Jom Cuba Hidangan Tantalisingly Thai Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral
Jom Cuba Hidangan Tantalisingly Thai Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Jom Cuba Hidangan Tantalisingly Thai Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Tahu tak, Aloft Kuala Lumpur Sentral sedang mempromosikan hidangan dari Thailand atau sempena promosinya "Tantalisingly Thai" yang merupakan hidangan dari guest chef, Arwut Boribal dari Renaissance Bangkok Ratchaprasong bermula 16 November 2019 hingga 30 November 2019. Apa hidangan yang istimewa yang ditonjolkan oleh Chef Arwut Boribal ? Mari Momi kongsikan kepada anda.
Mengenai Chef Arwut BoribalSeorang chef yang berpengalaman dan sangat minat memasak. Chef Arwut mula minat dalam bidang memasak sejak membantu ibu bapanya di restoran makanan Thai mereka sendiri. Beliau mengasah kemahiran masakannya dan pada tahun 2016, telah dianugerahkan pingat emas di pertandingan 'THAIFEX World of Asia Asia' dalam kategori ' Thailand Ultimate Chef Challenge'.
Jom Cuba Hidangan Tantalisingly Thai Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Untuk bufet promosi 'Tantalizingly Thai', Chef Arwut akan memasak menggunakan resipinya sendiri dan anda bakal rasai masakan Thai asli dakam bufet. Chef Arwut dibantu oleh pasukan masakan khas Nook dalam menyediakan hidangan.
Tantalisingly Thai
Untuk hidangan 'Tantalisingly Thai', semua hidangan dari pembuka selera sehingga pencuci mulut disediakan . Untuk membuka selera anda, anda boleh cuba 'Yam Neua Yang' (Spicy Grilled Beef Salad), 'Phla Goong' (Thai Spicy Shrimp Salad with Lemongrass), 'Yam Tor Pu' (Wing Bean Salad with Mince Chicken) dan banyak lagi. Selain itu, Chef Arwut turut melengkapkan masakan Thai dengan hidangan Tom Yam iaitu 'Tom Yum Goong' (Thai Spicy Prawn Soup), dan juga Sup Ayam 'Tom Kha Gai' (Chicken in Coconut Milk Soup).
Jom Cuba Hidangan Tantalisingly Thai Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Jom Cuba Hidangan Tantalisingly Thai Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Hidangan utama yang wajib anda cuba dalam bufet ini ialah kari Thai Chef Arwut, 'Gaeng Phed Ped Yang' (Red Curry with Duck Roasted) dan 'Chuuchee Pla' (Chuuchee Curry with Fish and Coconut Cream). Selain kari, bufet juga dilengkapi dengan hidangan istimewa Thai termasuk 'Pla Thod Sauce Makham' (Deep-fried Sea Bass with Tamarind Sauce), 'Phad Kee Mua Talay' (Stir-fried Spice Seafood and Vegetable with Basil), 'Gai Phad Khing' (Stir-fried Chicken with Ginger) dan banyak lagi.
Jom Cuba Hidangan Tantalisingly Thai Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Jom Cuba Hidangan Tantalisingly Thai Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Jom Cuba Hidangan Tantalisingly Thai Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Di stesen 'live-action' pula, anda bakal menikmati 'Miang Kam Bai Shaplo' (Betel Leaves with Thai Traditional Condiments) atau 'Som Tum Thai' (Papaya Spicy Salad) yang disediakan didepan mata anda dan akan bergilir-gilir setiap hari. Dekat stesen 'Craving' pula, anda bakal dihidangkan dengan 'Gai Yang Ta Khir' (Roasted Chicken with Lemongrass and Thai Sauce) dan 'Miang Pla Pou' (Roasted Tilapia Fish with Lemongrass and Thai Spicy Sauce) akan dihidangkan bergilir-gilir setiap hari.
Jom Cuba Hidangan Tantalisingly Thai Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Jom Cuba Hidangan Tantalisingly Thai Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Jom Cuba Hidangan Tantalisingly Thai Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Seperti biasa kegemaran Momi adalah pencuci mulut! Pencuci mulut disediakan oleh Chef Arwut dengan resipinya yang tersendiri iaitu 'Kloy Bua Chii' (Banana in Coconut Milk), 'Sang Ka Ya Fak Thong' (Egg Custard in Pumpkin), 'Wun Kai' (Thai Egg Jelly), 'Bua Loi Kai Waan' (Thai Glutinous Rice Balls), 'Sa Go Tor Dum' (Black Beans and Tapioca with Coconut Milk) dan 'Kloy Thod' (Thai Fried Bananas).
Jom Cuba Hidangan Tantalisingly Thai Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Jom Cuba Hidangan Tantalisingly Thai Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Kesemua hidangan ini pastinya akan membuatkan makan malam anda sempurna. Antara hidangan kegemaran Momi untuk bufet 'Tantalisingly Thai' ialah 'Gai Yang Ta Khir'. Nak tahu sebab apa? Sebab kombinasi sosnya yang sangat sedap. Rasa manis dan masam sosnya memang terbaik! Bila makan dengan ayam bertambah-tambah ayam tu tau hehe.
Harga Buffet ‘Tantalisingly Thai’ Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Bermula 16 November 2019 hingga 30 November 2019, Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral . Bufet yang dibuka 6.30 petang hingga 10.30 malam ini, menawarkan harga buffet dinner Tantalisingly Thai termasuk pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut adalah seperti berikut :
RM128.00 nett [Dewasa]RM64.00 nett [Kanak-Kanak - 6-12 Tahun ]
Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai 'Tantalisingly Thai' Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral , sila hubungi +60 327231188 atau sila layari Laman Rasmi - Aloft KL Sentral , Facebook Aloft KL Sentral dan Instagram Aloft KL Sentral.
Terima kasih Aloft KL Sentral!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.rafzantomomi.com/2019/11/aloft-kl-sentral-tantalisingly-thai.html