Website 2021 Launched
Salam.
Dah setahun berlalu
Website 2020 pun dah expired pada 3 Sep 2021 yang lepas
Walaupun sebenarnya dah expired, tapi ia macam masih berfungsi lagi la. Tengok asmafeltbox.yezza.store
Walaupun sebenarnya dah habis kontrak (12 bulan; dari sept 2020 ke ogos 2021), seperti yang diduga dia masih deduct duit saya pada September 2021
Hahaha
Disebabkan dah duga, saya dah kosongkan akaun bank tu sebelum sept haritu
Saya rasa macam kene deduct je, so saya cepat² transfer semua duit ke akaun lain
Rupa-rupanya memang betul gerak hati saya
Kenapa ya..
Bila dah buat perjanjian setahun tapi mereka berani lagi amik duit dari akaun kita. Kna dah ada kontrak
Saya tahu kalau saya report dorang pasal ni pun, pasti dorang pulangkan balik duit tu, tapi camana bole auto deduct padahal dah terang² kontrak cuma setahun
Sistem sekuriti bank ni tak bagus ke
Apapun, website baru pun dah siap
Kali ni guna website free je iaitu woocommerce
Kalau korang nak buat website ecommerce free, korang bole try woocommerce. Bagi saya ia lebih mudah dari opencart. Tapi opencart lagi banyak fungsi
Jom tengok sikit website baru ni
Rasanya hampir setiap tahun buat website baru, saya pun dah naik jemu.
Semoga inilah last saya buat website
Aaminnn
Kepada korang yang pernah login dalam website yang lama dulu, sila la login seperti biasa. Cuma tukar password je
Saya ada simpan maklumat pelanggan salam website ni. Tak pasti jadi ke tak. Try la ya
Kalau da masalah, hubungi saya
Kalau ada yang tertanya-tanya kenapa saya tak teruskan je dengan website 2020, jawapannya ad dalam entry tersebut iaitu :Customer tak boleh loginBila tak bole login, takde order historyDashboard dia pening sikit. Order yg masuk takde dlm tab 'order' tapi kat tab 'customer'. Lepas saya tick baru dia masuk ke 'order'. Agak renyah la bagi saya yang dah biasa dgn ecommerce yang lebih straightforwardOkay, korang dah bole order kat asmafeltbox.com ataupun order kat shopee kalau lebih selesa kat situ
Wassalam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://asma-felt-box.blogspot.com/2021/09/website-2021-launched.html