Willkey Sistem Pendaftaran Wasiat Pertama Di Malaysia


WillKey™ | Sistem Pendaftaran Wasiat Pertama di Malaysia. Memusatkan Pencarian dan Penyimpanan Wasiat Untuk Ketenangan Minda.  Apabila insan tersayang meninggal dunia, soalan berkaitan yang sering ditanya, “Saya tahu arwah atau mendiang ada membuat wasiat tetapi di mana beliau menyimpannya?” Bilangan keluarga yang berhadapan dengan kepayahan mencari tempat simpanan wasiat insan tersayang yang telah meninggal dunia tidak sedikit


Walaupun ianya sesuatu yang tidak diingini, kita tidak dapat nafikan bahawa hakikatnya, sebuah wasiat yang tidak berjaya ditemui umpama wasiat yang tidak wujud langsung. Sebuah wasiat boleh disimpan di pelbagai tempat – sama ada di rumah, pejabat, bersama peguam, bank ataupun penyedia perkhidmatan menulis wasiat. Dengan peredaran masa, pewasiat mungkin telah tersalah letak wasiat yang mereka sediakan itu ataupun mungkin terlupa tempat simpanannya. Perkara-perkara yang tidak dijangka atau diingini seperti kebakaran, kemalangan dan banjir juga membahayakan keselamatan wasiat berkenaan, lalu  mengecewakan waris mereka. 
Pencarian wasiat kemudiannya menjadi satu proses yang berpanjangan, malah boleh berlanjutan daripada beberapa bulan hingga bertahun-tahun. Sementara itu, terdapat kemungkinan wujud pertelingkahan mengenai pengagihan aset si mati. Terdapat juga kemungkinan sesetengah aset yang dimiliki si mati hanya diketahui beliau dan tidak didedahkan kepada ahli keluarga semasa pewasiat itu masih hidup tetapi sebaliknya ada dinyatakan di dalam wasiat yang disediakan. Apabila wasiat gagal ditemui, aset-aset seperti ini tidak dapat dituntut waris selepas kematian individu terbabit

Kementerian Kewangan mendedahkan pada tahun 2017 bahawa terdapat sejumlah aset bernilai RM5.7 bilion yang belum dituntut. Selain itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sebelum ini turut memaklumkan pada tahun 2016 bahawa harta bernilai RM60 bilion yang dimiliki individu yang telah meninggal dunia masih belum dituntut waris mereka. Angka yang membimbangkan ini menggambarkan kekayaan yang boleh diwarisi benefisiari yang berhak daripada ahli keluarga mereka, sekiranya dokumentasi yang diperlukan berada dalam keadaan teratur untuk membuat tuntutan – yang paling utama, wasiat pewaris

Kebimbangan ini menumpu kepada kepada satu perkara – adakah terdapat sebuah pusat pendaftaran berpusat yang membolehkan rakyat Malaysia mencari wasiat seorang pewasiat

MWD Wills Depository Sdn Bhd pada hari ini mengumumkan sebuah solusi yang membolehkan rakyat Malaysia mencari wasiat. WillKey™, pusat pendaftaran wasiat pertama di negara ini, berperanan sebagai sebuah pusat pendaftaran berpusat yang membolehkan pewasiat mendaftar maklumat berkenaan lokasi wasiat mereka ataupun menyimpan salinan wasiat mereka. Pewasiat juga boleh menyimpan wasiat asal masing-masing dengan MWD Wills Depository Sdn Bhd, seterusnya memudahkan pencarian dokumen tersebut. Dengan model perniagaan yang dibangunkan khusus untuk pendaftaran, penyimpanan dan pencarian wasiat, WillKey™ berperanan sebagai sebuah pusat pencarian wasiat dan perkhidmatan pemegang amanah wasiat yang efektif

Dengan penyediaan sebuah bilik kebal yang kukuh dan selamat serta terdapatnya sebuah kemudahan yang tahan api bersandarkan teknologi terkini, WillKey™menggabungkan maklumat untuk pewasiat, wasi dan benefisiari bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pencarian dan mendapatkan wasiat

“Kami percaya rakyat Malaysia sentiasa mencari kaedah yang lebih mudah dan efisien untuk menyiapkan tugas. Pencarian wasiat untuk memudahkan pelaksanaan dan pengagihan kekayaan dan aset juga tidak terkecuali. Mempunyai wasiat sememangnya penting bagi mereka yang mempunyai hartanah, polisi insurans, akaun bank dan aset-aset lain bagi menentukan siapa yang mewarisi harta berkenaan, namun pada masa yang sama mengetahui di mana individu terbabit menyimpan wasiat mereka tidak kurang pentingnya. Ini bertambah penting buat keluarga yang berdepan dengan kematian mengejut, di mana mereka dahulunya bergantung hidup pada si mati dan memerlukan penyelesaian yang segera untuk meneruskan kehidupan,” kata En Su Tiang Joo, Pengarah MWD Wills Depository Sdn Bhd


Perkara-perkara berkaitan sebuah wasiat adalah amat peribadi kepada pewasiat, yang merupakan satu-satunya individu yang memutuskan siapa yang akan mewarisi kekayaan beliau. Disebabkan ini, ramai orang tidak memaklumkan di mana mereka menyimpan wasiat mereka, malahan lebih gemar untuk meletakkan kepercayaan berkenaan maklumat tersebut pada seorang peguamcara atau sekiranya ia disimpan di rumah, di ruang yang hanya diketahui pewaris. 
“Untuk memenuhi keperluan ini, WillKey™ diperkenalkan di pasaran. Terdapat pihak yang mengetahui kehadiran sebuah wasiat tetapi tidak mengetahui di mana tempat simpanannya. WillKey™ bertindak sebagai pusat pendaftaran berpusat yang membenarkan individu yang ditentukan terlebih dahulu seperti peguam, wasi atau waris, mengakses maklumat mengenai wasiat tertentu dengan mudah, selepas menunjukkan dokumen yang diperlukan. Kami memahami bahawa perkara ini amat peribadi kepada pewasiat dan kami ingin membantu mereka menguruskan perkara yang penting kepada mereka. WillKey™ mahu memastikan supaya wasiat mereka didaftarkan dan disimpan dengan selamat agar kemahuan pewasiat boleh dilaksanakan dengan tepat,” ujar En Su

Sementara perkhidmatan berkaitan wasiat biasanya melibatkan kos yang tinggi bagi pewasiat, WillKey™ mahu menyediakan perkhidmatan pada harga berpatutan, tanpa berkompromi terhadap aspek keselamatan dan kredibiliti. Yuran langganan ditetapkan pada kadar yang dapat meminimumkan impak terhadap perbelanjaan pewasiat. Pewasiat hanya perlu mendaftar sekali sahaja dengan WillKey™ dengan pembayaran yuran sebanyak RM133.33. Langganan penyimpanan wasiat disediakan pada harga serendah RM3.33 sebulan. 
“Perkhidmatan berkaitan wasiat kebiasaannya menjadi perkara terakhir yang difikirkan individu memandangkan ia bukanlah satu perbelanjaan harian. Inilah sebab yuran WillKey™ ditetapkan dengan memberi penekanan terhadap kebolehmampuan. Anggaplah ia sebagai satu pelaburan kecil dalam memastikan keselamatan dan memudahkan wasiat anda dikeluarkan. Kami tidak mahu perkhidmatan yang kami sediakan menjadi beban tambahan kepada pewaris dan keluarga mereka yang sebelum ini telah membelanjakan kos yang agak tinggi bagi proses penyediaan wasiat,” ujar En Su

Pusat pendaftaran wasiat berpusat itu juga berperanan melengkapkan ekosistem pewasiat, wasi dan benefisiari dengan berkerjasama dengan agensi-agensi yang membantu pelanggan menyediakan wasiat dan menguruskan pelaksanaannya serta mentadbir amanah dan harta pusaka mereka. 
En Su menjelaskan, “Menerusi penglibatan dalam sistem yang saling terhubung ini, WillKey™ bermatlamat supaya memanfaatkan semua pihak yang terlibat. Peluang yang tersedia kepada rakan-rakan niaga bersama WillKey™ amat terbuka dan mereka mampu menikmati aliran pendapatan tambahan daripada aktiviti pendaftaran dan penyimpanan wasiat. Pada dasarnya, pelanggan mahukan perkhidmatan yang boleh dipercayai dan diyakini. Peguam, wasi dan penyedia perkhidmatan menulis wasiat kini boleh memberikan keyakinan kepada para pelanggan mereka bahawa menerusi WillKey™, wasiat yang berdaftar dengan mereka mudah dicari, dan jika disimpan dengan mereka, mudah dikeluarkan. Inilah cara WillKey™ menyumbang kepada hubungan dengan rakan-rakan niaganya.” 
“Proses pencarian dan pelaksanaan wasiat boleh memberikan kesan yang besar kepada ahli keluarga yang kehilangan insan tersayang. Proses untuk meneruskan kehidupan, khususnya setelah kematian ahli keluarga, sepatutnya tidak menjadi pengalaman yang sukar. Paling utamanya, WillKey™ mahu memberikan ketenangan minda daripada peringkat awal, dengan memastikan wasiat boleh ditemui dengan mudah apabila tiba masanya dan menawarkan kemudahan penyimpanan kepada mereka yang ingin menyimpan wasiat mereka bersama kami untuk meningkatkan keselamatan,” kata En Su

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai WillKey™, dan untuk melihat senarai komprehensif perkhidmatan serta yuran langganannya, sila layari http://www.mywillkey.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.fizarahman.com/2018/11/willkey-sistem-pendaftaran-wasiat-pertama-dimalaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Willkey Hanya Serendah Rm3 33 Untuk Sistem Pendaftaran Wasiat Penyimpanan Wasiat Dan Pencarian Wasiat

Willkey Hanya Serendah Rm3 33 Untuk Sistem Pendaftaran Wasiat Penyimpanan Wasiat Dan Pencarian Wasiat

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 338 hits
WillKey Sistem Pendaftaran Wasiat Pertama di Malaysia Memusatkan Pencarian dan Penyimpanan Wasiat Untuk Ketenangan Minda Apabila insan tersayang meninggal dunia soalan berkaitan yang sering ditanya Saya tahu arwah atau mendiang ada membuat ...
Daftar Dan Simpan Wasiat Dengan Sistem Willkey

Daftar Dan Simpan Wasiat Dengan Sistem Willkey

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 356 hits
Assalamualaikum hai semua Kadang bila sebut pasal wasiat ada yang pandang ringan aja kan Yang susahnya bila ada kematian pewaris tak dapat nak tuntut harta pusaka yang ditinggalkan Dah satu hal pula kan Sekarang nie senang dah korang boleh ...
Malaysia Akan Punyai Universiti Wakaf Pertama Bawah Maiwp

Malaysia Akan Punyai Universiti Wakaf Pertama Bawah Maiwp

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 218 hits
KUALA LUMPUR Malaysia bakal mempunyai universiti wakaf pertama di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata bagi merealisasikan hasrat itu dua kolej universi
Watsons Menjuarakan Bintang Media Sosial Yang Pertama Di Malaysia

Watsons Menjuarakan Bintang Media Sosial Yang Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 982 hits
Watsons Menjuarakan Bintang Media Sosial Yang Pertama Di Malaysia Semenjak Watsons melancarkan pencarian bintang media sosial secara eksklusif pada 27 hb September 2018 kempen yang berinovatif ini telah menarik penyertaan melebihi 500 pengg...
Reneuf Halal Mask Pertama Buatan Malaysia

Reneuf Halal Mask Pertama Buatan Malaysia

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 431 hits
Reneuf Halal Mask Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit Semua orang nak kulit cantik halus berseri macam kulit bayi kan SA pun tak ketinggalan tapi dah tua tua ni memang payah nak dapatkan kulit halus Boleh jer nak dapatkan tapi kena la pergi pusa...
Keputusan Separuh Akhir Pertama Malaysia Thailand Piala Aff 2018

Keputusan Separuh Akhir Pertama Malaysia Thailand Piala Aff 2018

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 421 hits
Keputusan separuh akhir pertama Malaysia Thailand Piala Aff 2018 Malaysia 0 Thailand 0
Pok Mon Festival Pertama Malaysia Di Resort World Genting Bermula Musim Cuti Sekolah Ini

Pok Mon Festival Pertama Malaysia Di Resort World Genting Bermula Musim Cuti Sekolah Ini

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 909 hits
Musim cuti perayaan Krismas Tahun Baru dan Tahun Baru Cina kali ini dimeriahkan dengan kehadiran makhluk dari siri permainan video terlaris Nintendo iaitu Pok mon Pok mon Festival Resorts World Genting telah bermula 1 Disember 2018 hingga 2...
Miss Pinklady Program Realiti Online Pertama Di Malaysia

Miss Pinklady Program Realiti Online Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 785 hits
MISS PINKLADY Program Realiti Online Pertama Di Malaysia Assalammualaikum semua Ya hari ini 1 Disember 2018 bakal berlangsung program realiti online pada jam 9 malam Ruby teruja sangat nak tengok realiti online seperti America s Next Top Mo...
Pandang Pertama Oppo R17 Pro Rekaan Anggun Dengan Sistem Tri Kamera Yang Menawan

Pandang Pertama Oppo R17 Pro Rekaan Anggun Dengan Sistem Tri Kamera Yang Menawan

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 348 hits
OPPO R17 Pro Skrin 6 4 AMOLED FHD 19 5 9 Chipset Qualcomm Snapdragon 710 CPU 2 x Kryo 360 Gold 2 2 GHz6 x Kryo 360 Silver 1 7 GHz GPU Adreno 616 Memori 8GB RAM Storan 128GB Kamera Utama 12MP f 2 4 f 1 4 20MP ToF Kamera Hadapan 25MP f 2 0 Sa...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik