Weh Mendap Kereta Ni Kau Naik M4ngsa Body Shaming Tak Ambil Hati


SETIAP individu pasti mahu kelihatan menarik dan mempunyai berat badan yang ideal.
Mempunyai berat badan yang berlebihan atau digelar obesiti bukan sahaja menyukarkan seseorang bergaya dan berpenampilan menarik, malah terded@h kepada risiko pelbagai peny4kit kr0nik.
Atas faktor tersebut, segelintir daripada golongan yang obes nekad untuk menurunkan berat badan mereka, termasuk pemuda ini.
Pemuda bernama Muhammad Shahrizuan Hamzan ini berkata, pada peringkat awal ketika berusaha untuk mendapatkan berat badan ideal, dia mula mengawal pemakanan selain melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.
Jika kebanyakan orang suka bersenam atau mengunjungi gimnasium, pemuda yang sedang disapa sebagai Wawan ini pula lebih gemar menari.

Muhammad Shahrizuan memuat naik video yang menunjukkan perbezaan berat badannya.
Malah, dia turut berkongsi videonya melakukan aktiviti berkenaan di laman Twitter, yang sehingga kini meraih lebih 250,000 tontonan dan 7,400 retweet.
“Sebenarnya menari tu sebab hobi saya, so ada video menari saja untuk buat perbandingan dari dahulu sampai sekarang. Ramai ingat yang menari saja boleh kurus. Tapi sebenarnya kena jaga makan juga.
“Kalau macam saya, amalkan kurangkan portion karbohidrat dan lebihkan protein. Dan stop air manis terus,” kata pemuda yang gemar memasang lagu Feel Special dendangan kumpulan Twice.

Hobi Muhammad Shahrizuan yang gemar menari menjadi salah satu rutin untuknya menurunkan berat badan.
Berbadan besar sejak di bangku sekolah rendah, pemuda ini berkata beratnya makin bertambah sehingga mencecah 154 kilogram (obes tahap 3) dan keadaan ini memberi kesan kepada tubuh badannya.
“Pertama sekali saya ambil keputusan nak turunkan berat badan sebab kaki saya selalu s@kit dan tak boleh berjalan lama lagi-lagi pergi shopping mall.
“Saya juga susah nak cari pakaian saiz yang berpadanan. Dulu 5XL, kalau jumpa pun rekaan-rekaan tak lawa. Jadi memang rasa nak turunkan berat tu,” ujar pemuda berusia 23 tahun ini.

Gambar kenangan ketika menyambut Aidilfitri pada 2017 di mana ketika ini berat Muhammad Shahrizuan melebihi 150 kilogram.
Mula ‘bekerja keras’ merealisasikan impiannya sejak Oktober 2018, pemuda ini berbangga apabila mampu menurunkan berat sehingga 59.3 kilogram dalam masa 23 bulan.
“Dulu diet sendiri-sendiri just buat research sendiri saja dan dulu diet tak eat clean. Baru sekarang ni mula eat clean dah lima hari iaitu elakkan 3G (gula, garam, goreng).
“Rindu dengan ayam goreng, makanan segera dan roti canai. Tapi hanya apabila ‘cheat day’ saja saya makan,” ujarnya yang kini bekerja di sebuah resort di Bandar Penawar, Johor.
 
Sejak dah turun sedikit, badan mula rasa ringan. Ramai kata menari pun dah makin laju.
MUHAMMAD SHAHRIZUAN
Pernah menjadi m@ngsa ‘body shaming’ ketika masih bersekolah, Muhammad Shahrizuan bagaimanapun berkata dia tidak pernah mengambil hati.
“Tapi kalau kawan-kawan bergurau tu ada la yang ingat, contohnya mereka kata ‘Weh mendak (mendap) kereta ni kau naik‘. Tapi kita mampu senyum je.
“Tapi sejak dah turun sedikit, badan mula rasa ringan. Ramai kata menari pun dah makin laju… kalau dulu macam lambat dan tak bermaya. Sekarang berat saya 94.7 kg,” ujarnya yang mensasarkan untuk mencapai berat sehingga 65 kg.

Muhammad Shahrizuan (empat, kanan) bersama keluarga ketika Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Mendapat sokongan padu daripada keluarga dan rakan-rakan, pemuda ini turut menitipkan pesanan dan kata-kata semangat buat mereka yang juga mempunyai berat badan berlebihan sepertinya.
“Untuk yang nak kuruskan badan, jangan putus asa, teruskan misi anda, memang sedikit ambil masa tapi korang akan puas dan bersyukur dengan keputusannya,” ujarnya mengakhiri bicara.
 
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini
Sumber: Mstar


via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kotakkopek.blogspot.com/2020/09/weh-mendap-kereta-ni-kau-naik-m4ngsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Body Shaming Pesuruhjaya Sumpah Tuntut Ganti Rugi Lebih Rm2 Juta Terhadap Eira Aziera

Body Shaming Pesuruhjaya Sumpah Tuntut Ganti Rugi Lebih Rm2 Juta Terhadap Eira Aziera

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 546 hits
300 total views 300 views today Mangsa body shaming Pesuruhjaya Sumpah Suharnizan Md Sidek dilaporkan akan menuntut ganti rugi lebih RM2 juta dalam tuntutan saman terhadap Noorazira Pissal atau lebih dikenali sebagai Eira Aziera Peguam Suha...
Ketahui Bahaya Tidur Dalam Kereta Dan Bagaimana Gas Karbon Monoksida Boleh Membunuh

Ketahui Bahaya Tidur Dalam Kereta Dan Bagaimana Gas Karbon Monoksida Boleh Membunuh

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 578 hits
Bila perjalanan jauh mesti ada diantara kita yang akan berhenti di mana mana hentian rehat untuk lelapkan mata buat seketika kerana mata terasa letih Bukan apa hanya untuk rehatkan diri sementara akan meneruskan pemanduan Tetapi tahukah and...
Body Shaming Halal Tapi Avatar Berdosa

Body Shaming Halal Tapi Avatar Berdosa

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR 18 Sept Tunggu gak kalau ada tak orang kata buat Avatar ini haram ke tak baik ke atau lari akidah ke Kalau ada fakta bernas aku delete Demikian posting terkini seorang sahabat yang juga penerbit di sebuah stesen televisyen meng...
Gubernur Ganjar Ajak Peserta Tour De Borobudur Naik Kereta Uap Ambarawa

Gubernur Ganjar Ajak Peserta Tour De Borobudur Naik Kereta Uap Ambarawa

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 204 hits
Selain bisa menikmati sensasi menaiki kereta uap bersejarah pemandangan yang ditawarkan juga sangat memesona Kereta seolah melintas membelah Rawa Pening dan penumpang bisa melihat dengan bebas karena jendela di gerbong kereta itu terbuka
5932 Ejen Penarik Kereta Ke Samseng Hati Hati Ye Tv Ppim 18 09 2020

5932 Ejen Penarik Kereta Ke Samseng Hati Hati Ye Tv Ppim 18 09 2020

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 353 hits
Anda Wajib Tahu Syarat syarat kereta boleh ditarik Pastikan Ejen Penarik Kenderaan ada kad permit EPS Ejen Penarik Kenderaan perlu bersikap professional serta berpenampilan yang kemas dan bersesuaian Ejen Penarik Kenderaan tak dibenarkan ta...
Badan Disamakan Macam Papan Plywood Mimi Lana Kena Body Shaming

Badan Disamakan Macam Papan Plywood Mimi Lana Kena Body Shaming

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 831 hits
Sebelum ini pelakon Mimi Rozaiana atau lebih dikenali sebagai Mimi Lana pernah digosipkan bercinta bersama pelakon popular Syafiq Kyle Nama dia kian meningkat naik selepas watak Mira yang dipegangnya dalam drama Cari Aku Di Syurga bersiaran...
Body Shaming Hina Rupa Fizikal Seseorang Adalah Satu Perbuatan Jenayah Buli Siber

Body Shaming Hina Rupa Fizikal Seseorang Adalah Satu Perbuatan Jenayah Buli Siber

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 345 hits
133 total views 12 views today Perlakuan mengejek atau membahan bentuk fizikal seseorang individu secara terbuka mahupun melalui gajet adalah satu tindakan yang umum kita tahu sebagai perbuatan yang tidak baik Body shaming ataupun dalam bah...
Luhut Sebut Jokowi Punya Hati Bisa Tunda Pilkada Jika Bahayakan Keselamatan Rakyat

Luhut Sebut Jokowi Punya Hati Bisa Tunda Pilkada Jika Bahayakan Keselamatan Rakyat

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 196 hits
Wakil Ketua Penanganan Covid 19 dan Pemulihan Ekonomi Nasional Luhut Binsar Panjaitan menegaskan Presiden bisa jadi memutuskan menunda pilkada serentak 2020 jika kasus Covid 19 di tanah air terus meningkat dan membahayakan keselamatan masya...
Baba Nyonya Halal Yang Bakal Buat Hati Anda Tertinggal Di Melaka

Baba Nyonya Halal Yang Bakal Buat Hati Anda Tertinggal Di Melaka

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 247 hits
Kunjungan anda ke bandaraya bersejarah Melaka tak akan lengkap tanpa merasai makanan asli Baba Nyonya Perkahwinan campur antara orang Cina dan Melayu ketika abad ke 15 dan 16 telah meninggalkan legasi dan makanan tradisi yang disukai ramai ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket