Lokasi Parking Motor Di Kuala Lumpur International Airport




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hey gais! Kali ini aku nak berkongsi dengan anda tentang Lokasi Parking Motor di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Baru-baru ini aku ada urusan penting di KLIA (aku akan cerita urusan apa di penghujung entri), jadi aku pun mencarilah lokasi untuk parking motor di KLIA melalui pencarian di Google dan media sosial. 
Malangnya apa yang aku jumpa hanyalah sekadar pemberitahuan bahawa lokasi parking motor hanyalah di Block A Tempat Meletak Kereta. Jadi, selepas aku dapat informasi tentang lokasi tersebut, pada hari kejadian, aku pergi ke Block A tersebut, kemudian tercari-cari di mana pintu masuknya

Dua kali jugak aku berpusing di tempat yang sama, sehinggakan aku masuk ke kawasan masuk parking kereta. Alhamdulillah, nasib baik ada Pengawal Keselamatan memberitahu lokasi sebenar, sepatutnya aku kena pusing di bahagian satu lagi. Jadi, untuk memberikan panduan kepada mereka yang nak ke KLIA menggunakan motorsikal, dan mencari di mana tempat parking motor, inilah salah satu artikel untuk anda. Semoga dapat memudahkan anda

Artikel Berkaitan : [ Lokasi Parking Motor di Pusat Beli Belah Mid Valley, Kuala Lumpur ]

Berdasarkan peta di atas, aku melalui jalan seperti yang tertera mengikut anak panah bewarna merah tersebut. Itu adalah laluan yang aku gunakan semasa mencari tempat parking motor KLIA tersebut. Aku tak pasti kalau ada jalan lain tetapi inilah jalan yang aku gunakan. Agak berpusing-pusing ya

Kemudian, anda akan nampak papan tanda parking motor. Untuk pengetahuan anda, laluan ini hanyalah untuk van, bas dan motorsikal sahaja.
Laluan ke tempat parking motorsikal

Tada!!
Untuk bayaran masuk pula, untuk tempat letak motorsikal bagi awam ia adalah sebanyak RM1 per entri. Di tempat masuk itu, kita hanya perlu memasukkan duit RM1 sahaja, tiada sebarang resit atau kertas parking. Sangat memudahkan. Untuk jenis bulanan, aku tak pasti berapa pula harganya. Maaf ya

Keadaan parking motorsikal di KLIA

Sememangnya banyak sangat motor di kawasan parking ni, tips aku adalah kena pandai cari, in shaa Allah ada parking yang terlindung atau sebagainya. Tahap kesesakan parking di sini tidak seperti parking motorsikal di Mid Valley Kuala Lumpur ya! Di sana sangatlah sesak dan sempit

Artikel Berkaitan : [ Pengalaman Motor Rosak Di Tengah Lebuhraya ! ]
--------
URUSAN DI KLIA
Sebenarnya pada hari tersebut, aku ada briefing untuk Media Hunt yang dianjurkan oleh MAHB iaitu Malaysia Airports Holding Berhad. Aku menjadi wakil untuk pasukan aku, disebabkan ahli kumpulan yang lain tak dapat nak pergi. Aku okay je nak pergi, pertama kali ke KLIA menaiki motorsikal

Briefing untuk media hunt tu bermula pada jam 2.30 petang. Jadi, aku gerak dari Kajang awal sikit, jam 1 petang aku dah sampai dekat KLIA tu. Awal sejam lebih kan? Sebab aku suka datang awal, boleh lepak-lepak dulu. Satu lagi, aku takut kalau aku sesat, nanti melambatkan pulak masa aku ke briefing tu

Setelah sempat solat Zohor dekat surau KLIA, aku pun terus rehat di bahagian atas, melihat keadaan dan situasi orang ramai seronok nak menaiki kapal terbang yang mana aku belum pernah cuba. Doakan suatu hari nanti aku dapat naik kapal terbang. Haha


Lepas tu, pada jam 2 petang macam tu, aku baru perasan lokasi MAHB Corporate Office di dalam google bukan dekat KLIA. Aduss. Lepas tu, aku terus ke kaunter pertanyaan, tanya tentang lokasi MAHB Corporate Office dan auditoriumnya. Ya, bukan dekat KLIA tapi dekat bangunan lain, berdekatan dengan masjid dan Mitsui Outlet Park

Tapi aku check balik lokasi yang diberikan dalam group whatsapp, memang dibawa ke KLIA. Lepas tu, aku confirmkan balik, rupanya betul dekat bangunan lain. Terus aku bergegas ke tempat parking motor, dan mencari pulak tempat briefing tu. Alhamdulillah, sampai juga ke tempat tersebut pada jam 2.15 petang. Awal 15 minit. Briefing untuk media hunt tu pun bermula agak lambat sebab ramai yang belum hadir

Briefing tersebut.
Kesimpulannya disini, sebelum nak kemana-mana pastikan betul tempat dan lokasi yang ingin dituju. Selain itu, contoh kalau nak ke tempat yang kita tak pasti, pastikan kita datang awal supaya dapat memudahkan urusan sekiranya kita sesat atau sebagainya. Sekian sahaja untuk panduan lokasi parking motor di KLIA dan sedikit kisah ringkas dalam entri ini. 
Baca Juga : [ Pasang Monolock Rear Box dan Monorack Pada Motorsikal ]
Sekian
Sumber Gambar : Google Image

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/11/lokasi-parking-motor-di-kuala-lumpur-international-airport-KLIA.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiket Kuala Lumpur Madrid Cuma Rm99 Beli Di Website Airasia

Tiket Kuala Lumpur Madrid Cuma Rm99 Beli Di Website Airasia

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 390 hits
Percaya tak kalau saya kata anda boleh dapatkan Tiket Kuala Lumpur Madrid Cuma RM99 Beli Di Website AirAsia Ya kempen promosi terbaru AirAsia telah memperluaskan penawaran dalam taliannya untuk memasukkan penerbangan ke syarikat penerbangan...
Ulat Buku Perlu Tahu Ini Sejarah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Ulat Buku Perlu Tahu Ini Sejarah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 269 hits
PBAKL atau penuhnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang juga dikenali sebagai Kuala Lumpur International Book Fair merupakan satu acara yang ditunggu tunggu oleh kebanyakan pencinta buku Tidak hairanlah ada yang menggelarkannya sebaga...
Top 5 Bubble Tea Store In Kuala Lumpur

Top 5 Bubble Tea Store In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 1211 hits
Assalamualaikum Hi Top 5 Bubble Tea Store in Kuala Lumpur Pasti ramai yang kenal dengan minuman bubble tea yang semakin trending sekarang bukan So korang dah cuba semua jenis bubble tea ke Kalau belum jom try Top 5 Bubble Tea yang terkenal ...
Lens Library Tempat Sewa Kamera Murah Di Kuala Lumpur

Lens Library Tempat Sewa Kamera Murah Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 426 hits
Untuk orang biasa seperti saya tak mampu nak beli kamera yang mahal kamera yang berharga puluhan ribu Tetapi dalam masa yang sama passion saya adalah untuk mengambil gambar yang terbaik Sebab itu untuk Jurugambar dan mereka yang terlibat da...
A Magical Christmas Fabulous New Year Delights At Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

A Magical Christmas Fabulous New Year Delights At Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 430 hits
Hari Natal 2019 bakal tiba tak lama lagi Untuk article kali ni saya nak kongsikan kegembiraan bersama korang tentang tawaran menarik sempena Krismas dan Tahun Baru dari Hotel terkemuka Terletak di tengah tengah Kuala Lumpur iaitu Sheraton I...
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur

Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 540 hits
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur Jika ada perancangan nak pergi bercuti ke Kuala Lumpur tapi tak tahu nak makan di mana Hah ini dia kinah nak kongsi dengan korang tempat makan yang best di Kuala Lumpur nak tahu di ...
Apa Yang Menarik Di Kuala Lumpur

Apa Yang Menarik Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 730 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraKotaraya Kuala Lumpur sememangnya mempunyai pelbagai lokasi dan produk menarik yang boleh dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia Ibu kota Malaysia ini merupakan salah satu tempat yang paling banyak dikun...
Pemerintah Malaysia Dorong Maskapai Terbang Langsung Kuala Lumpur Ke Samarinda Pp

Pemerintah Malaysia Dorong Maskapai Terbang Langsung Kuala Lumpur Ke Samarinda Pp

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 302 hits
Di sektor pariwisata jelang tahun kunjungan Malaysia tahun 2020 mendatang Malaysia menargetkan kunjungan 4 juta wisatawan Indonesia ke Malaysia
Mz Rooftop Garden Dewan Cantik Untuk Pelbagai Majlis Di Cheras Kuala Lumpur

Mz Rooftop Garden Dewan Cantik Untuk Pelbagai Majlis Di Cheras Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 815 hits
Sehari sebelum Cik iena berangkat ke Jogja Cik iena sempat menghadiri MZ Rooftop Garden Grand Opening di Parkir bertingkat DBKL Taman Segar Cheras Disini Cik iena kongsikan sedikit gambar dan juga vlog semasa Cik iena berada di Majlis terse...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias