Wira Muda Senoi Praaq Teruskan Legasi


Api perjuangan Senoi Praaq yang disemarakkan oleh wira-wira masyarakat Orang Asli tidak terpadam apabila pasukan ini terus diisi dengan kemasukan anggota-anggota baharu.
Ia sekali gus meneruskan kesinambungan Orang Perang ini yang digeruni musuh dan disegani rakan seangkatan.
Senoi Praaq yang ditubuhkan pada 16 Mac 1955 ilham Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ketika itu, Leftenan Kolonel ROD Noone adalah bagi menyekat pengaruh komunis dalam kalangan masyarakat Orang Asli.
Tugas ketika itu ialah membuat tinjauan dalam hutan serta menjalankan tindakan melawan insurgensi di kawasan masyarakat Orang Asli.
Mereka diberi kuasa polis bantuan dan dilatih menggunakan senjata api serta taktik peperangan gerila oleh pasukan ke-22 Special Air Service (SAS) Regiment, British.
Pada 1 Januari 1968, Senoi Praaq menjadi sebahagian daripada kekuatan Pasukan Polis Hutan (PPH) dan kemudiannya Pasukan Gerakan Am (PGA) iaitu Batalion 3 PGA Kem Bidor dan Batalion 18 PGA Kem Pengkalan Hulu, kedua-duanya di Perak.
Tanggal 1 Mac lalu menyaksikan seramai 76 orang wira muda berjaya menamatkan latihan pada Upacara Penutupan Kursus Asas Konstabel Orang Asli Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 1/2020 di
Lapang Sasar Utama, Briged Utara PGA, Ulu Kinta, Ipoh, Perak.
Kesemua pelatih menjalani latihan kepolisan serta kemahiran tempur di Pusat Latihan PGA Ulu Kinta selama enam bulan agar bersedia melaksanakan tugas menjaga keselamatan dan keamanan negara.
 
PARA pelatih menunjukkan kawad tempur benet dalam Upacara Penutupan Kursus Asas Konstabel Orang Asli PDRM di Ulu Kinta, Perak.-UTUSAN/ZAKI SALLEH PAMER KEMAHIRAN
Di hadapan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, para pelatih ini mempa­merkan kemahiran pada demon­strasi seperti tarian perang Senoi Praaq, kawad tempur benet, kawad tanpa arahan, demontrasi teknik rappelling dan teknik tempur hutan.
Barisan generasi baharu PGA Senoi Praaq yang bakal meneruskan kesinambungan perjuangan generasi terdahulu wira-wira masyarakat Orang Asli dalam pasukan polis. Turut hadir menyaksikan upacara tamat latihan ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Profesor Dr. Juli Edo.
Pada akhir latihan, seramai lima pelatih menerima anugerah atas kecemerlangan didahului Konstabel (Kons) Helmi Ghani sebagai pelatih terbaik keseluruhan.
Empat yang lain ialah Kons Ramzi Bah Malik bagi kategori pelatih terbaik jasmani; Kons Noor Hisham Ah Lai (penembak terbaik); Kons Muhammad Aiman Hakimie Abdullah (akademik) dan Kons Araiti Atan (kawad).
Kesemua pelatih terbaik ini juga diberi penghormatan apabila disarungkan beret merun Senoi Praaq masing-masing oleh Abdul Hamid dan pegawai-pegawai kepimpinan kanan PDRM yang hadir.
Pasukan Senoi Praaq, yang majoritinya dianggotai oleh Orang Asli telah ditubuhkan semasa darurat, berfungsi untuk membantu pasukan keselamatan menangani ancaman pengganas komunis.
Mengambil kira ancaman tersebut, pada Mei 1956, Richard Noone, Ketua Jabatan Orang Asli Malaya telah menubuhkan satu unit terdiri dari 10 Orang Asli yang dikenali Pasukan Senoi Praaq (Orang Perang).
 
LONGGAR SYARAT
Sementara itu, Abdul Hamid berkata, pada masa hadapan syarat kelayakan bagi pengambilan anggota PGA Senoi Praaq ini akan dilonggarkan.
Ia melibatkan syarat fizikal dan kelulusan akademik bertujuan memberi peluang lebih ramai pemohon yang layak untuk menganggotai pasukan berkenaan.
Beliau memberitahu, ini berikutan terdapat keperluan untuk mengisi keanggotaan dalam dua batalion Senoi Praaq sejajar dengan kehendak semasa.
Sasaran awal polis adalah mendapatkan sekurang-kurangnya 100 pelatih menyertai kursus asas konstabel, namun hanya 76 yang layak.
Katanya, keadaan itu disebabkan kebanyakan pemohon adalah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia biarpun Skim Perkhidmatan Polis Senoi Praaq hanya mensyaratkan Penilaian Menengah Rendah.
“Kita faham minat yang ditunjukkan pemuda-pemuda Orang Asli ini cukup tinggi, namun terdapat beberapa kekangan berhubung kelayakan fizikal dan kelulusan (akademik).
“Perkara ini telah dibawa kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kita akan terus berunding untuk melong­garkan syarat tersebut,” katanya.
Bagaimana pun tegasnya, kelonggaran syarat tidak bermakna pasukan itu akan memperoleh anggota yang kurang kualitinya kerana ciri-ciri asas mestilah menepati kehendak penugasan Senoi Praaq iaitu lincah dan tangkas di hutan.
 
The post Wira muda Senoi Praaq teruskan legasi appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/07/wira-muda-senoi-praaq-teruskan-legasi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Bukan Secara Automatik Benarkan Anak Muda Daftar Sendiri Undi 18

Kalau Bukan Secara Automatik Benarkan Anak Muda Daftar Sendiri Undi 18

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 268 hits
Nailah HudaMac 27 2021 Pada Sabtu lebih 200 penunjuk perasaan mengadakan Himpunan Tuntut Undi 18 di hadapan bangunan Parlimen bagi meluahkan kekecewaan terhadap SPR yang gagal melaksanakan Undi 18 pada Julai ini Foto MUDABACA Sebelum ini be...
Orang Muda Jangan Terpengaruh Watak Agama Seperti Pas

Orang Muda Jangan Terpengaruh Watak Agama Seperti Pas

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 278 hits
March 27 2021 Pesan buat anak mudaAnak kamu adalah pencorak masa depan negara Kamu mesti berjuang untuk bebas menyatakan pendirian kamu dan siapa yang patut memimpin kamu Kamu tidak pernah dilahirkan sebagai hamba yang dikurung kata dan dii...
Anak Muda Perlu Pertahan Hak Undi 18

Anak Muda Perlu Pertahan Hak Undi 18

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 269 hits
Kerajaan yang sering mengungkapkan anak muda sebagai generasi penerus kepimpinan negara tidak sewajarnya menghalang mereka mengundi memilih pemerintah Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata kerajaan Perikatan Nasional tidak perlu tak...
Bawa Masuk Orang Muda Dengan Idea Baharu Kata Tok Mat

Bawa Masuk Orang Muda Dengan Idea Baharu Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 208 hits
PETALING JAYA Umno mungkin pernah menyaksikan kegemilangannya pada 1970 an dan 1980 an dan kemudian berdepan dengan keadaan terburuk dalam beberapa tahun kebelakangan ini namun satu hal yang pasti buat parti berusia 74 tahun itu ia tidak bo...
Undi18 Tak Ditangguh Sebab Kerajaan Percaya Anak Muda Marah Pada Mereka Najib Razak

Undi18 Tak Ditangguh Sebab Kerajaan Percaya Anak Muda Marah Pada Mereka Najib Razak

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 256 hits
Ahli Parlimen Pekan Najib Razak memberi amaran kepada kerajaan Perikatan Nasional bahawa anak muda tidak akan lupa kemungkiran janji berhubung Undi 18 merujuk kepada umur minimum layak mengundi dan pendaftaran undi automatik bagi belia beru...
Diduga Pada Usia Muda Gadis Kongsi Pengalaman Hidup Bersama Kanser Limfoma

Diduga Pada Usia Muda Gadis Kongsi Pengalaman Hidup Bersama Kanser Limfoma

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 284 hits
Oleh Nur Nishabella ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu Mengetahui diri menghidapi kanser pada usia muda bukan satu perkara yang mudah untuk diterima tambahan pula diri tinggal sebatang kara tanpa mak d...
Video Mampukah Masa Depan Anak Muda Dibina Tanpa Mereka

Video Mampukah Masa Depan Anak Muda Dibina Tanpa Mereka

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 254 hits
Sudah tiba masanya untuk Parlimen menjalankan pengawasan pasca legislatif terhadap pindaan yang begitu penting ini untuk mengelakkan kerajaan yang memerintah berdolak dalik dalam pelaksanaannya Pencetus usul menurunkan had umur mengundi kep...
5516 Ppim Sokong Usahawan Muda Berjinak Dunia Perniagaan One News 27 03 2021

5516 Ppim Sokong Usahawan Muda Berjinak Dunia Perniagaan One News 27 03 2021

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 258 hits
Ramai usahawan bumiputera muda berjaya mampu dilahirkan jika mereka diberikan sokongan sewajarnya Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan yakin hasrat itu juga boleh direalisasikan dengan wujudnya ekosistem lebih kond...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco