Westerng Cafe Rawang Menanjikan Makanan Western Yang Simple Sedap


Apabila kita sebut tentang budaya pemakanan di Malaysia, tentu kita mudah sedar bahawa orang Malaysia cukup beruntung. Hidup dalam masyarakat berbilang kaum membolehkan kita menikmati pelbagai makanan dari pelbagai budaya.
Jadi, makanan barat atau western sudah pun menjadi salah satu jenis makanan yang biasa kita nikmati. Walaupun tidaklah begitu asli kerana makanan barat di Malaysia sudah diubah suai mengikut selera orang kita serta hukum halal haram dalam Islam, makanan western yang kita gemari ini tetap menjadi pujaan hati ramai.
Bercakap tentang makanan barat ini, kami ingin perkenalkan sebuah restoran yang khas untuk makanan barat, di Rawang. Restoran yang dinamakan Westerng Cafe ini menjanjikan makanan yang simple, sedap dan sihat untuk anda seisi keluarga. Mari kenali Westerng Cafe dengan lebih lanjut.
Lokasi Westerng Cafe ini terletak di Seri Selera MPS, Kampung Melayu Batu 16, Rawang. Jika anda tinggal di sekitar Rawang atau biasa kunjungi Rawang, pasti mudah mencari restoran ini.
Namun, jika anda tidak begitu familiar, bolehlah gunakan aplikasi Waze atau Google maps dan cari sahaja Westerng Cafe.
Restoran ini cute je saiznya. Tetapi, ia pasti menarik perhatian ramai. Benda pertama yang akan menarik perhatian anda ialah papan tandanya yang berwarna kuning dengan tulisan yang berunsur jawi. Unik, kan?
Apabila sampai ke sini, anda boleh memilih untuk duduk di bahagian dalam atau bahagian luar, ala el fresco dining. Hiasan dalam restoran ini cukup manis berlatar belakangkan warna putih. Walaupun saiznya comel sahaja, tetapi cukup selesa dan lengkap until pelanggan.
Menu Di sini, makanan yang diketengahkan ialah makanan barat atau western. Walaupun begitu, kami pasti semua ahli keluarga anda akan seronok menjamu selera di sini, tak kira dari anak kecil hingga ke orang tua kita. Menu mereka sangat berbagai. Jadi mari kami kongsikan.
Makanan goreng Dari segi main dish, mereka mempunyai pilihan antara makanan digoreng atau digrill. Untuk makanan goreng, ada 2 pilihan iaitu chicken chop dan fish and chips. Kami cukup suka dengan seleksi simple begini, senang nak buat pilihan.
Portion yang dihidangkan juga cukup besar untuk seorang makan. Chicken chop goreng dihidangkan bersama kentang goreng dan coleslaw serta sos black pepper istimewa mereka. Ramai pelanggan mereka yang berikan feedback memuaskan tentang sos ini.
Bagi fish and chips pula, anda akan menikmati 2 keping ikan bersalut tepung yang digoreng, dinikmati bersama kentang goreng, coleslaw dan sos tartar mereka.
Bagi kami, hidangan sebegini sudah cukup lengkap dan sihat kerana portion karbohidrat yang rendah, berprotein tinggi, dan lengkap dengan sayuran. Harga pon sangat berpatutan.
Makanan grill Bagi makanan grill, ada 4 pilihan, lebih sikit la. Tetapi, juga tidak terlalu banyak sehingga kita pening nak pilih, kan? Anda boleh pilih antara chicken grill, lamb chop, beef steak atau meatballs. Untuk hidangan grill, ia dihidang atas hotplate. Jadi, makanan anda masih terasa hangat.
Dari 4 pilihan ini juga anda hanya perlu memilih jenis protein yang anda inginkan. Semuanya berbeza-beza. Terpulang selera anda nak makan ayam, daging atau kambing. Kesemuanya dihidang bersama kentang goreng dan sayur campur stim. Sihat, kan?
Anda juga dapat menikmati sos black pepper yang disukai ramai tu. Antara yang istimewa di sini ialah meatballs mereka. Meatballs mereka tidak langsung mencuba untuk mengikuti meatballs IKEA, malah, ia lebih tersendiri.
Dengan saiznya yang besar dan disiram dengan sos black pepper mereka, dihidang pula bersama cheesy wedges, tentu anda tersandar kenyang. Malah, kami jangkakan ia akan menjadi kegemaran si kecil anda.
Pasta Di sini, mereka turut menyediakan pilihan pasta. Ada 5 pilihan, aglio olio, carbonara, Bolognese, marinara dan chicken creamy mushroom.
Portion hidangan sangat memuaskan untuk seorang makan, jadi kalau nak cuba semua, bolehlah berkongsi.
Bagi kami, hidangan pasta mereka memuaskan hati kerana setiap pasta mempunyai sos dan rasa yang berbeza.
Side Dish & Dessert Untuk side dish atau hidangan sampingan, mereka sediakan lebih variasi. Jadi, jika anda tidak mahu makan terlalu berat, bolehlah cuba side dish mereka. Ada nugget, onion ring, keropok lekor dan cheesy wedges.
Kentang goreng mereka sahaja ada 2 variasi, yang lurus atau kerinting, ikut cita rasa sendiri. Dessert pula sangat menarik. Ada waffle beraiskrim dan aiskrim sundae. Kalau makan dengan keluarga, waffle beraiskrim tu sangatlah sesuai.
Minuman Antara yang istimewa di sini ialah minuman yang mereka tawarkan. Selain dari minuman biasa yang menjadi kegemaran ramai seperti teh tarik, milo ais dan lain-lain, mereka turut menyediakan jus buah perahan segar. Namun, 2 jenis minuman istimewa mereka ialah mocktail dan ice blended.
Mocktail mereka memang sering menjadi kesukaan pelanggan. Air buah yang dicampur dengan soda, didatangkan dalam pelbagai warna menarik, memang sedap.
Ice blended mereka yang boleh anda cuba membawa perisa chocolate, cappuccino, latte, matcha dan lain-lain. Memang segar la minum, terutama sekali pada musim panas.
Perkhidmatan Tambahkan Westerng Cafe ini cukup hebat kerana turut menawarkan perkhidmatan tambahan. Jika anda nak tahu mereka ada perkhidmatan penghantaran makanan dan mini katering. Jadi, jika anda malas nak keluar rumah tetapi teringin nak makan western, hubungi sahaja mereka.
Jika anda akan mengadakan majlis kecil-kecilan, bolehlah dapatkan perkhidmatan katering bersalah kecil dari mereka. Hubungi sahaja mereka untuk dapatkan sebutharga dan bincangkan bajet anda.
Waktu Operasi Mesti anda sudah tak sabar-sabar nak cuba makanan di Westerng Cafe ini kan? Sebelum pergi, mari kami kongsikan waktu operasi mereka. Takut tersilap hari, tutup pula. Westerng Cafe beroperasi setiap hari dari jam 6pm sehingga 12am. Mereka tutup setiap Isnin.
Bagaimana? Menarik, kan? Jadi, jangan lupa untuk pergi sendiri ke Westerng Cafe dan cuba rasai sendiri kelainan dan keunikan restoran ini. Selain itu, jangan lupa ikuti laman media sosial mereka untuk maklumat lanjut dan promosi terkini. Kami pasti, anda tentu berpuas hati. Selamat menjamu selera!
Media Sosial: Facebook | Instagram | Tiktok
Alamat: No. 6, Blok A, Seri Selera MPS, Kampung Melayu Batu 16, 48000 Rawang, Selangor
No. Telefon: 013-216 2556
Waktu Operasi: 6pm – 12am (setiap hari, tutup pada hari Isnin)
The post Westerng Cafe Rawang, Menanjikan Makanan Western Yang Simple & Sedap appeared first on Mai Singgah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisinggah.com/westerng-cafe/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
30 Idea Menu Bekal Makan Ke Pejabat Yang Super Simple Super Sedap

30 Idea Menu Bekal Makan Ke Pejabat Yang Super Simple Super Sedap

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 422 hits
Amalan bawa bekal makanan sendiri apabila pergi kerja atau keluar ke mana mana memang menguntungkan dan memberi lebih kepuasan di samping boleh menjimatkan masa sewaktu rehat dan lebih istimewa makanan tersebut daripada air tangan orang yan...
Makan Makan Di Fruit King Western Cafe

Makan Makan Di Fruit King Western Cafe

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 147 hits
Makan makan pada 28 Januari 2023 yang lalu lama sudah Ada orang nak belanja kalut jer kami semua bersiap Adik perempuan pertama yang belanja Alhamdulillah Moga murah rezeki selalu Sebelum pergi makan shoping barang rumah terlebih dahulu Bel...
Resepi Simple Menu Western Food Reward Untuk Anak Berpuasa

Resepi Simple Menu Western Food Reward Untuk Anak Berpuasa

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 133 hits
Beberapa hari lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan Anak anak pun dah tak sabar nak berpuasa bersama sama Mama boleh cuba buatkan menu ini sebagai ganjaran untuk anak yang berpuasa SIMPLE WESTERN FOOD RECIPES UNTUK BERBUKA Western food m...
Sedap Sungguh Mee Jawa Di Lot 91 Cafe Kampung Melayu Sungai Buloh

Sedap Sungguh Mee Jawa Di Lot 91 Cafe Kampung Melayu Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 235 hits
Nampaknya lepas raya nanti In Syaa Allah kena repeat laa makan di Lot 91 Cefe Kampung Melayu Sungai Buloh ni Gini kisahnya minggu lepas kak ana dan suami kalau dia kerja syif lewat petang akan hantar Adik ke pejabat nya di Mutiara Damansara...
Gambar Dan Harga Roti Wap Viral Di Pasir Tumboh Sangat Lembut Dan Sedap

Gambar Dan Harga Roti Wap Viral Di Pasir Tumboh Sangat Lembut Dan Sedap

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 262 hits
Betul ke roti wap yang viral di Pasir Tumboh lembut dan sedap Hai korang Untuk entry kali ini aku nak kongsikan dengan semua tentang makanan yang viral di Pasir Tumbuh Kelantan iaitu Roti Wap Pertama kali aku dengar nama makanan memang agak...
Resipi Solok Lada Sedap Puas Hati Masak Guna Resipi Ni

Resipi Solok Lada Sedap Puas Hati Masak Guna Resipi Ni

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 343 hits
Solok lada kelihatan renyah untuk dibuat namun ia tidak sesukar yang disangka Malah ada pelbagai versi resipi solok lada yang boleh dicuba Hidangan ini adalah salah satu dari menu popular di Kelantan dan biasa dilihat di gerai gerai menjual...
10 Jenis Resepi Sayur Yang Ringkas Dan Sedap Dimasak Waktu Sahur

10 Jenis Resepi Sayur Yang Ringkas Dan Sedap Dimasak Waktu Sahur

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 200 hits
10 Jenis Resepi Sayuran Yang Ringkas Dan Sedap Dimasak Waktu Sahur Hmm walau bulan puasa ramadan lama lagi tetapi bahangnya sudah terasa Mungkin ada yang sedang ganti puasa dan akan bangun pagi untuk sahur Tak tahu nak masak sayur apa Apa k...
Air Soda Herba Sedap Menyegarkan Tekak

Air Soda Herba Sedap Menyegarkan Tekak

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 190 hits
Air soda herba sedap ini sangat menyegarkan bila meminumnya Lebih lebih lagi bila seharian berpuasa Tinggal beberapa hari saja lagi dah nak puasa kan Simpan resipi ini siap siap ye Nak buatnya tak susah Bahan pun taklah banyak sangat Bila b...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally