Win Win Solution Mengarut Jangan Berunding Dengan Penceroboh Haram


ismaweb.net
Athirah Huda Zalhe
8/7/2021


Sudah jarah tanah, berlagak mangsa pula konon dilayan seperti pengganas

BANGI, 28 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) hari ini menggesa kerajaan negeri Pahang menutup semua ruang rundingan dengan penceroboh haram Hutan Simpan Kekal Batu Talam di Raub.

Gesaan itu susulan laporan yang mendakwa kumpulan pekebun haram mahu berunding dengan kerajaan negeri, kononnya supaya ada keputusan ‘menang-menang’ antara kedua-dua belah pihak.

Pengerusi Save Musang King Alliance (Samka), Wilson Chang Yee Chin dilaporkan meminta kerajaan negeri memberhentikan segala operasi pembersihan dan mengadakan dialog dengan pekebun secepat mungkin bagi mencapai penyelesaian menang-menang.

Dia kononnya mendakwa, kerajaan Pahang bukan sahaja mengabaikan seruan pekebun-pekebun, malah mengancam dan menganiaya pekebun dengan tindakan penguatkuasaan.

“Samka terkejut kenyataan Ketua Jabatan Perhutanan Negeri bahawa mereka akan memusnahkan kebun durian seluas 101 hektar serta membuat rondaan dan tangkapan ke atas mana-mana individu atau pekebun yang memasuki kawasan tersebut.

“Samka menyeru supaya pihak berkuat-kuasa tidak menganggap pekebun-pekebun sebagai pengganas padahal mereka hanya pekebun-pekebun yang rajin bekerja,” dakwanya.

Menyelar tindakan kumpulan penceroboh itu, Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya menyifatkan permintaan rundingan berkenaan seolah-olah menunjukkan tanah itu milik mereka.

“Lihatlah betapa angkuhnya mereka. Sudah menjarah ratusan juta ringgit hasil dari pencerobohan pun mahu kaut untung lagi? Memang tamak haloba sungguh.

“Malah, mereka ‘play victim’ pula dengan kononnya pihak berkuasa melayan mereka seperti pengganas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Membidas kembali tuduhan itu, Aminuddin berkata, umum mengetahui bahawa pihak berkuasa tidak langsung bertindak seperti pengganas, kerana tiada mana-mana penceroboh didera atau ditembak.

Sebaliknya, kata beliau, penceroboh dan pengikutnya yang telah bertindak mengasari pihak berkuasa dan memusnahkan jambatan-jambatan untuk menyekat pergerakan serta operasi.

“Itupun pihak berkuasa masih berlembut lagi dengan mereka. Sepatutnya mereka bersyukur. Saya harap pihak kerajaan negeri menutup segala pintu rundingan kerana apa yang layak buat mereka, hanyalah hukuman.

“Jika pencerobohan boleh dirunding-runding, maka lagi banyaklah pencerobohan yang berlaku di kemudian hari,” katanya.

Terdahulu, seramai 18 penceroboh haram kebun durian Musang King ditahan kerana disyaki menceroboh Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub.

Mereka ditahan selepas melakukan beberapa provokasi terhadap kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) ketika operasi memusnahkan pokok durian Musang King di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/win-win-solution-mengarut-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Win Win Solution Mengarut

Win Win Solution Mengarut

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 287 hits
Jangan berunding dengan penceroboh haramPertubuhan Pertubuhan Pembela Islam hari ini menggesa kerajaan negeri Pahang menutup semua ruang rundingan dengan penceroboh haram Hutan Simpan Kekal Batu Talam di Raub Gesaan itu susulan laporan yang...
Pertahan Penceroboh Haram Adun Dap Tak Malu

Pertahan Penceroboh Haram Adun Dap Tak Malu

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 283 hits
ismaweb netMengapa mereka marah sangat bila penguat kuasa kerajaan masuk tanah kerajaan BANGI 24 Zulkaedah 1442H Isnin ADUN Tras DAP Chow Yu Hui makin melampau menuduh pihak berkuasa tidak mematuhi perintah mahkamah apabila menghalang pence...
Video Ronnie Liu Rentas Negeri Semata Mata Bela Penceroboh Kebun Haram

Video Ronnie Liu Rentas Negeri Semata Mata Bela Penceroboh Kebun Haram

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 341 hits
Haji Aminuddin Yahaya ADUN Sungai Pelek berdegil beri kerjasama dengan pihak polis ANTARA ramai ramai anggota DAP termasuk wakil wakil rakyatnya yang hadir bersolidariti membela pekebun haram penceroboh di Raub ada seorang ADUN dari Selango...
Raub Durian Farmers Prepared To Discuss For Win Win Solution

Raub Durian Farmers Prepared To Discuss For Win Win Solution

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 368 hits
Stop ongoing enforcement operations at the Batu Talam permanent forest reserve and hold a dialogue with the affected durian farmers NSTP MOHD RAFI MAMATRAUB Stop ongoing enforcement operations at the Batu Talam permanent forest reserve and ...
Jangan Mengarut Bela Pn Mahiaddin Sudah Tumbang Ph

Jangan Mengarut Bela Pn Mahiaddin Sudah Tumbang Ph

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 498 hits
Kenyataan Peguam Negara bahawa kerajaan Perikatan Nasional tidak tumbang kerana penarikan sokongan dilakukan melalui Presiden Umno dan bukannya Ahli ahli Parlimen Umno tidak sejalan dengan proses pelantikan Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai ...
Jangan Normalisasikan Tindakan Bunuh Diri

Jangan Normalisasikan Tindakan Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 293 hits
Jangan normalisasikan tindakan bunuh diri Stigma kepada perbuatan orang yang membunuh diri sebagai tidak waras adalah satu pandangan yang salah dan ia tidak sepatutnya dinormalisasikan kata Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim Beliau ber...
Jangan Mencari Pahala Bergunung Dosa

Jangan Mencari Pahala Bergunung Dosa

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 303 hits
Assalammualaikum wbtJANGAN MENCARI PAHALA BERGUNUNG DOSATidak ada yang menyemai padi inginkan lalang yang tumbuh Tidak ada yang berbuat kebaikkan mengharapkan balasan keburukkan TapiHati hatiJangan Mencari Pahala Bergunung DosaJangan mencar...
Jangan Keliru Kita Masih Di Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara

Jangan Keliru Kita Masih Di Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 273 hits
AENDA DAILY Seorang wanita kelihatan bercakap dengan anggota tentera di Perumahan Awam Desa Rejang Gambar Agenda Tiga indikator nilai ambang utama dalam Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara belum tercapai kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail...
Kalau Nampak Org Tengah Susah Jangan Ingat Allah Tengah Uji Orang Tu Sebaliknya Allah Tengah Uji Kita

Kalau Nampak Org Tengah Susah Jangan Ingat Allah Tengah Uji Orang Tu Sebaliknya Allah Tengah Uji Kita

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 332 hits
Assalamualaikum Hi korang Selasa lepas kan SA tengah buat kerja kat opis tetiba dapat la citer pasal orang susah ni kat group whatsaap SA baca la kejap sambil sambil baca tu terfikir allahu dalam keadaan negara tengah pandemic Lockdown ni m...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Menyembuhkan Hfmd Cara Tradisional

Senarai 70 Dosa Besar Menurut Adz Dzahabi

Hafizh Syahrin Arrc 2025 Jdt Racing Team

Kami Akhirnya Pulang Hasrat Bawa Anak Pindah London Terkubur Lima Sekeluarga Maut Nahas Pesawat Air India

Nahas Pesawat Air India Analisis Pilot Ini Raih Perhatian

Selamat Tinggal Whatsapp