Weekend Getaway Kuala Lumpur Ramada Suites By Wyndham Klcc


Selepas seminggu penat kerja apa salahnya manjakan diri dengan weekend getaway bagi luangkan masa untuk diri sendiri dan keluarga kan. Nak buat trip weekend getaway ni tak perlu pun spend banyak duit atau habiskan masa travel jauh-jauh. Cukuplah pergi yang dekat-dekat jer.
Sesekali boleh cuba bercuti di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Bagi mereka yang bekerja di Kuala Lumpur, percayalah feel stay dekat hotel di KL dan pergi kerja dekat KL beza banyak tau. Lagipun kalau yang ada anak kecil tu boleh bawa anak-anak berjalan dekat sekitar KL ni banyak je tempat best dan bermanfaat korang boleh bawa budak kecil.
Ini tak hujung minggu je bawa anak-anak dekat shopping mall, tahulah Malaysia ni banyak shopping mall tapi banyak lagi tempat yang boleh pergi kot. Ada Pusat Sains Negara, KL Bird Park, Planetarium Negara dan banyak lagi.
Jadi, baru-baru ni aku sempat luangkan weekend getaway selama 2 hari 1 malam dekat Ramada Suites by Wyndham KLCC. Saja tetiba teringin pula nak jadi orang KL kan. Ramada Suites ni terletak di Bukit Ceylon, KL. Teringat dulu-dulu masa aku fresh grad kerja pertama aku dekat sini lah, then company bagi rumah dekat Kondominium Bukit Ceylon. Banyangkan, dah lah aku datang dari negeri kayangan Perlis, pastu kerja pertama dekat Bukit Bintang dan tinggal pun dekat Bukit Bintang.
Masa tu aku masih suci lagi, tak berani nak explore tempat menarik sekitar Bukit Bintang ni, yang aku tahu adalah laluan jalan kaki dari rumah ke office. Lepas tu dekat kawasan ni banyak kedai makan melayu yang murah-murah. Boringkan hidup aku yang dulu.
Selepas 5 tahun, aku kembali lagi menginap satu malam dekat Bukit Ceylon, banyak perubahan dekat kawasan ni, bangunan yang dalam pembinaan dahulu sudah siap sepenuhnya. Hotel dekat kawasan ni pun dah banyak bertukar nama.
So, selama 2 hari dekat Ramada Suites by Wyndham KLCC, aku jadi city boy lah. Banyak sebab kenapa aku pilih nak stay di sini sedangkan banyak lagi hotel dekat sini. Salah satunya adalah lokasi.
Stay dekat sini aku tak payah nak drive sebab public transport banyak ada LRT, MRT bagai. Lagipun nak ke Bukit Bintang dan Pavilion just jalan kaki je.
Tujuan aku weekend getaway kali ni sebenarnya aku nak rehat je. Rutin harian aku selepas check in jam 2 petang adalah lunch dulu dekat Hugo’s KL! Hugo’s KL ni dekat lobby Suites ni jer, malas pulak aku nak jalan jauh. So dah segalanya ada dekat area Suites ni, aku tak perlulah keluar mana-mana untuk hari pertama. Dekat Hugo’s KL! waktu malam paling meriah weh. Baru rasa duduk dekat Bukit Bintang kan.
Petang tu aku lepak je dalam bilik sementara tunggu cuaca redup sikit nak mandi swimming pool. Paling best bilik dia jenis service apartment, so feeling dia pun rasa macam dekat rumah jer tapi rumah sebelah KLCC, ko ado?
Waktu malam, aku dinner dekat area sini jer, lepas tu sempat singgah Pavilion sekejap sebab dah lama tak pergi, saja nak tengok suasana tempat orang kata mall paling mahal di Malaysia.
Sebelum tidur, macam biasa kalau malam minggu aku lepak minum dekat Hugo’s KL dengan member. Best juga lepak kat sini sebab meriah satu hal, then makanan dia pun boleh tahan dan paling penting harga dia berbaloi dengan apa yang di serve kan. Seriously harga dia tak begitu mahal.
Dekat Hugo’s KL korang boleh dapat makanan traditional Malaysia, masakan Indian dan ada juga western. Paling best kat sini ada live performance tau, pada hari rabu, khamis dan jumaat bermula jam 8.30 malam. Boleh dikatakan Hugo’s KL adalah salah satu lokasi nak chill out di KL terutama pada waktu petang selepas penat balik dari kerja. Sementara tunggu jammed tu leh lepak sini dulu.
Buffet Breakfast:
07:00 am – 10:30 am (Monday to Friday)07:00 am – 11:00 am (Weekends)Operation Time: 07:00 hours – 01:00 hoursRoom Service: 12:00 hours – 22:00 hours Rooms
Dari segi keselesaan memang tak dapat dinafikan ianya mencapai standard aku sebagai seorang traveler yang sangat fussy terutama dalam bab penginapan. Feeling bila mula melangkah ke lobby lagi aku dah rasa macam rileks not too serious mungkin sebab ada Hugo’s KL di lobby kot.
Bila masuk bilik pula, ada rasa luxury gittew. Aku stay dekat bilik jenis Studio Executive King, agak luas jugaklah dalam 42sqm. Design dia aku suka ada ciri-ciri earthy yang melambangkan kemewahan. Bilik ini dilengkapi dengan katil bersaiz king, balcony, ruang dapur, Microwave, peti ais, Dining table, Extra bed, Desk, Toaster.
Selian itu, ada High speed Internet access, 50-inch LCD television, Air-conditioning, Toiletries.
Overall aku puas hati stay dekat Ramada Suites by Wyndham KLCC. Tidak hairanlah Hotel ini berjaya dinobatkan Best 4-star hotel in KL City Centre oleh Malaysia Tourism Council 2018. Manakala di Asia Pacific Travel and Tourism Federation 2019 hotel ini berjaya meraih Best Business Class Hotel in KLCC.
Selain itu ada juga bilik jenis:
Studio Executive Suite2 Bedroom ExecutiveStudio Family QuadrupleStudio Family Triple Facilities & Services
Meeting and Function rooms on siteComplimentary high-speed Wi-Fi in the rooms and lobby area24-hour GymnasiumInfinity Swimming PoolSelf-service LaundretteSecurity and Front Office – open 24 hoursCar rental services Address:
Ramada Suites KLCC | No 1, Lorong Ceylon, Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, 50200, Malaysia
Jika berminat nak stay sini korang boleh tempah melalu booking.com, agoda dan laman web seangkatan dengannya. Boleh layari ramadaklcc.com untuk info lebih lanjut.
The post Weekend Getaway Kuala Lumpur Ramada Suites by Wyndham KLCC appeared first on Faizal Fredley.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.faizalfredley.com/2019/12/02/weekend-getaway-kuala-lumpur-ramada-suites-by-wyndham-klcc/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mango Float Royale Melaka Kini Dibuka Di Wangsa Maju Kuala Lumpur

Mango Float Royale Melaka Kini Dibuka Di Wangsa Maju Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 822 hits
Mango Float Royale Melaka Kini Dibuka Di Wangsa Maju Kuala Lumpur Assalamualaikum semua Tiap kali sis pergi ke Melaka mesti akan singgah di Sungai Putat pekena Mango Float Royale Melaka yang viral tu Memang sedap tau Dah jadi destinasi waji...
Menu Ala Carte Made To Amaze Hasil Air Tangan Chef Adrian Di Micasa All Suite Hotel Kuala Lumpur

Menu Ala Carte Made To Amaze Hasil Air Tangan Chef Adrian Di Micasa All Suite Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 291 hits
Hi Korang Sebut pasal makan memang semua orang gemarkan lebih lebih lagi makan di hotel Enaknya lain macam sekali walaupun sekadar makan biasa tapi cara persembahan tuh yang memukau hati orang yang makan kann heehehe Kebetulan kak lily mend...
Mz Rooftop Garden Dewan Cantik Untuk Pelbagai Majlis Di Cheras Kuala Lumpur

Mz Rooftop Garden Dewan Cantik Untuk Pelbagai Majlis Di Cheras Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 814 hits
Sehari sebelum Cik iena berangkat ke Jogja Cik iena sempat menghadiri MZ Rooftop Garden Grand Opening di Parkir bertingkat DBKL Taman Segar Cheras Disini Cik iena kongsikan sedikit gambar dan juga vlog semasa Cik iena berada di Majlis terse...
3 Hari 2 Malam Di Kuala Lumpur

3 Hari 2 Malam Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 563 hits
tiga hari dua malam di kuala lumpur adalah rancangan aku konon nak mengulang rasa di kota metropolitan secara total bersama tasya dan mengenang mula mula aku memilih untuk bermalam di the bed klcc container kuala lumpur dah lama rasanya ter...
Jom Rasa Black Volcano Pizza With Chili Pizza Hut Pavilion Elite Kuala Lumpur

Jom Rasa Black Volcano Pizza With Chili Pizza Hut Pavilion Elite Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 961 hits
KUALA LUMPUR 26 November 2019 Pizza Hut Malaysia membawakan kejutan sekali lagi dengan memperkenalkan pilihan Black Volcano Pizza terbaharu bersama Cili sebagai pelengkap kepada sambutan akhir tahun istimewa buat penggemar makanan pedas Dal...
5509 Aktiviti Ops Bersepadu Jpj Kuala Lumpur Ppim 21 11 2019

5509 Aktiviti Ops Bersepadu Jpj Kuala Lumpur Ppim 21 11 2019

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 461 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan Toqqi menghadiri Ops Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan Kuala Lumpur di Jalan Bangsar malam tadi Operasi telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah JPJ Tuan Zamakhshari Hanipah
Kuala Lumpur Check Out These Restaurants Gaiss

Kuala Lumpur Check Out These Restaurants Gaiss

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 420 hits
1 Rasa DesaNo 47 Jalan Medan Setia 1Bukit Damansara50490 Kuala Lumpur Malaysia 012 260 6433Authentic Malay food Kalau anda ingin menikmati makanan Melayu yang asli di sinilah tempatnya Mereka mengekalkan cara sebenar memasak lauk pauk agar ...
Lokasi Parking Motor Di Kuala Lumpur International Airport

Lokasi Parking Motor Di Kuala Lumpur International Airport

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 669 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraHey gais Kali ini aku nak berkongsi dengan anda tentang Lokasi Parking Motor di Kuala Lumpur International Airport Baru baru ini aku ada urusan penting di KLIA jadi aku pun mencarilah lokasi untuk parking ...
Jom Cuba Hidangan Tantalisingly Thai Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

Jom Cuba Hidangan Tantalisingly Thai Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 462 hits
Jom Cuba Hidangan Tantalisingly Thai Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral Jom Cuba Hidangan Tantalisingly Thai Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Tahu tak Aloft Kuala Lumpur Sentral sedang mempromosikan hi...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik