Body Shaming Halal Tapi Avatar Berdosa




KUALA LUMPUR, 18 Sept — “Tunggu gak (juga) kalau ada tak orang kata buat Avatar ini haram ke, tak baik ke atau lari akidah ke. Kalau ada fakta bernas, aku delete”.
Demikian posting terkini seorang sahabat yang juga penerbit di sebuah stesen televisyen mengenai “demam Avatar” yang mula melanda pemilik akaun Facebook di Malaysia minggu ini.
Selain Avatar, platform media sosial, khususnya Facebook, turut dihangatkan dengan isu “body shaming” (perbuatan mengejek fizikal seseorang) dalam talian yang viral dan menyaksikan laporan polis dibuat ke atas si pelaku.
Penulis tidak akan membicarakan soal hukum mengenai Avatar sebaliknya cuba mengupas perkaitan antara fenomena Avatar dan isu ‘body shaming’ dalam talian.
Soal hukum agama mengenai halal dan haram ini, moleklah diletakkan kepada bahu mereka yang ahlinya (pakar agama).
Avatar, yang tiba-tiba menjadi fenomena dalam media sosial beberapa hari ini, merujuk kepada ciri-ciri baharu Facebook sejak Mei lepas yang membolehkan lebih 1.69 bilion pengguna dan pemilik akaun laman sosial itu di seluruh dunia mencipta imej kartun mereka sendiri.
Dengan imej kartun Avatar ini, mereka boleh menggunakannya untuk memberi komen, menyatakan emosi atau membuat mesej segera dalam media sosial.
Dengan kata lain, melalui Avatar ini, pemilik akaun Facebook boleh mencipta diri mereka sendiri dalam bentuk kartun untuk berkomunikasi dalam dunia digital (media sosial) menerusi rupa yang mereka pilih.
Pilihlah bentuk wajah mana sekalipun yang kita mahu, warna kulit, gaya rambut, pakaian, aksesori dan imej yang didambakan.
Semuanya mampu dan dibolehkan melalui ciri-ciri Avatar FB. Avatar tiba-tiba menjadi fenomena di dalam dunia digital membabitkan lebih 26.5 juta pengguna Facebook di Malaysia beberapa hari ini.
Apa yang pasti, ia memberi pengalaman baharu kepada pengguna Facebook untuk mengungkapkan diri mereka dalam bentuk digital (kartun) ketika bersosial melalui FB.
Baik atau tidak ciri-ciri baharu Facebook Avatar ini bergantung kepada penggunanya, namun inilah kebebasan dalam dunia maya (media sosial) tanpa sempadan.
Facebook bukanlah dunia realiti, tetapi sebarang tindakan yang berlaku dalam media sosial boleh memberi kesan terhadap dunia realiti yang sebenar.
Jujurnya, mengikut pandangan penulis, inilah yang berlaku dalam insiden yang tular dalam media sosial di Malaysia ketika ini iaitu isu ‘body shaming’ dalam talian.
Penulis tidak dapat lari daripada isu ini apabila ia beberapa kali terpapar di garis masa Facebook akaun milik teman-teman penulis.
Mula-mula penulis tidak berminat mengenai isu ini hinggalah terbaca mengenai berita seorang wanita di Johor Bharu yang membuat laporan polis kelmarin susulan dakwaan seorang personaliti media sosial (influencer) menghina bentuk fizikalnya menerusi Facebook secara langsung.
‘Body shaming’ boleh mendatangkan kesan negatif kepada mangsa yang boleh menyebabkan kemurungan, gangguan emosi, hilang keyakinan diri, kecelaruan pemakanan hinggalah ke tahap “fatal” membunuh diri.
Menurut posting laman Facebook Public Health Malaysia, perbuatan ‘body shaming’ di mana-mana aplikasi adalah satu kesalahan jenayah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 Seksyen 233 (1) (b).
Mereka yang merasakan diri mereka menjadi mangsa secara dalam talian boleh mengambil tindakan undang-undang.
Pelaku, jika disabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Secara peribadi, penulis melihat sendiri rakaman video siaran langsung (Facebook Live) itu yang dimuatnaik ke Youtube untuk melihat sejauh manakah dakwaan mengenai perbuatan ‘body shaming’ ke atas mangsa.
Jujurnya, penulis hanya mampu menggeleng kepala selepas menonton video itu.
Penulis juga menonton video permohonan maaf si pelaku kepada mangsa yang disiarkan di akaun Facebook beliau selain melihat video pertama membabitkan insiden di sebuah restoran di Melaka yang tular sebelum itu.
Memandangkan pihak mangsa telah membuat laporan polis, penulis tidak akan menyatakan pandangan di dalam artikel ini bagi membolehkan pihak berkuasa membuat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.
Apa yang pasti, perbuatan ‘body shaming’ adalah perlakuan jenayah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Hakikatnya, kedua-dua isu ini iaitu pengenalan ciri-ciri Avatar dalam Facebook yang boleh dilihat secara positif bagi pengalaman pengguna FB dan insiden ‘body shaming’ dalam talian itu jelas menunjukkan bahawa setiap individu tertakluk kepada tanggungjawab penggunaan media sosial.
Kita haruslah mengakui kuasa tular dalam media sosial yang boleh memberikan impak besar kepada kehidupan, sama ada di dunia maya atau di dunia realiti, sama ada positif atau negatif.
Kita seharusnya sedar bahawa media sosial adalah ibarat pedang. Ia boleh mempertahankan atau melukakan iaitu tertakluk kepada bagaimana ia digunakan oleh pemiliknya.
Apa yang pasti, impak kuasa viral dalam media sosial adalah di luar kawalan kita kerana ia terbuka kepada tafsiran mereka yang melihat dan menerima mesej itu. Impak yang baik atau melukakan!

#Sumber :  -- Bernama  

MR :   Apa sahaja mengejek, tak kira apa situasi badang semuanya berdosa... 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/09/body-shaming-halal-tapi-avatar-berdosa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Body Shaming Hina Rupa Fizikal Seseorang Adalah Satu Perbuatan Jenayah Buli Siber

Body Shaming Hina Rupa Fizikal Seseorang Adalah Satu Perbuatan Jenayah Buli Siber

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 345 hits
133 total views 12 views today Perlakuan mengejek atau membahan bentuk fizikal seseorang individu secara terbuka mahupun melalui gajet adalah satu tindakan yang umum kita tahu sebagai perbuatan yang tidak baik Body shaming ataupun dalam bah...
Body Shaming Pesuruhjaya Sumpah Tuntut Ganti Rugi Lebih Rm2 Juta Terhadap Eira Aziera

Body Shaming Pesuruhjaya Sumpah Tuntut Ganti Rugi Lebih Rm2 Juta Terhadap Eira Aziera

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 546 hits
300 total views 300 views today Mangsa body shaming Pesuruhjaya Sumpah Suharnizan Md Sidek dilaporkan akan menuntut ganti rugi lebih RM2 juta dalam tuntutan saman terhadap Noorazira Pissal atau lebih dikenali sebagai Eira Aziera Peguam Suha...
Weh Mendap Kereta Ni Kau Naik M4ngsa Body Shaming Tak Ambil Hati

Weh Mendap Kereta Ni Kau Naik M4ngsa Body Shaming Tak Ambil Hati

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 278 hits
SETIAP individu pasti mahu kelihatan menarik dan mempunyai berat badan yang ideal Mempunyai berat badan yang berlebihan atau digelar obesiti bukan sahaja menyukarkan seseorang bergaya dan berpenampilan menarik malah terded h kepada risiko p...
Badan Disamakan Macam Papan Plywood Mimi Lana Kena Body Shaming

Badan Disamakan Macam Papan Plywood Mimi Lana Kena Body Shaming

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 831 hits
Sebelum ini pelakon Mimi Rozaiana atau lebih dikenali sebagai Mimi Lana pernah digosipkan bercinta bersama pelakon popular Syafiq Kyle Nama dia kian meningkat naik selepas watak Mira yang dipegangnya dalam drama Cari Aku Di Syurga bersiaran...
Ramai Je Yang Muka Lawa Tapi Bawah Bersawang Amp Berbau

Ramai Je Yang Muka Lawa Tapi Bawah Bersawang Amp Berbau

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 288 hits
Bakal melancarkan produk jamunya sendiri tidak lama lagi pelakon yang juga isteri kepada Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin mengakui dia sudah mengamalkan pengambilan jamu sejak muda ketika berusia 15 tahun lagi Merasai kebaikan daripada pe...
Jokowi Cuma Jadi Guyonan Publik Kalau Marah Marah Tapi Tidak Berani Reshuffle

Jokowi Cuma Jadi Guyonan Publik Kalau Marah Marah Tapi Tidak Berani Reshuffle

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 295 hits
Ancaman reshuffle yang sempat disampaikan Presiden Joko Widodo di akhir Juni lalu hingga kini belum tampak direalisasi Padahal sejumlah menteri kerap disorot publik karena kinerjanya yang dinilai buruk Menurut Director Survei and Polling In...
Kereta Roy Azman Kena Clamp Tapi Lokasi Dia Parking Tu Memang Win Habis

Kereta Roy Azman Kena Clamp Tapi Lokasi Dia Parking Tu Memang Win Habis

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 339 hits
Roy Azman atau nama sebenarnya Zairosminan Bin Abdul Rahman adalah antara pelakon yang popular di Malaysia Mula menceburi bidang lakonan pada tahun 1993 nama Roy masih dikenali sehingga kini malah cukup berbakat membawa pelbagai watak terma...
Jokowi Mulai Siuman Tapi Tetap Lanjutkan Pilkada Serentak

Jokowi Mulai Siuman Tapi Tetap Lanjutkan Pilkada Serentak

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 238 hits
Presiden Joko Widodo menyatakan fokus pemerintah dalam menangani pandemi virus corona saat ini tetap mengutamakan kesehatan dan keselamatan masyarakat Menurut Jokowi penanganan di sektor kesehatan menjadi kunci agar perekonomian negara bisa...
Pernah Serang Anies Habis Habisan Politisi Pan Dukung Psbb Ketat Dki Tapi

Pernah Serang Anies Habis Habisan Politisi Pan Dukung Psbb Ketat Dki Tapi

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 1479 hits
Keputusan Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan menarik rem darurat dengan kembali menerapkan PSBB ketat di Ibu Kota mendapat dukungan dari pimpinan DPRD DKI Salah satunya Wakil Ketua DPRD DKI Jakarta Zita Anjani yang menilai langkah Anies it...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan

Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Tak Lama Selepas Pemergian Ibu Man Kulim Pening Meninggal Dipercayai Akibat Demam Panas

On The Way Jb Hujan Sepanjang Jalan

Book Haul 2024