Who Beri Amaran Penularan Deltacron
WASHINGTON – Dua kes melibatkan Deltacron dikesan di Amerika Syarikat (AS) dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran berkaitan penularan varian baharu Covid-19 itu di Eropah, namun jangkitan di seluruh dunia telah menurun, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Deltacron merupakan varian yang memiliki gabungan ciri genetik Omicron dan genom varian Delta.
WHO memaklumkan berkaitan penularan Deltacron menerusi taklimat pada Rabu lalu. Menurutnya, varian itu merebak di Perancis, Belanda dan Denmark.
Setelah dua kes Deltacron dikesan di AS, organisasi berkenaan merancang untuk menerbitkan laporan mengenai penemuan tersebut dalam masa terdekat.
Laporan berkenaan akan dikeluarkan setelah dunia mengharungi pandemik Covid-19 selama dua tahun semalam (11 Mac).
Bagaimanapun, tidak semua pakar bimbang berhubung penularan Deltacron walaupun WHO telah memberi amaran serius bahawa varian tersebut boleh menjadi masalah utama di Eropah dan di AS
“Dua kes yang dikesan itu mungkin tidak akan meningkatkannya pada tahap yang membimbangkan,’’ kata ketua pegawai sains, Dr. William Lee yang bertugas di Helix iaitu makmal berpangkalan di Califronia yang menyusun sampel Covid-19 untuk Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
Helix telah mengesan dua kes berkaitan varian Deltacron. Keseluruhan kes varian itu kekal rendah walaupun ia dikesan di beberapa negara dan disebarkan oleh manusia sebelum ini.
Di AS, varian Omicron pula telah merebak secara dominan dengan varian asal, BA.1 dicatatkan sebanyak 88 peratus dan subvarian BA.2 pula sebanyak 12 peratus.
Sementara itu, di kebanyakan tempat di dunia, kes Covid-19 mencatat penurunan selepas memuncak pada Januari lalu.
AS merekodkan sebanyak 37,524 kes sehari, susut 36 peratus sejak seminggu lalu. Kes harian di AS juga menurun lebih 95 peratus sejak penularan varian Omicron memuncak dan mencatatkan sekitar 800,000 kes sehari pertengahan Januari tahun ini. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Tu Dia!! Kerana Ikan 10 Sen Seekor, SOP Pun Kelaut..Pelanggan Tak Hirau Penjarakan Fizikal [VIDEO]
PKR, PH dan MUDA cuba menjarakkan diri antara satu sama lain
Kronologi kejadian tanah runtuh dari 2021 hingga kini
Mangsa Terakhir Ditemui Maut, Insiden Tanah Runtuh Di Taman Bukit Permai 2 Ragut Empat Nyawa
Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini
PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi
Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]
PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik
Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]
The post WHO beri amaran penularan Deltacron appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/03/12/who-beri-amaran-penularan-deltacron/