Australia Pilih Malaysia Negara Tumpuan Diplomatik 2020


KUALA LUMPUR, 24 JAN: Australia memilih Malaysia sebagai ‘negara tumpuan’ untuk 2020 sebagai sebahagian sambutan ulang tahun hubungan diplomatik di negara ini, kata Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinowski.
Beliau berkata, setiap tahun Australia memilih sebuah negara untuk ‘memberi lebih perhatian dan tumpuan terhadap hubungan diplomatik dan hal ehwal awam’ dan tahun ini Malaysia terpilih.
“Program itu dikenali sebagai ‘Australia Kini’ dan dalam beberapa minggu dan bulan akan datang, anda akan mendengar lebih banyak mengenai program ini; akan tetapi kami amat teruja,” katanya ketika berucap pada majlis Australia Day 2020 anjuran Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia pada Rabu.
Menteri Kerja Raya, Baru Bian menjadi tetamu kehormat majlis berkenaan dan turut dihadiri diplomat asing serta warga Australia yang tinggal di Malaysia.
“Jadi dari Australia ke Malaysia, kami amat berbesar hari terhadap segala apa yang sudah diperkatakan, dilaksanakan dan apa jua ditawarkan Malaysia.
“Bagaimanapun jika saya mempunyai satu perutusan dari Australia, ia adalah; Australia terbuka untuk perniagaan, dan kami menanti kunjungan semula warga Malaysia secepat mungkin.
“Terus hantar anak-anak anda ke sekolah Australia, terus melabur di Australia, terus berdagang dengan Australia dan kunjungi negara kami sekerap mungkin,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.
Mengulas pencapaian 2019, Goledzinowski berkata tahun lalu adalah tahun yang amat luar biasa dalam aspek hubungan Canberra-Kuala Lumpur.
“Menurut perkiraan kami, kita bekerjasama dalam lebih banyak projek, meliputi lebih banyak isu dan di peringkat yang lebih tinggi berbanding apa yang kami peroleh sebelum ini dengan Malaysia.
“Dan berita yang lebih baik adalah 2020 akan menjadi tahun yang lebih hebat. Ini adalah tahun APEC untuk Malaysia yang bermakna bukan sekadar sidang kemuncak, tetapi juga pelbagai rundingan peringkat kementerian di sepanjang tahun.
“Ini adalah tahun Melawat Malaysia 2020 dan seperti apa yang saya ungkapkan sebelum ini, impian saya adalah melihat jumlah rakyat Australia melawat Malaysia meningkat daripada 400,000 kepada setengah juta orang,” katanya.
Goledzinowski berkata meskipun Australia memulakan 2020 dengan tidak begitu baik ekoran banjir di Brisbane dan kebanyakan kawasan Queensland serta ribut pasir di New South Wales dan kebakaran hutan, namun beliau tersentuh dengan ucapan simpati, galakan serta bantuan praktikal oleh rakyat Malaysia sepanjang krisis kebakaran hutan itu.
“Malah, ada di kalangan yang hadir malam ini adalah mereka yang datang daripada beberapa agensi di Malaysia yang kini sedang bekerjasama dengan rakan sejawat mereka dari Australia untuk meneroka bentuk bantuan yang boleh disalurkan dan bagaimana memanfaatkannya,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan Australia sudah pun mengumumkan pelan pemulihan berjumlah AU$2 bilion (AS$1.37 bilion) yang sedang dilaksanakan.
“Satu perkara yang anda belajar ketika menghadapi krisis iaitu betapa kentalnya anda. Dan kelihatan kami warga Australia begitu kental.
“Komuniti berganding bahu dengan cara yang amat menakjubkan, dan ia amat hebat,” katanya.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/01/australia-pilih-malaysia-negara-tumpuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5716 Hukuman Gantung Pun Okay The Malaysia Online 30 01 2020

5716 Hukuman Gantung Pun Okay The Malaysia Online 30 01 2020

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 379 hits
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan menyifatkan tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu dibawah pengaruh alkohol Makin lama makin ramai pemandu mabuk dan semakin ramai mangsa yang tidak bersalah terlibat Buatlah sesuatu yang lebih t...
5715 Ppim Desak Kenakan Hukuman Mati Pada Pemandu Mabuk The Malaysia Online 30 01 2020

5715 Ppim Desak Kenakan Hukuman Mati Pada Pemandu Mabuk The Malaysia Online 30 01 2020

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 425 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan agar mengkaji semula serta mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu dibawah pengaruh alkohol Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan mengambil initiatif untuk menghantar memorandum kempen an...
5712 Ppim Desak Kenakan Hukuman Mati Pada Pemandu Mabuk The Malaysia Online 30 01 2020

5712 Ppim Desak Kenakan Hukuman Mati Pada Pemandu Mabuk The Malaysia Online 30 01 2020

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 540 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan agar mengkaji semula serta mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu dibawah pengaruh alkohol Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata kejadian kemalangan jalan raya yang berpunca dari...
Senarai Penjaring Gol Liga M3 Malaysia 2020

Senarai Penjaring Gol Liga M3 Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 384 hits
Senarai Penjaring Gol Liga M3 Malaysia 2020 SIAPAKAH yang bakal dinobatkan selaku penjaring gol terbanyak Liga M3 Malaysia bagi musim 2020 Perhatian buat anda yang ingin ketahui penjaring gol terbanyak Liga M3 Malaysia tahun 2020 Untuk makl...
Koronavirus 14 Warga Hubei China Cuba Masuk Malaysia Dihantar Balik Ke Negara Asal

Koronavirus 14 Warga Hubei China Cuba Masuk Malaysia Dihantar Balik Ke Negara Asal

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 380 hits
KUALA LUMPUR Seramai 14 pengunjung dari wilayah Hubei China yang cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berjaya dikesan dan dihalang oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada Selasa lalu ujar Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muh...
Kenyataan Media Akademi Sains Islam Malaysia 31 Januari 2020

Kenyataan Media Akademi Sains Islam Malaysia 31 Januari 2020

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 332 hits
PPSMI TIDAK KELIRUKAN RAKYAT TAPI KELIRUKAN MURID Akademi Sains Islam Malaysia ingin melahirkan rasa terkejut dan kecewa yang amat sangat terhadap kenyataan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan M...
Senarai Perpindahan Pemain Malaysia 2020

Senarai Perpindahan Pemain Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 490 hits
Berikut senarai perpindahan pemain pemain baharu pasukan dalam Liga Malaysia menjelang musim baharu 2020 Tempoh Pendaftaran Pemain Pertama akan dibuka secara rasmi pada 16 Januari 2020 sehingga 15 Mac 2020 Liga Malaysia akan bermula pada 28...
Perfect Vocal Syamel Ernie Zakri Duet Di Konsert Visit Malaysia 2020 Di Istana Budaya

Perfect Vocal Syamel Ernie Zakri Duet Di Konsert Visit Malaysia 2020 Di Istana Budaya

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 666 hits
https instagram com budiey Follow My Instagram http youtube com budieychannel Click to Subscribe http budiey com Visit My Blog http facebook com BudieyDotCom Become a Fan http twitter com budiey Follow Me
Malaysia S Economy To Do Better In 2020 Says Guan Eng

Malaysia S Economy To Do Better In 2020 Says Guan Eng

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 375 hits
Malaysia s economy is expected to do better in 2020 as the manufacturing purchasing managers index for December 2019 rose to a 15 month high says Finance Minister Lim Guan Eng In a statement today Lim said in addition the government is boos...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah