Win A Trip With Shell Secara Rasminya Dilancarkan
Rakyat Malaysia memang suka travel. Paling tidak pun setahun sekali kebanyakan rakyat Malaysia akan travel balik kampung. Lihat sahaja di musim perayaan. Tak ada lebuhraya yang tak sesak.
Malah bukan dalam negara sahaja, ramai yang dah mula melancong ke luar negara. Baik ke negara jiran maupun negara-negara di benua lain. Kita boleh tengok daripada kemunculan Agenci Travel yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan sekarang ni. Kalau tiada sambutan mereka ini tak akan buka bisnes.
Kajian daripada Expedia mengesahkan yang rakyat Malaysia memang gemar mengembara walaupun sedar kembara sangat berkait rapat dengan kos, terutama kos petrol, tempat tinggal dan sebagainya.
Kempen Peraduan Win a Trip With Shell
Menyedari hakikat ini Shell Malaysia telah tampil dengan kempen terbaru dan pertama di tahun 2019 ini khas untuk rakyat Malaysia iaitu Peraduan Win a Trip With Shell.
Kempen ini memberi peluang kepada para pelanggan Shell untuk diberi ganjaran seumur hidup ketika mereka berhenti di Shell, sama ada untuk mengisi minyak atau untuk membeli produk terpilih yang dijual di kedai Kedai Shell dan Shell Select semasa tempoh promosi.
Peraduan yang berlangsung dari 17 Disember 2018 hingga 31 Mac 2019, akan memberi ganjaran setiap minggu (satu pemenang dan “plus one” setiap minggu) dengan pakej percutian ke Itali, New Zealand atau Korea Selatan.
Apa perlu dibuat untuk menang
Apa yang diperlukan hanyalah tiga langkah mudah untuk menyertai peraduan ini:
Pelanggan perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM40 di stesen-stesen runcit Shell di seluruh negara;pilih salah satu destinasi dari Itali, New Zealand atau Korea Selatan dalam bentuk peraduan; mengemukakan borang dengan resit yang sah dan layak untuk berpeluang memenangi pakej percutian.
Pelanggan boleh membeli mana-mana produk berikut: Bahan api Shell, Pelincir Shell, atau sebarang produk yang dijual dalam premis Shell Select & Kedai (tidak termasuk produk tembakau, produk E-Pay dan pembelian Touch N Go).
Pemenang Pertama
Pada pelancaran rasmi kempen itu baru-baru ini, Wan Muhammad Fathi Bin Wan Nik Kamal diumumkan sebagai pemenang pertama peraduan ini. Pembantu pentadbiran berusia 35 tahun dari Kedah memilih New Zealand sebagai destinasi impiannya.
“Saya selalu bermimpi untuk travel ke luar negara dan memilih New Zealand sebagai destinasi antarabangsa pertama saya yang luar biasa! Kemenangan ini tidak dijangka, dan saya bersyukur kepada Shell untuk peluang ini. Saya tidak boleh memikirkan cara yang lebih baik untuk memulakan 2019. Apa yang saya perlu lakukan ialah membeli, memilih dan menang! Sebagai pelanggan Shell selama ini, saya telah menikmati produk, perkhidmatan dan keramahan mereka. Memenangi peraduan ini pastinya mewarnai perjalanan saya dengan Shell, ” kata Wan Muhammad Fathi Bin Wan Nik Kamal.
Semasa tempoh peraduan, akan ada pameran bergerak di seluruh negara yang mempunyai persediaan interaktif untuk mempamerkan hadiah utama. Pelanggan yang memilih Itali boleh mencuba simulasi perlumbaan F1, manakala mereka yang memilih New Zealand boleh mencuba nyanyian tradisi Haka. Peminat Korea Selatan boleh mencuba tarian untuk muzik pop Korea yang popular.
Roadshow telah dan akan diadakan di:
Tesco Kepong di Kepong (11 – 13 Januari),
Sunway Pyramid di Subang Jaya (17 – 20 Januari),
East Coast Mall di Kuantan (31 Januari – 3 Februari),
KSL City Mall di Johor Bahru (15 – 17 Februari),
Queensbay Mall di Pulau Pinang (21 – 24 Februari),
Stesen Aeon 18 di Ipoh (26 Februari – 3 Mac).
Untuk maklumat lanjut mengenai Win a Trip with Shell dan senarai pemenang mingguan, sila lawat https://www.shell.com.my/percutianimpian
Saranan Ohsempoi
Mengisi minyak kereta adalah perkara wajib yang kita perlu buat. Jika tidak mana mungkin kita menggunakan kereta.
Jadi sebagai pengguna yang bijak, promosi dan kempen sebegini eloklah kita alert untuk mencuba nasib merebut hadiah yang ditawarkan.
Jika anda bukan pengguna Shell yang regular, tidak salah anda menjadi pengguna Shell dalam tempoh kempen ini. Jika anda tidak mahu menggunakan minyak Shell pun tak apa, sebab anda boleh juga membeli barangan lain di kedai Shell Select yang bernilai RM40 untuk melayakkan anda menang.
Jadi tunggu apa lagi.. Jom kita singgah di Shell…!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ohsempoi.com/win-a-trip-with-shell-secara-rasminya-dilancarkan/