Pak John Steamboat Ioi Putrajaya Lebih Luas Selesa Dan Lebih Banyak Variasi Makanan
Sekali sekala bila nak dating ke , nak catching up session dengan kawan kawan ke, rasa macam tak cukup setakat pergi lepak kedai makan biasa. Sebab kalau dah borak, membawang ; tak perasan ghupenya dah berjam duduk situ. Sampai staff kedai pun jeling jeling 'oi tak reti nak balik ke?!!' hahahha
So biasanya kalau rasa rasa nak ada sesi berborak panjang lebar, yang ala ala 'take my sweet time' gitohh , aku suka pilih untuk pergi makan steamboat
Bila makan steamboat ni kan, konsep nya mostly "all you can eat" . Dan biasanya takde time limit. Duduk la kau mereput dekat situ sampai perut penuh, balik pun mengesot. Takde sape nak marah haha . Makanya, kalau rasa rasa nak duduk makan lama lama tu, kena la titik beratkan beberapa perkara. Ha nak pilih tempat steamboat pun , nak kena ada kriteria tau
1. Tempat luas , layout tempat makan selesaAku tak suka tempat steamboat yang meja nya rapat with one another. Macam bila kau nak kena bangun ambik ambik makanan ke, berlanggar langgar dengan meja lain. Me hate it
2. Banyak variasi makanan ; jenis segarTak suka steamboat yang fishball je banyak. Atau benda benda frozen tu. Makanan jenis marinate yang ayam, daging, kambing, seafood tu takde. Ish rugila bayar mahal mahal takde semua tu. So , ni pun point penting bila pilih tempat steamboat
3. Ventilation yang bagus Nak kena cari tempat steamboat, lagi lagi yang 2-in-1 sekali dengan grill, kena cari tempat yang ventilation nya bagus. Kalau tak, rasa panas melekit tak selesa. Baju pulak busuk bau asap je
3 point penting ni wajib untuk aku consider bila nak makan dekat mana mana steamboat place. Haritu aku cuba makan dekat Pak John Steamboat cawangan IOI Putrajaya, and I'm happy to say that, they scored all the 3 points! yahuu yahuu!
Okay lepasni jadi tempat favourite baru pulak la untuk makan makan steamboat & grill
Aku pernah pergi Pak John Steamboat yang cawangan ECurve Damansara. Tapi dekat situ kecik sikit la nak banding dengan yang dekat IOI Putrajaya ni. Based on my likings, I prefer the ones at IOI Putrajaya most. Maybe sebab cawangan ni pun baru, so dah banyak improvement nak compare to the previous outlet.
Selesa makan dekat sini sebab aircond kuat, ventilation bagus, variasi makanan banyak, perapan makanan pun sedap. Lepastu banyak masakan panas yang dah ready boleh makan terus. Jadinya takde istilah lapar masa nak tunggu apa yang korang rebus/ grill tu nak masak.
Yang buatkan dekat Pak John Steamboat ni extra special ialah jenis jenis bahan yang diorang guna. Kalau normal steamboat/ grilling place ada ayam, daging, seafood biasa je kan? Dekat sini siap ada Abalone, Itik dengan Premium beef tau. Huih sakan makan weyy . Serious puas hati.
RAMENNN
dessert station
condiments island
sayur sayur segar
Makanan ready to eat
semua segar segar
pilihan lauk lauk untuk korang steam/ grill
Nak dessert pun macam macam ada. Ada buah buahan, ada dadih, ada jelly, ada ABC, lepastu boleh request hot waffles jugak. wehooooooo ni baru betul betul berbaloi .
Pricing untuk per head depends dekat waktu korang datang. Masa dinner ke, lunch ke. Harga macam dekat dalam gambar ni. Bayar masa masuk tau. Lepastu boleh unlimited nak keluar masuk, gi tandas, gi solat ke apa. Take your sweet time gitoohh
So, korang suka makan steamboat/ BBQ grill? Agak agak, korang nak cuba pergi Pak John Steamboat ni tak? Kalau rasa rasa nak pergi, ajak la iols sekali. Nak ikottttt hehehe :D
Related search : tempat makan keluarga, steamboat berbaloi, tempat steamboat banyak pilihan, restoran steamboat sedap, steamboat pak john menu, menu harga steamboat pak john, promosi hari jadi steamboat pak john, pak john steamboat cawangan, cawangan pak john steamboat,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://blog.farahdafri.com/2018/12/pak-john-steamboat-ioi-putrajaya-harga-best-ke-review.html