Widowhood Effect Pasangan Cenderung Meninggal Dunia 3 Bulan Selepas Pasangan Mati Kajian


Ditinggalkan oleh insan tersayang pastinya menyakitkan, apatah lagi jika kita hanya akan ‘bertemu’ semula di dunia seterusnya. Kehilangan seseorang yang disayangi pasti membawa separuh dari jiwa pasangannya yang bakal merindui setiap detik bersama.
Sebelum ini, pasti anda pernah terdengar kisah pasangan yang setia hingga hujung nyawa di mana suami atau isteri meninggal dunia setelah kematian salah seorang daripada mereka.
Situasi yang dipanggil kesan balu atau ‘Widowhood effect’ ini sebenarnya pernah disebut dalam satu kajian berkenaan kematian mengejut oleh sekumpulan saintis dari London. Mari kita baca perkongsian Hello Doktor mengenai penjelasan kesan tersebut.
Kesan balu atau ‘Widowhood effect’ Kesan balu (Widowhood effect) merupakan bukti bahawa kesihatan mental dan sosial memainkan peranan penting terhadap kelanjutan hayat individu. Ia tidak mengenal bangsa, usia atau jantina.
Kajian-kajian berkaitan dengannya telah mendapati bahawa risiko kematian pasangan berada antara 30 hingga 90% pada 3 bulan pertama (waktu kritikal). Punca kematian tidak mempunyai penerangan yang jelas namun kesannya terhadap individu yang meratapi pemergian insan tersayang bergantung kepada cara kematian pasangan.
Perkara ini perlu diambil berat terutamanya daripada konteks kesihatan berikutan kematian suami atau isteri boleh menyebabkan peningkatan kepada risiko kematian. Ini boleh memberikan impak yang besar kepada tahap kesihatan awam.
Kredit: Good Therapy Berkemungkinan besar mereka yang meratapi pemergian pasangan tidak menguruskan diri mereka dengan baik. Ini boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah kesihatan terutamanya jika individu itu sendiri pernah didiagnosis dengan penyakit kronik.
Usaha untuk memahami kesan balu ini dengan lebih dalam bukanlah satu perkara yang mudah. Ia berikutan data yang tidak mencukupi membuatkan kita hanya mampu membuat tanggapan berdasarkan kepada dapatan sedia ada.
Namun, tidak dinafikan bahawa, kesihatan mental dan sosial memainkan peranan penting dalam peningkatan kadar kematian yang dialami oleh balu. Ia terutamanya tinggi pada 3 bulan pertama selepas kematian dan ketika ini, emosi dan hubungan sosial mereka yang meratapi kematian suami berada pada paras yang tidak sihat.
Kajian tentang kematian pasangan Pada tahun 2008, Universiti Harvard telah menjalankan kajian yang melibatkan 373,189 pasangan berkahwin. Pada penghujung kajian, sebanyak 317,300 pasangan telah mengalami kematian disebabkan oleh pelbagai jenis masalah kesihatan termasuklah kanser dan penyakit kardiovaskular.
Kajian tersebut telah mendapati bahawa kematian suami boleh menyebabkan risiko yang tinggi pada pasangan yang berusia untuk mengalami kematian disebabkan oleh kanser usus dan kanser paru-paru.
Bukan itu sahaja, mereka yang meratapi kematian pasangan turut berisiko tinggi untuk mati disebabkan oleh masalah kardiovaskular termasuklah:
Masalah serangan jantung Kegagalan jantung Strok Masalah jantung atau salur darah yang lain Gambar hiasan. (Kredit: Toronto Star) Kematian mengejut lebih memberi kesan Punca kepada berlakunya kematian tersebut bertepatan dengan satu kajian yang pernah dijalankan di London berkaitan dengan kematian yang sudah dijangka.
Sebagai contoh, jika pasangan anda menghidap penyakit Alzheimer atau Parkinson, anda sudah menjangkakan bahawa pasangan anda akan mati dalam tempoh tertentu berdasarkan kepada keterukan simptom klinikal mereka.
Dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa bukan durasi penyakit yang ditanggung oleh si mati menjadi fokus utama. Ia lebih kepada sama ada kematian tersebut boleh dijangka ataupun tidak. Mereka yang mati secara mengejut lebih memberi kesan kepada tahap psikologi dan mental pasangan yang hidup.
Isteri lebih terkesan berbanding suami Kesan balu mungkin memberi impak kepada isteri lebih kepada suami namun tidak dinafikan bahawa tiada siapa yang terselamat daripada berasa sedih sewaktu kehilangan pasangan hidup.
Jika tidak diuruskan dengan baik, ia boleh menyebabkan kemurungan, kegelisahan dan peningkatan pada risiko kematian pada individu.
Langkah hindari komplikasi Gambar hiasan. (Kredit: Google) Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi menghindarkan komplikasi ini daripada berlaku. Antaranya adalah:
Dapatkan bantuan daripada rakan dan keluarga terdekat. Dinamik hubungan yang seharusnya wujud ketika seseorang itu diuji dengan pemergian pasangan hidup perlu bersifat dua hala. Kadangkala, mereka yang sedang menghadapi musibah tidak rela meminta bantuan daripada pihak lain. Maka dalam situasi tersebut, alternatif pertolongan perlu diutarakan kepada mangsa.
Dapatkan bantuan pakar. Jika anda berasa situasi tersebut sukar untuk dikawal, dapatkan bantuan daripada pakar. Apa yang anda perlu tahu adalah, kesedihan selepas kematian pasangan adalah normal. Ia bukan penyakit mental namun jika ia berterusan untuk jangka masa tertentu ia boleh menyebabkan masalah tersebut.
Oleh sebab itu penting untuk kita mendapatkan bantuan daripada pakar bagi memastikan perkara tersebut tidak berlaku.
Amalkan gaya hidup sihat. Hakikatnya, sukar untuk kita mengawal rutin harian kita seperti sedia kala memandangkan motivasi kita berada pada paras yang rendah. Rakan-rakan dan keluarga memainkan peranan penting bagi memastikan mereka yang sedang bersedih mengambil makanan yang berkhasiat, melakukan senaman dan mendapatkan tidur yang cukup.
Beri bantuan kewangan atau alternatif yang seumpama dengannya. Jika mereka yang masih hidup tidak mempunyai status kewangan yang stabil, sumbangan wang ringgit, bahan makanan dan sebagainya boleh meringankan beban. Kematian pasangan merumitkan status kewangan seseorang terutamanya jika mereka mempunyai tanggungan namun beban dapat diringankan melalui tangan yang suka menghulur.
Sumber: Hello Doktor, Health Harvard
The post ”Widowhood Effect”, Pasangan Cenderung Meninggal Dunia 3 Bulan Selepas Pasangan Mati- Kajian appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/29/widowhood-effect-pasangan-cenderung-meninggal-dunia-3-bulan-selepas-pasangan-mati-kajian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Tua Kembali Hidup Selepas 10 Jam Disahkan Meninggal Dunia

Wanita Tua Kembali Hidup Selepas 10 Jam Disahkan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 293 hits
Baru baru ini seorang wanita warga Ukraine yang berusia 83 tahun dikatakan hidup kembali selepas 10 jam disahkan meninggal dunia di rumahnya Stryzhavka Dikatakan ahli keluarga telah mengaturkan pengebumian dan tempahkan paderi untuk jasadny...
Kaku Dalam Pelukan Ayah Bayi Syria 18 Bulan Meninggal Dunia Kebekuan

Kaku Dalam Pelukan Ayah Bayi Syria 18 Bulan Meninggal Dunia Kebekuan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 1137 hits
Kaku dalam pelukan ayah Dalam cuaca bersalji seorang lelaki mendukung bayinya yang berusia 18 bulan untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan bagi penyakit bronkitis dihidap si kecil itu Namun malangnya mereka tidak sempat tiba Anak kecil ...
Hak Hak Isteri Selepas Bercerai Mati Ramai Yang Tak Tahu

Hak Hak Isteri Selepas Bercerai Mati Ramai Yang Tak Tahu

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 467 hits
Hak hak isteri selepas bercerai mati Posting ini adalah mengenai hak hak yang boleh dituntut oleh seorang isteri di Mahkamah selepas kematian suami dibawah adalah hak seorang isteri jika bercerai mati 1 Tempat tinggal Sepanjang tempoh eddah...
20 Orang Meninggal Dunia Akibat Kerusuhan Umat Hindu Dan Islam Di India

20 Orang Meninggal Dunia Akibat Kerusuhan Umat Hindu Dan Islam Di India

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 306 hits
20 orang dilaporkan meninggal dan 189 lainnya mengalami luka luka dengan 60 korban luka tembak dalam bentrokan antara umat Hindu dan umat Muslim di timur Ibu Kota New Delhi India Selasa 25 Februari 2020 Bentrokan itu bermula dari demonstras...
Update Terkini 4 Orang Meninggal Dunia Akibat Banjir Di Bekasi

Update Terkini 4 Orang Meninggal Dunia Akibat Banjir Di Bekasi

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 236 hits
BPBD Provinsi Jawa Barat melakukan pendampingan untuk kaji cepat dan evakuasi dengan membawa perahu karet
Hosni Mubarak Meninggal Dunia

Hosni Mubarak Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 248 hits
KAHERAH Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak meninggal dunia di hospital tentera di Galaa Mesir pada usia 91 tahun Berita itu disahkan adik iparnya Jeneral Mounir Thabet hari ini Portal berita BBC melaporkan Mubarak menjalani satu pembedahan ...
Pencipta Kod Konami Kazuhisa Hashimoto Meninggal Dunia

Pencipta Kod Konami Kazuhisa Hashimoto Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 230 hits
Sekiranya anda peminat permainan video anda pasti pernah menggunakan atau sekurang kurangnya tahu apakah itu Konami Code Dengan memasukkan arahan B A Start pemain boleh mengakses mod mengelat dalam puluhan permainan video Pencipta kod ini K...
Pelajar Malaysia Hidap Leukemia Meninggal Dunia Di Maghribi

Pelajar Malaysia Hidap Leukemia Meninggal Dunia Di Maghribi

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 252 hits
PENUNTUT Malaysia di Universiti Mohammed V Rabat di Maghribi Mohd Hafizuddin Hazrul 20 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Cheikh Zayd akibat leukemia sejak 3 November lalu meninggal dunia 10 50 malam tadi Bapanya Hazrul Abdullah...
12 Perkara Isteri Wajib Tahu Berkaitan Harta Jika Suami Meninggal Dunia

12 Perkara Isteri Wajib Tahu Berkaitan Harta Jika Suami Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 479 hits
Urusan keluarga selepas seseorang meninggal dunia tidak terhenti di perkuburan Waris perlu mengetahui tindakan seterusnya bagi menunaikan hak si mati seperti membayar hutang memenuhi hak anak yatim serta menguruskan harta dengan cara terbai...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game