Wirdora Perintis Eksesori Hijab Kristal Swarovski Asli
Wirdora Perintis Eksesori Hijab Kristal Swarovski Asli. Assalammualaikum semua! Ruby nak tanya anda semua. Pembaca Ruby.MY suka tak memakai aksesori hijab yang cantik dan original? Tampak eksklusif dan tak telan dek zaman. Bila-bila masa boleh mengenakan pin hijab, scarf ring, jarum peniti di sisi hijab, anting-anting hijab dan jarum pin yang tajam! Mesti anda suka kan? Jom Ruby kongsikan berita gembira ini.
Wirdora Perintis Eksesori Hijab Kristal Swarovski Asli
Wirdora, sebuah jenama tempatan yang mengeluarkan barangan perhiasan wanita dan lelaki menggunakan kristal Swarovski asli yang diimport dari Austria, telah melancarkan butik pameran baru mereka yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur.
Wirdora adalah Swarovski branding partner yang sah dimana kesemua batu kristal Swarovski Wirdora adalah asli ~ authentic dan setiap pembelian disertakan dengan seal tag & code no dimana pembeli boleh buktikan kesahihannya di laman web Swarovski sendiri
Signifikasi Nama Jenama Wirdora
Wirdora diasaskan oleh Wirdalina Binti Tauhed pada bulan Mei 2017. Ia adalah gabungan nama pengasas dan ibu mentua iaitu Dayang Dora. Terdapat dua kategori produk ditawarkan oleh Wirdora iaitu luxe series dan standard series. Bagi aksesori di dalam kategori luxe series, terdapat aksesori yang diberi sentuhan rhodium, 18k rose gold plated, 18k white gold plated berserta pin stainless pin. Setiap barangan Wirdora dijamin kualitinya. Ianya:-Tahan karatHypo allergenicAnti-tarnish
Produk-produk Wirdora juga menjalani ujian QC yang sangat ketat seperti ujian anti falls dan ujian ketajaman (pin). Bagi aksesori Wirdora yang di dalam kategori luxe, ianya didatangkan dengan jaminan warranty selama setahun dan after-sale service.
Wirdora Di Persada Antarabangsa
Wirdora dimulakan oleh Wirdalina dengan kaedah home-based business kerana menyedari kekurangan jenama tempatan yang mengeluarkan aksesori wanita. Bermodalkan hanya RM200, sedikit demi sedikit, Wirdora mengorak langkah lebih jauh hingga mencatat jualan RM1 Juta dalam masa setahun.
Sehingga kini, Wirdora dikenali hingga ke Brunei malah telah berjaya membuat penampilan di pentas berprestij London Fashion Week pada bulan Februari yang lalu. Wirdora adalah satu-satunya produk aksesori keluaran tempatan yang terpilih ke pentas peragaan ber prestij tersebut.
Hawa Rizwana Dilantik Sebagai Faces of Wirdora 2020
Pada majlis tersebut, Wirdora turut melantik personaliti TV, Hawa Rizwana Redzuan sebagai Faces of Wirdora 2020. Hawa merupakan pembaca berita TV3 dan mempunyai peribadi yang sangat baik. Secara jujur mengenali Hawa ketika zaman dia masih di Universiti. Hawa mengikuti trip Citrawarna dan mula menceburkan diri dalam bidang kewartawanan. Tahniah Hawa! Akak bangga dengan pencapaian Hawa
Kolabrasi "Wirdora by CT Canting"Pastinya kolabrasi bersama jenama hijab akan lebih menonjolkan keistimewaan aksesori Wirdora. Menurut Puan Wirdalina Tauhed, Wirdora akan bekerjasama dengan CT Canting dalam menghasilkan hijab ekskslusif yang akan dipadankan dengan aksesori hijab Swarovski dari Wirdora.
Koleksi-Koleksi Aksesori Wirdora
Antara aksesori wanita keluaran Wirdora adalah kerongsang, pin tudung dan scarf ring. Manakala buat kaum lelaki pula, Wirdora menyediakan butang baju melayu yang juga boleh dijadikan cuff link.
Produk Wirdora bermula dari RM18 hingga RM350 dan boleh didapati secara online dan offline. Pembelian secara offline boleh dibuat di physical store Fashion Valet yang terletak di Publika, Bangsar Village II dan IOI City Mall, Putrajaya. Produk Wirdora juga boleh didapati melalui agent-agent Wirdora yang sah dan juga dengan cara berkunjung ke butik pameran Wirdora sendiri
WIRDORAC16, 1, Jalan Ampang Utama 1/1, Taman Ampang Utama, 68000 Ampang Jaya, Selangor
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat : 9 Pagi - 6 Petang
Sabtu & Ahad : Tutup
Belian secara online boleh didapati di:-www.wirdora.comwww.fashionvalet.comwww.facebook.com/wirdorawww.instagram.com/wirdorahq
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2020/03/wirdora-perintis-eksesori-hijab-kristal.html