Daftar Dan Simpan Wasiat Dengan Sistem Willkey
Assalamualaikum, hai semua. Kadang bila sebut pasal wasiat, ada yang pandang ringan aja kan. Yang susahnya bila ada kematian pewaris tak dapat nak tuntut harta pusaka yang ditinggalkan. Dah satu hal pula kan. Sekarang nie senang dah, korang boleh Daftar dan Simpan Wasiat dengan Sistem Willkey™. Mesti korang tertanya dan nak tau apa yang menarik bila daftar dan simpan wasiat dengan sistem Willkey™ nie kan. Jom Kak Sue kongsi kat bawah nie ya..
Daftar dan Simpan Wasiat Dengan Sistem Willkey™Daftar dan Simpan Wasiat dengan Sistem Willkey™Daftar dan simpan wadiat dengan sistem Willkey™ nie adalah Sistem Pendaftaran Wasiat Pertama di Malaysia tau korang. Bila insan tersayang meninggal dunia, soalan yang selalu kita tertanya-tanya arwah atau mendiang ada buat wasiat tapu kita tahu kat mana wadiat tu tersimpan. Bukan sikit pula tu yang melalui situasi macam nie tapi dengan adanya Sistem Willkey™ nie dapat memudahkan lagi urusan wasiat
Satu-satu wasiat boleh disimpan di pelbagai tempat, sama ada di rumah, pejabat, bersama peguam, bank ataupun penyedia perkhidmatan menulis wasiat. Dengan peredaran masa, pewasiat mungkin tersalah letak yang dah disediakan ataupun mungkin terlupa tempat simpanannya. Perkara-perkara tak dijangka atau diingini seperti kebakaran, kemalangan dan banjir juga membahayakan keselamatan wasiat kan.
Bila jadi macam tu pencarian wasiat kemudiannya menjadi satu proses yang berpanjangan, malah boleh berlanjutan daripada beberapa bulan hingga bertahun-tahun. Selain tu ada kemungkinan wujud pergaduhan tentang pengagihan aset si mati. Ada juga kemungkinan sesetengaah aset yang dimiliki si mati hanya diketahui beliau dan tak. didedahkan pada ahli keluarga semasa pewasiat itu masih hidup tapi sebaliknya ada dinyatakan di dalam wasiat yang disediakan. Bila wasiat gagal ditemui, aset-aset seperti ini tak dapat ditutut waris selepas kematian individu terbabit. Susah juga kan bila jadi macam nie.
Kementerian Kewangan mendedahkan pada tahun 2017 bahawa terdapat sejumlah aset bernilai RM5.7 bilion yang belum dituntut. Selain itu, Kemneterian Sumber Asli dan Alam Sekitar sebelum ini turut memaklumkan pada tahun 2016 harta bernilai RM60 bilion yang dimiliki individu yang telah meninggal dunia masih belum dituntut waris mereka. Angka yang membimbangkan ini mengambarkan kekayaan yang boleh diwarisi benefisiari yang berhak daripada ahli keluarga mereka, sekiranta dokumentasi yang diperlukan berada dalam keadaan teratur untuk membuat tuntutan, yang paling uautama, wasiat pewaris
Kebimbangan ini membuatkan MWD Wills Depository Sdn Bhd mengumumkan satu solusi untuk rakyat Malaysia mencari wasiat. Willkey™ pusat pendaftaran wasiat pertama di negara ini sebagai sebuah pusat pendaftaran membolehkan pewasiat mendaftar maklumat berkenaan lokasi wasiat atau menyimpan salinan wasiat mereka. Selain itu, pewasiat juga boleh menyimpan wasiat asal masing-masing setetusnya memudahkan pencarian dokumen.
Daftar dan Simpan Wasiat Dengan Sistem Willkey™Dengan penyedian sebuah bilik kebal yang kukuh dan selamat dan juga kemudahan tahan api dengan teknologi terkini Willkey™ menggabungkan maklumat untuk pewasiat, wasiat dan benefisiari bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pencarian dan mendapatkan wasiat.
Menurut kata En Su Tiang Joo, Pengarah MWD Wills Depository Sdn Bhd "Kami percaya rakyat Malaysia sentiasa mencari kaedah yang lebih mudah dan efisen untuk menyiapkan tugas. Pencarian wasiat untuk memudahkan pelaksaan dan pengagihan kekayaan dan aset juga tidak terkecuali. Mempunyai wasiat sememangnya penting bagi mereka yang mempunyai hartanah, polisi insurans, akuan bank dan aset-aset lain bagi menetukam siapa yang mewarisi harta berkenaan, namun pada masa yang sama mengetahui di mana individu terbabit menyimpan wasiat mereka tidak kurang pentingnya. Bagi memenuhi keperluan Willkey™ bertindak sebagai pusat pendaftaran yang membenarkan individu yang ditentukan terlebih dahulu seperti peguam, wasi atau waris, mengakses maklumat mengenai wasiat tertentu dengan mudah selepas menunjukkan dokumen yang diperlukan."Kami memahami bahawa perkara ini amat peribadi kepada pewadiat dan kami ingin membantu mereka menguruskan perkara yang penting kepada mereka. Willkey™ mahu memastikan supaya wadiat mereka didaftarkan dan disimpan dengan selamat agar kemahuan pewadiat boleh dilaksanakan dengan tepat"
Biasanya bila perkhidmatan berkaitan wasiat nie melibatkan kos yang tinggi tapi dengan Willkey™ nie mereka sediakan perkhidmatan dengan harga berpatutan, tanpa berkompromi terhadap aspek keselamatan dan kredibiliti. Pewasiat hanya perlu daftar sekali aja dengan Willkey™ dengan bayaran yuran sebanyak RM133.33 dan langganan penyimpanan wasiat disediakan pada harga serendah RM3.33 sebulan. Murah ja kan.. tak ada lah rasa berat sangat nak bayar..
Kata En Su lagi "Proses pencarian dan pelaksaan wasiat boleh memberi kesan yang besar kepada ahli keluarga yang kehilangan insan tersayang. Proses untuk meneruskan kehidupan, khususnya setelah kematian ahli keluarga setutnya tak menjadikan pengalaman yang sukar. Paling utamanya Willkey™ mahu berikan ketenangan dari perimgkat awal dengan pastikan wasiat ditemui dengan mudah bila tiba masanya dan menawarkan kemudahan penyimpanan wasiat untuk meningkatkan keselamatan"..
Korang kalau nak tau lebih detail boleh singgah kat sini ya www.mywillkey.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shuhaidakabdy.com/2018/12/daftar-dan-simpan-wasiat-dengan-sistem-willkey.html