Wey Najib Auta La Pasal Berlian Merah Jambu Tu Dulu



Suatu masa dulu pada tahun 2018, dalam bulan Oktober bekas Perdana Menteri Malaysia yang kini dikenali juga sebagai "Bossku" Datuk Seri Najib Razak telah mendedahkan kononnya loket rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu yang turut dikaitkan dalam siasatan skandal 1MDB, dibelikan oleh putera dari negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam satu wawancara dengan Al Jazeera untuk program 101 East, Najib menamakan putera berkenaan sebagai Sheikh Mansour Zayed, yang merupakan timbalan perdana menteri UAE dan naib pengerusi UAE's International Petroleum Investment Company.
Dalam wawancara itu juga, apabila pengacara program Mary Ann Jolley menyebutkan bahawa AS$27 juta dari 1MDB digunakan untuk membeli loket berkenaan untuk Rosmah selepas Najib memulangkan AS$620 juta kepada akaun yang dikaitkan dengan Jho Low, bekas perdana menteri itu kelihatan tidak senang.
Najib berkata kononnya Sheikh Mansour merupakan "kenalan rapat" Jho Low yang kini dikehendaki di Malaysia berhubung skandal 1MDB. 
Najib atau 'Bossku' juga mendakwa kononnya Rosmah Mansur iaitu Isterinya tidak pernah menerima berlian berkenaan.
"Apa yang berlaku tentang berlian merah jambu itu adalah pertikaian. Jadi jangan buat kesimpulan sendiri," katanya.
Ketika diminta mengulas dakwaan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS, berlian merah jambu itu dibeli oleh Jho Low menggunakan AS$620 juta yang Najib telah pulangkan kepada "penderma Arab", yang kemudian dikenal pasti adalah sebuah syarikat yang diuruskan oleh proksi Jho Low, iaitu Eric Tan Kim Loong.
DOJ juga mendakwa Rosmah dan Jho Low bertemu dengan tukang berlian yang mereka rantai berlian itu di sebuah kapal layar di Monaco pada Julai 2013.
Najib dengan selamba menjawab: "Kami tidak tahu, apa yang kami tahu ia adalah hadiah daripada Sheikh Mansour yang tahu dengan duit apa ia dibeli dan siapa bayar. Kami tidak tahu! Kami tidak tahu nilai hadiah itu.
Bagaimanapun hari ini Tukang emas berprestij New York, Lorraine Schwartz memberitahu mahkamah di Amerika Syarikat (AS) bahawa dia memperolehi perjanjian AS$23 juta untuk menjual kepada Rosmah Mansor seutas rantai berlian 22 karat.
Schwartz dilaporkan Malaysiakini berkata demikian dalam kenyataannya yang dimasukkan sebagai rekod mahkamah oleh pendakwa dalam perbicaraan terhadap bekas pengurus bank Goldman Sachs, Roger Ng

Menurut Bloomberg, Schwartz dihubungi oleh Jho Low pada Jun 2013 untuk menhasilkan seutas "rantai berlian merah jambu dengan permata berbentuk hati".
Laporan Bloomberg menyebut Rosmah "mahu" berlian 18 karat tetapi Schwartz hanya mempunyai berlian 22 karat. Bagaimanapun, perjanjian tetap dicapai.
Menurut kenyataan Schwartz, dia secara peribadi menghantar rantai itu kepada Rosmah di atas sebuah kapal layar, dengan kehadiran Jho Low, di luar pesisiran pantai Monaco.
Kenyataan Schwartz turut mendakwa Rosmah membeli barang kemas tambahan bernilai AS$1.3 juta daripada dirinya pada 2014.
Invois untuk barang kemas bernilai AS$23 juta telah dipamerkan kepada juri, tetapi bukan salinan sebenar

Laporan penuh silalah baca di SINI
Hmm... 1Malaysia dia dah auta rupanya pasal berlian merah jambu berharga USD23 Juta tu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/03/wey-najib-auta-la-pasal-berlian-merah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rosmah Tidak Pernah Terima Rantai Berlian Merah Jambu Kata Peguam

Rosmah Tidak Pernah Terima Rantai Berlian Merah Jambu Kata Peguam

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 238 hits
KUALA LUMPUR Peguam Rosmah Mansor menolak dakwaan bahawa isteri bekas perdana menteri itu menerima rantai berlian merah jambu kononnya daripada Low Taek Jho
Kenapa Layan Pm Macam Ni Dap Kesian Tengok Pm Berdiri Atas Simen Berbanding Najib Atas Karpet Merah

Kenapa Layan Pm Macam Ni Dap Kesian Tengok Pm Berdiri Atas Simen Berbanding Najib Atas Karpet Merah

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 262 hits
The ReporterFoto BernamaPengerusi DAP Perak Nga Kor Ming memuat naik gambar sekumpulan pemimpin UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdiri di atas simen bukannya di atas karpe...
Bekas Tentera Sokong Najib Memalukan Patriot

Bekas Tentera Sokong Najib Memalukan Patriot

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 233 hits
PATUT PATRIOT SOKONG SAMA JANGAN MARAH LA BEKAS TENTERA SOKONG NAJIB TUU BEKAS TENTERA TU TAK TAHU APA APA BENGONG Jika kita tengok wajah tentera pencen diatas mereka tentu dapat pencen ribu ribusetelah mereka gadai nyawa untuk negara KO RA...
Najib Hires Comms Firm Karv To Represent Him In Us Media

Najib Hires Comms Firm Karv To Represent Him In Us Media

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 228 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak has hired global communications firm Karv Communications to provide media relations support as former Goldman Sachs executive Roger Ng goes on trial in a federal court in New York A spokesperson from ...
Kerana Di Fitnah Najib Sebut Malu Apa Bossku Bukan Sebab Tidak Ada Sifat Malu

Kerana Di Fitnah Najib Sebut Malu Apa Bossku Bukan Sebab Tidak Ada Sifat Malu

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 321 hits
Oleh Sirajuddin AhmadJahil nya Kroni Atuk Malu apa bossku sebab difitnah tak perlu malu bukan sebab tidak malu Kita pelik dengan umur advance semacam Tun Mahathir kroni yang di perkayakan dengan memberi pelbagai faedah sama jahil dengan nya...
Biar Betul Buang Air Besar Boleh Kuruskan Badan Cek Fakta Atau Auta

Biar Betul Buang Air Besar Boleh Kuruskan Badan Cek Fakta Atau Auta

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 195 hits
Biar Betul Buang Air Besar Boleh Kuruskan Badan Cek Fakta Atau Auta SETIAP hari manusia akan membuang air besar bagi mengeluarkan najis yang merupakan sisa makanan dan minuman yang terhasil ketika proses pencernaan selepas tubuh menyerap se...
Najib S Aide Offers A Month S Salary Cut After Altercation With Journalist

Najib S Aide Offers A Month S Salary Cut After Altercation With Journalist

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 226 hits
JOHOR POLLS Pekan MP Najib Abdul Razak s special officer Ahmad Lutfi Azhar has apologised and offered to have his salary for this month docked after an altercation with a journalist on Tuesday This came after the officer supposedly for refu...
Johor Polls Moh Issued 42 Compounds Including 5 To Najib Khairy

Johor Polls Moh Issued 42 Compounds Including 5 To Najib Khairy

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 303 hits
JOHOR POLLS The Health Ministry has issued 42 compound notices for the violation of the standard operating procedures during the Johor state election campaigning period to date including five to former prime minister Najib Abdul Razak said ...
Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Cukai Perkhidmatan 8 Oleh Bank Bermula 1 Julai 2025 Apa Kesan Kepada Kita

Sarapan Pulut Panggang Inti Sambal Tumis

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony

Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Scooter Day 2025

Naikkan Imej Produk Wangian Anda Dengan Kotak Perfume Premium

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Seronok Travel Tapi Perut Buat Hal Pula Ini Cara Nak Rasa Lebih Selesa Sepanjang Perjalanan

Dua Mayat Ibu Dan Anak 2 Tahun Ditemui Sudah Reput Dalam Bilik Tidur Sebuah Pangsapuri

How The Ai Gold Rush Is Making People Rich