Waytha Moorthy Alat Kepada Siapa Drama Politik Murahan Hina Perlembagaan




 

DR SHAHNOR BASRIAugust 16, 2025Tindakan P. Waytha Moorthy memfailkan saman bagi mencabar keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen bukan sahaja membuang masa mahkamah.
Malah, tindakan itu merupakan cubaan tidak bertanggungjawab yang menyerang asas Perlembagaan Persekutuan.


Lebih ironi, Waytha sendiri yang pernah duduk sebagai anggota Kabinet Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2018, iaitu selepas Anwar menerima pengampunan penuh daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei 2018.
Hakikatnya, Waytha pada ketika itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang sudah pasti mengetahui, malah tidak pernah kedengaran membantah proses dan keputusan pengampunan penuh tersebut.
Beliau juga merupakan anggota dalam Kabinet ketika Anwar bertanding dan menang dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson pada Oktober 2018.
Jika benar Waytha meragui keabsahan pengampunan itu, mengapa beliau tidak membantah dalam mesyuarat Jemaah Menteri ketika itu? Apakah ini bukan hipokrasi politik yang nyata?


Lebih menggelikan hati, Ahli Parlimen Pas, Takiyuddin Hassan, turut dilihat mengangkat dokumen tanda sokongan terhadap cabaran Waytha.
Drama politik ini hanyalah episod terbaharu dalam skrip Pas dan Perikatan Nasional (walaupun mereka kemudian menafikan terlibat!) yang tidak pernah jemu menunggang apa sahaja isu – kali ini termasuk menunggang Hindraf – semata-mata untuk menggugat kedudukan kerajaan.
Fakta perundangan tidak boleh disanggahPertama sekali, Perlembagaan Persekutuan sendiri secara jelas menjawab segala dakwaan Waytha.
Artikel 48(1)(e) menetapkan bahawa seseorang yang telah disabitkan kesalahan hanya hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika belum “menerima pengampunan penuh”.
Ini bermakna, apabila pengampunan penuh diberikan, kesan perundangan daripada sabitan itu terhapus sepenuhnya, seolah-olah sabitan tersebut tidak pernah berlaku.
Tambahan pula, Artikel 48(3) memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk “menghapuskan hilang kelayakan” tersebut.
Kuasa ini bukan bersifat simbolik, tetapi merupakan pemulihan substantif terhadap semua hak yang telah dilucutkan akibat sabitan.
Dengan kata lain, apabila Seri Paduka Baginda menggunakan kuasa ini, kelayakan seseorang untuk bertanding atau memegang jawatan Ahli Parlimen dipulihkan sepenuhnya.
Di Malaysia, kuasa pengampunan adalah unik dan lebih kukuh berbanding di beberapa negara Komanwel lain.
Perkara ini dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai kuasa berperlembagaan, bukan sekadar prerogatif adat.
Walaupun Yang di-Pertuan Agong menerima nasihat Lembaga Pengampunan, keputusan akhir terletak di tangan baginda.
Lebih penting, mahkamah-mahkamah Malaysia secara konsisten memutuskan bahawa kuasa pengampunan ini bersifat non-justiciable – iaitu tidak boleh dicabar atau disemak secara kehakiman.
Ini menegaskan lagi sifatnya yang mutlak, muktamad, dan berkuasa menghapuskan kesan sabitan.
Rukun Negara merupakan ikrar denyut nadi kita rakyat Malaysia mengenai “Keluhuran Perlembagaan” dan “Kesetiaan Kepada Raja dan Negara”.
Pengampunan penuh terhadap Anwar Ibrahim pada 16 Mei 2018 adalah fakta rasmi dan termaktub dalam rekod negara.
Ia diumumkan secara terbuka, disahkan oleh Istana Negara, dan diterima tanpa bantahan oleh Jemaah Menteri ketika itu termasuk Waytha sendiri.
Duluan mahkamah mematikan hujah Waytha
Beberapa kes mahkamah di Malaysia telah mengukuhkan prinsip ini.
Antara yang relevan ialah kes Karpal Singh v Sultan of Selangor [1988] 1 MLJ dan kes Sim Kie Chon v. Superintendent of Pudu Prison ([1985] 2 MLJ 385).
Dalam kes tersebut, mahkamah menegaskan bahawa pengampunan penuh bukan sahaja menghapuskan hukuman, tetapi juga kesan perundangan daripada sabitan tersebut.
Dalam kata lain, seseorang yang telah diampunkan kembali berdiri di sisi undang-undang seperti mana-mana warganegara lain tanpa sekatan.
Raja atau Sultan di Malaysia mempunyai kekebalan daripada tindakan undang-undang dalam kapasiti rasmi.
Prinsip ini termaktub dalam Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan. Isu yang melibatkan kuasa prerogatif diraja, termasuk pengampunan, tidak boleh dicabar di mahkamah (non-justiciable).
Kes-kes ini jelas menunjukkan bahawa sebarang cubaan untuk mempertikai kelayakan Anwar selepas pengampunan penuh adalah bercanggah dengan prinsip undang-undang yang telah mapan dan dihormati mahkamah tertinggi negara.
Serangan terhadap PMX adalah serangan terhadap Institusi RajaRealitinya, tindakan Waytha mempersoalkan kelayakan Anwar bukan sahaja usaha menyerang peribadi Perdana Menteri, tetapi juga secara tersirat mempersoalkan kuasa dan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Kuasa pengampunan adalah prerogatif diraja yang dijamin Perlembagaan. Mempertikai keberkesanan pengampunan itu sama sahaja dengan mempertikaikan kuasa mutlak baginda di bawah undang-undang tertinggi negara.
Adakah serangan peluru kapur terhadap keabsahan Perdana Menteri ini hanya untuk membuktikan bahawa beliau masih releven dalam arus politik Malaysia selepas beberapa kali tenggelam timbul dalam arus politik negara.
Selepas di’tinggal’ dalam PRU-15 tanpa kerusi, tanpa kedudukan dan tanpa jawatan beliau kini berdiri dipentas pembangkang ‘wira bangsa dan agama’ untuk memastikan kamera menghala kearahnya!
Waytha bersama sekutunya yang tersirat dan tersurat boleh terus mencuba memanipulasi persepsi rakyat melalui drama politik murahan.
Namun, di sisi Perlembagaan, undang-undang, dan fakta sejarah, kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen dan Perdana Menteri Malaysia adalah sah, muktamad, dan tidak boleh dipertikai.




*DR. SHAHNOR BASRI merupakan Felo Utama Akademi Sains Islam, Jordan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/08/waytha-moorthy-alat-kepada-siapa-drama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waytha Moorthy S Legal Bid To Disqualify Anwar As Pm And Mp Is Baseless Agc Says Citing Full Royal Pardon

Waytha Moorthy S Legal Bid To Disqualify Anwar As Pm And Mp Is Baseless Agc Says Citing Full Royal Pardon

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 376 hits
Waytha Moorthy s legal bid to disqualify Anwar as PM and MP is baseless AGC says citing full royal pardon KUALA LUMPUR Aug 14 Datuk Seri Anwar Ibrahim would not be at risk of being disqualified as the prime minister or as Tambun MP as he ha...
Pas Main Wayang Berkaitan Waytha Moorthy

Pas Main Wayang Berkaitan Waytha Moorthy

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 229 hits
Pelik masa sidang media ada bersama tiba tiba Pas kata tiada kaitan dengan Waytha MoorthyHarapandailyWalaupun hadir dalam sidang media bersama pemimpin Pasukan Bertindak Hak Hak Hindu P Waytha Moorthy Pas menyangkal dakwaan terlibat dalam s...
Membaca Menilai Niat Dan Agenda Sebenar Di Sebalik Saman Waytha Moorthy Terhadap Pmx

Membaca Menilai Niat Dan Agenda Sebenar Di Sebalik Saman Waytha Moorthy Terhadap Pmx

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 284 hits
Tindakan P Waytha Moorthy menghantar surat kepada pemimpin pemimpin parti komponen kerajaan untuk mempertimbangkan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan persoalan yang munasabah adakah ini satu usaha untuk menegakkan prinsi...
Pmqt Tiada Campur Tangan Politik Rasionalisasi Portfolio Aset Petronas Pm Anwar

Pmqt Tiada Campur Tangan Politik Rasionalisasi Portfolio Aset Petronas Pm Anwar

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 211 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 14 Ogos 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 14 Ogos Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pelaksanaan rasionalisasi portfolio ...
Hiburan Tidak Ada Bukti Terlibatnya Ahli Politik Vvip Dalam Kes Zara Peguam

Hiburan Tidak Ada Bukti Terlibatnya Ahli Politik Vvip Dalam Kes Zara Peguam

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 300 hits
Melalui laporan Sinar Harian peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina menafikan wujudnya penglibatan ahli politik atau individu individu berpangkat tinggi dalam kes kematian ini Advertisement Menurut peguam Shahlan Jufri sehin...
Gangguan Politik Pembangkang Terus Cuba Gugat Perjalanan Negara

Gangguan Politik Pembangkang Terus Cuba Gugat Perjalanan Negara

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 277 hits
KENYATAAN MEDIAGangguan Politik Pembangkang Terus Cuba Gugat Perjalanan Negara1 Isu Lama Motif PolitikTindakan Waytha Moorthi yang di dukung oleh parti pembangkang PN termasuk Pas Bersatu dan Pejuang mempersoalkan kelayakan Perdana Menteri ...
Nancy Tells Chong To Focus On Stampin Constituents Instead Of Politicising Santubong Beer Issue

Destinasi Ikonik Sabah Pantai Tanjung Aru Kota Kinabalu Sabah

Matcha Lovers Vs Coffee Lovers

Syed Badli Gesa Annuar Musa Jelaskan Isu Kg Sg Baru Minta Jangan Jadi Pengecut

R Is For Rough Winston Yeh Redesigns The Aprilia Rsv4

Kuetiau Goreng Masak Cara Saya

Amway Wangsa Maju Panduan Lengkap Lokasi Produk Dan Cara Daftar Ahli

Lirik Lagu Bawang Merah Bawang Putih Nabila Maharani Ft Eira Syazira


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Goreng Cina Dan Doa Buat Anak Saudara Saya

Kecewa Usaha Bertahun Tahun Tak Dihargai Amp Asyik Ditolak Fadlan Hazim Undur Diri Dari Dunia Lakonan

Marissa Dania Sunting Gambar Ai Sedang Peluk Dirinya Masa Kecil Lagu Putar Waktu Buat Netizen Sebak

A Flat White A Busy Road And A Book

Rebut Harta Motif Pembunuhan Wanita Ditemui Maut Dalam Kereta Suspek Lari Ke Luar Negara Polis

Interview