Whimsical Christmas Di Rasai Di Alamanda Putrajaya
Hi Korang,
Lama betul tak ke Alamanda Putrajaya Shopping Mall ek, dulu rajin gak ke sana tapi sejak busy keje sampai malam ni memang dah jarang ke sana.
Kebetulan public holiday di Selangor ni hari ni, so tadi tak de apa program terus je ke sana, alah jalan-jalan cuti mata kan, singgah makan dan membeli belah sket.
Wah kemain cantik lagi ek, di dalam Alamanda ni.
Bertukar menjadi lain tau hehehe… Dengan bertema ""Whimsical Christmas" keseluruhan kawasan di centre court di Alamanda Putrajaya ni bertukar menjadi sebuah bandar bunga poinsettia yang menakjubkan, dihiasi dengan ribuan lampu berwarna-warni dan pokok krismas bersalji dan perhiasan yang diilhamkan oleh kristal yang menarik. Yang best tuh, taman yang indah ni di jaga rapi oleh tentera Nutcracker yang macho tuh
Seriously sama cantik macam Suria KLCC jugak tau cuma tak de pokok krismas yang tinggi melangit je wokeh..
Terus kak lily ke Centre Court ermm apalagi bergambar lah kan
Cantik betul hiasan dekorasi di dalam Alamanda Putrajaya ini, bukan kak lily je yang poyo bergambar tau tapi ramai jugak pengunjung tak lepaskan peluang untuk bergambar di patung-patung Nutcracker gergasi ni hehehehe
Berbelanja dan Nikmati Ganjaran
Untuk korang pengujung setia di Alamanda Putrajaya Shopping Centre ni, ada berita baik tau. Dengan pembelian minimum RM650.00 dengan maximum 2 resit daripada store yang terpilih korang boleh menebus hadiah misteri.
Redemption counter terletak di Centre Court ni
Hadiah-hadiah misteri seperti gabungan shopping voucher bernilai RM20 dari Parkson dan Cold Storage ataupun hadiah premium dari Alamanda seperti Cosmetic Pouch, Condiment Pot dan 2016 Merdeka T-shirts. Menarik bukan.
Nak info lanjut, meh klik ni ye : http://bit.ly/AlamandaWhimsicalChristmas
Tapi ingat tau, kempen ni bakal berakhir pada 25 Disember 2018.
Pertunjukan Istimewa “Christmas” 8 Disember – 25 Disember 2018
Selain daripada dapat bergambar patung-patung nutcracker yang besar tuh, korang jugak boleh saksikan beberapa pertunjukan istimewa yang akan di pertontonkan kepada para pengunjung Alamanda Putrajaya daripada 8 Disember sehingga 25hb Disember 2018 ini.
Di antaranya adalah :
Christmas Carolling
Santa & Santa Rina Meet and Greet
Santa & Santa Rina Walkabout
Acoustic Performance
Christmas Dance
Nak info lanjut, meh klik ni ye : http://bit.ly/AlamandaWhimsicalPerformances
Aktiviti VIKIDS Di Hujung Minggu
VIKIDS Club merupakan kelab kanak-kanak di bawah naungan Alamanda Putrajaya Shopping Centre dan VIKIDS Club ini tidak juga ketinggalan mengadakan beberapa aktiviti menarik untuk kanak-kanak yang hadir di Alamanda Putrajaya pada setiap hujung minggu sehingga Krismas nanti.
Di antara aktiviti yang disediakan seperti :
Sand Art Workshop Terbuka kepada 30 orang kanak-kanak ahli VIKIDS
DIY Snow Globe Workshop Terbuka kepada 30 orang kanak-kanak ahli VIKIDS dengan minimum RM50 jumlah pembelian di dalam satu resit
Christmas Colouring Activity (by Rotiboy) Terbuka kepada 30 orang kanak-kanak ahli VIKIDS
Bagaimana untuk menjadi ahli VIKIDS?
Hanya dengan berbelanja minimum RM50 di bahagian kanak-kanak / maternity stores dan kemudiannya mendaftar di bahagian information desk.
Nak info lanjut, meh klik ni ye : http://bit.ly/AlamandaWhimsicalVIKIDSActivity
Kempen CSR Bersama Hospis Malaysia
Di kala kita bersuka ria, golongan-golongan yang kurang bernasib baik ni tak patut dilupakan jugak kan. Dengan ini Alamanda Putrajaya juga turut bekerjasama dengan Hospis Malaysia dalam mewujudkan kesedaran dan mendapatkan sokongan orang ramai terhadap program penjagaan paliatif.
Penjagaan paliatif adalah program khusus untuk orang yang menghidap penyakit yang membatasi nyawa dan ia memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti hidup untuk pesakit dan keluarga.
Bermula dari 8hb Disember 2018, pelbagai aktiviti di jalankan bersama Hospis Malaysia seperti Face dan Body Painting untuk kanak-kanak
Nak info lanjut, meh klik ni ye : http://bit.ly/AlamandaWhimsicalCSR
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi dan aktiviti Krismas di Alamanda Putrajaya sila layari :
Alamanda Putrajaya : https://www.alamanda.com.my/
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Website : https://www.alamanda.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre/
Instagram : https://www.instagram.com/alamandashoppingcentre/?hl=en
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2018/12/whimsical-christmas-di-rasai-di.html