townsville, Queensland, Australia semalam.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah bagaimanapun berkata perkara itu bergantung kepada keluarga mangsa terlibat, sama ada mahu membawa pulang atau mengebumikan jenazah di negara berkenaan.
“Urusan membawa balik sudah pasti melibatkan kos dan kementerian akan cuba membantu memudahkan urusan. Jika waris memilih dikebumikan di sana, pegawai kita di sana akan cuba bantu ia dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya. 
“Kita berharap keluarga dan waris mangsa terlibat dapat berhubung dengan pegawai Wisma Putra secepat mungkin supaya bantuan sewajarnya dapat disalurkan dengan segera,” katanya.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui di Program Kembali ke Sekolah 2020 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Perang Indera Mahkota di sini hari ini, melibatkan 260 pelajar.
Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas laporan media Australia mengenai kematian remaja itu yang dikatakan terlanggar tiang semasa bermain papan luncur ketika sedang bercuti dengan keluarganya di sana.
Pada perkembangan berasingan, Saifuddin juga berkata pihaknya akan membantu dalam urusan lima warga Malaysia yang cedera akibat kemalangan jalan raya di Kaherah, Mesir yang juga dilaporkan berlaku semalam.
Beliau juga mengingatkan rakyat Malaysia untuk mengambil insurans sebelum ke luar negara sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kejadian tidak diingini supaya tidak timbul masalah seperti kos rawatan dan sebagainya.
“Dalam kes yang melibatkan kecederaan, lazimnya wakil kita akan membantu untuk mendapatkan rawatan di hospital yang percuma jika ada, atau di tempat yang bayarannya tidak terlalu mahal. 
“Kita juga boleh membantu untuk mendapatkan tiket kapal terbang untuk pulang dengan segera, namun kita tidak akan membiayai tiket tersebut,” katanya.
Selain itu, Saifuddin juga memaklumkan kerajaan melantik Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) bagi mengkaji dan mengesahkan laporan berita berhubung masyarakat Uyghur di Xinjiang, China.
“Kita mengambil pendirian berhati-hati dalam menilai semua laporan yang diterima daripada pelbagai pihak. Pada pertemuan saya dengan Menteri Luar China Wang Yi, saya memaklumkan kita ambil pendekatan peradaban dalam hal ini.
“Malaysia bukan dalam senarai negara yang menyokong saja laporan  disediakan kerajaan China dan dalam masa sama, kita juga tidak dalam kumpulan negara yang mengkritik China secara terbuka. Ini kerana kita mahu pastikan kebenaran laporan yang kita baca dan terima,” katanya.
Sumber : Bernama
The post Wisma Putra Bantu Bawa Pulang Remaja Maut Di Australia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/29/wisma-putra-bantu-bawa-pulang-remaja-maut-di-australia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negara Luar Enggan Bantu Bawa Pulang Jho Low Kata Kpn

Negara Luar Enggan Bantu Bawa Pulang Jho Low Kata Kpn

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 369 hits
Negara luar enggan bantu bawa pulang Jho Low kata KPN nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 23 Dec 2019 12 25P
Tak Sempat Ke Hospital Remaja Jadi Bidan Bantu Ibu Lahirkan Adik Lelaki Di Rumah

Tak Sempat Ke Hospital Remaja Jadi Bidan Bantu Ibu Lahirkan Adik Lelaki Di Rumah

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 256 hits
Ibu hamil biasanya sudah tahu bila Tarikh untuk mereka dijangkakan bersalin kerana selalunya doktor akan memberi Tarikh jangkaan semasa pertama kali membuat pemeriksaan pada awal kehamilan Namun ada ketikanya saat cemas itu datang tanpa did...
Remaja Maut Selepas Terjun Dari Tingkat 9 Kerana Rasa Bersalah Curi Handphone

Remaja Maut Selepas Terjun Dari Tingkat 9 Kerana Rasa Bersalah Curi Handphone

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 348 hits
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mengambil keputusan untuk membunuh diri selepas tidak dapat lagi menanggung rasa bersalah mencuri telefon bimbit di pejabat guru di sekolahnya Lapor Sin Chew Daily pelajar sekolah menengah di China ...
Indonesia Bersama Australia Dan Portugis Bantu Nama Domain Tl

Indonesia Bersama Australia Dan Portugis Bantu Nama Domain Tl

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 199 hits
Pengelola Nama Domain Internet Indonesia Pengelola Nama Domain Australia dan Pengelola Nama Domain Portugis sepakat untuk membentuk tim gabungan dalam proyek pengembangan pengelolaan domain TL Proyek ini difasilitasi oleh APTLD
Seorang Remaja Maut Ketika Leka Bermain Video Games Seriuslah

Seorang Remaja Maut Ketika Leka Bermain Video Games Seriuslah

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 367 hits
Sumber gambar dari GoogleUmum mengetahui kesan buruk permaian video games terhadap kesihatan Namun pernah tak terfikir kalau permainan ini mampu beri kesan lain misalnya menjadi punca kepada sesuatu kemalangan Ini yang berlaku di India apab...
Bocah 12 Tahun Bawa Anjingnya Naik Mobil Pick Up Saat Kebakaran Hutan Di Australia

Bocah 12 Tahun Bawa Anjingnya Naik Mobil Pick Up Saat Kebakaran Hutan Di Australia

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 244 hits
Seorang bocah 12 tahun di Australia Barat menyelamatkan diri dari kebakaran hutan membawa anjingnya dengan mengendarai mobil pick up
Jual Pil Gugur Janin Boleh Dipenjara Tidak Lebih 5 Tahun Makan Tanpa Kawalan Boleh Bawa Maut Kkm

Jual Pil Gugur Janin Boleh Dipenjara Tidak Lebih 5 Tahun Makan Tanpa Kawalan Boleh Bawa Maut Kkm

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 441 hits
Mutakhir ini isu penjualan pil pengguguran janin seperti misoprostol secara dalam talian semakin memuncak Pengambilan pil gugur tanpa pengawasan pengamal perubatan berdaftar boleh memberi implikasi seperti rahim terkoyak pendarahan tidak no...
Kasih Sampai Hujung Nyawa Dua Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik Semasa Di Dapur

Kasih Sampai Hujung Nyawa Dua Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik Semasa Di Dapur

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 434 hits
Kasih sampai hujung nyawa dua remaja maut terkena renjatan elektrik semasa di dapur Gabriel Campos Zapata dan Alexandra Porras meninggal dunia pada Ahad SEPASANG kekasih maut terkena renjatan elektrik ketika sedang bekerja di dapur sebuah r...
Tabung Apa Jururawat Sugul Anak Maut Di Australia

Tabung Apa Jururawat Sugul Anak Maut Di Australia

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 327 hits
Datuk saudara mangsa Azahari Hassan sugul ketika menunjukkan gambar anak saudaranya Mohammad Farhan Fudhail Mohammad Farid di Kuantan 29 Disember 2019 Foto BernamaKUALA LUMPUR 29 Dis Selepas lebih 24 jam Mohammad Farhan Fudhail Mohammad Far...
When Politicians Choose Ego Over People

Hengjing168 Hengjing168 Top 30 By Maddison Hengjing168 Wiki 6 2025

Raya Bergaya Dengan Huawei

The Case Against European Rearmament

Anugerah Kesenian Boh Cameronian Ke 20 Sambutan Masa Lalu Insipirasi Masa Depan

Kalau Ada Jarum Yang Patah

Salam Ramadan 1446h

Failed Startups To Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zul2by2 Maya The Girls Nanad Nayla Ruzzara Hary Ray Zahari Miss En Raya Dah Tiba Chord

Pengertian Simpati Dan Empati

Apakah Terdapat Doa Berbuka Puasa Daripada Hadith

Cara Mudah Dan Cepat Cek Tekanan Angin Tayar Kereta

Portal Simpeni Jakim Semakan Keputusan Upkk 2024 2025

Is The 2008 Bmw 6 Series Reliable Pros And Cons