Wayang Isu Pembinaan Kb Sentral


 Isu pembinaan stesen bas untuk Kota Bharu telah lama dibangkitkan. Sudah banyak tahun rakyat Kelantan, khususnya penduduk di Kota Bharu dan kawasan sekitar yang kerap menggunakan perkhidmatan bas jarak jauh. Ia menjadi wayang yang tidak ada jalan pengakhirannya. 
 
Stesen bas sementara yang dibina di Lembah Sireh sudah lebih 10 tahun beroperasi dalam serba kekurangan dan tidak selesa. Keadaan stesen bas sementera itu memang sering mengundang rasa tidak puas hati pengguna, terutama ketika musim hujan sehingga ia diumpamakan tidak ubah seperti kandang lembu.
 
Biarpun banyak menerima kritikan dan cemuhan rakyat, pemimpin Pas Kelantan seakan-akan menganggap perkara itu kecil.
 
Sebenarnya, rakyat bukan mahukan stesen bas yang moden dan serba langkap. Cukuplah ia selesa dan selamat. Di negara maju pun stesen bas atau pengangkutan awam agak ringkas, tetapi dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan mempunyai ketersambungan dengan jenis pengangkutan lain.
 
Tetapi, di Kelantan ingin mengadakan yang hebat dan moden biarpun berdepan dengan kekangan kewangan sehingga terpaksa diserahkan kepada pihak swasta membina dan menguruskannya. Projek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) yang diwar-warkan akan dibina di mukim Pendek bernilai RM64 juta di tapak berkeluasan 2.02 hektar.
 
Projek ini bunyinya memang megah, tetapi telah banyak kali tertangguh apabila pihak swasta menarik diri daripada membinanya biarpun perjanjian awal telah dibuat.
 
Sebenarnya, peruntukan daripada kerajaan Kelantan melalui tiga kali belanjawan telah ada iaitu sebanyak RM37.4 juta. Belanjawan 2023 peruntukan sebanyak RM20 juta diberikan, kemudian RM10.4 juta pada tahun 2024 dan seterusnya RM7 juta pada belanjawan 2025.
 
Kalau benar peruntukan itu ada, ia sudah boleh dimulakan.Isu ini penting kerana KB Sentral sudah menjadi bahan polemik apabila sehingga kini rakyat terpaksa bergantung kepada stesen bas sementara yang daif dan mencerminkan ia sebuah stesen bas untuk sebuah ibu negeri. . 
 
Kerajaan Kelantan melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 2 Oktober 2024, memutuskan untuk meluluskan pembinaan KB Sentral kepada Syarikat Perak Transit Berhad, yang kemudiannya melantik China Communication Construction Company (CCCC) sebagai pelaksana utama bagi projek tersebut.
 
Pemilihan itu dilakukan setelah kerajaan negeri mempertimbangkan pelbagai kaedah untuk menjayakan projek tersebut yang telah tertangguh hampir dua tahun selepas dua syarikat Bumiputera yang dilantik menarik diri.
 
Dua buah syarikat sebelum ini menarik diri walaupun pada asalnya bersetuju untuk membina dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. Syarikat yang pertama menarik diri setelah empat bulan dilantik manakala syarikat yang kedua pula menarik diri setelah sekitar setahun setengah dilantik untuk melaksanakannya.
 
Selain kaedah penswastaan, kerajaan negeri pernah putuskan untuk membinanya sendiri. Tetapi timbul persoalan siapa pula yang akan mengoperasikannya.
 
Kerajaan negeri tidak ada kepakaran membina dan mengoperasikannya mengikut standard yang telah ditetapkan oleh pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.
 
Pemilihan Perak Transit Berhad dan CCCC itu adalah berasaskan merit. Antara justifikasi pemilihan dua syarikat tersebut ialah Perak Transit mempunyai rekod yang cemerlang membina dan mengoperasikan beberapa stesen pengangkutan bersepadu, manakala CCCC yang terlibat dalam Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta pembinaan stesen utama di Tunjong juga mencatatkan rekod yang sangat baik.
 
Tambahan, tapak projek pembinaan KB Sentral yang bersebelahan stesen ECRL akan lebih memudahkan kerja-kerja pembinaan dan teknikal projek jika diusahakan oleh CCCC yang telahpun berada di situ bagi menyiapkan projek ECRL.
 
Kerajaan negeri bercadang untuk mengadakan laluan sambungan terus antara stesen utama ECRL dan KB-Sentral. Selain itu, jalan masuk ke tapak projek KB-Sentral kena melalui tapak stesen ECRL. Dalam masa yang sama jentera yang diperlukan untuk pembinaan bangunan KB-Sentral sudahpun ada di tapak bersebalahan.
 
Itulah juga alasan utama kenapa syarikat CCCC mampu berjanji untuk menyiapkan KB-Sentral dalam tempoh yang singkat tanpa perlu kepada permohonan menggunakan laluan ke tapak dan kemudahan logistik yang sudah sedia ada.
 
Selain itu, Perak Transit dan CCCC sanggup memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan berjanji menyiapkan projek KB Sentral dalam tempoh yang ditetapkan.
 
Tiada meklumat tentang tempoh tersebut, bila akan bermula dan tempoh akan disiapkan. Kaedah pembiayaan dan harga projek juga tidak didedahkan.   
 
Pemilihan syarikat-syarikat ini adalah mengikut kaedah dan prosedur pentadbiran yang telah ditetapkan.
 
Diharapkan isu pembinaan KB Sentral akan berakhir dengan terbinanya seperti yang dirancangkan dan tidak terus menjadi wayang yang tidak ada jalan pengakhirannya. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://biroteguhnegara.blogspot.com/2024/12/hgt.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Munafik Sikap Munafik Pas Terserlah Dalam Isu Pulau Batu Putih

Pas Munafik Sikap Munafik Pas Terserlah Dalam Isu Pulau Batu Putih

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 249 hits
Jelas pandangan PAS dalam isu Pulau Batu Putih boleh di anggap tidak berprinsip dan ianya lebih kepada kepentingan mereka Semasa bersama Kerajaan PNkhianat 33 bulan mereka menyokong tindakan yang di ambil kepada PNkhianat sehingga hilangnya...
Isu Zafrul Selami Makrifatnya

Isu Zafrul Selami Makrifatnya

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 194 hits
PANDANGAN ISNINZafrul jangan jadi masalah kepadakerajaan Perpaduan ISU yang berlegar disekitar Menteri MITI Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz seperti kian panas dan mulai meruap perlu semua pihak khususnya Umno dan Keadilan melihat isu ini de...
Adakah Perbahasan Rci Batu Puteh Di Parlimen Hanya Sekadar Mengalih Perhatian Isu Titah Adendum

Adakah Perbahasan Rci Batu Puteh Di Parlimen Hanya Sekadar Mengalih Perhatian Isu Titah Adendum

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 170 hits
Adakah Perbahasan RCI Batu Puteh Di Parlimen Hanya Sekadar Mengalih Perhatian Isu Titah Adendum Di hari terakhir persidangan Dewan Rakyat pada Jumaat lepas kerajaan telah membentangkan usul mengenai laporan RCI Batu Puteh untuk dibahaskan U...
Menteri Sekolahkan Adun Muda Isu Pelantikan Tyt Sabah

Menteri Sekolahkan Adun Muda Isu Pelantikan Tyt Sabah

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 172 hits
Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil menegaskan bahawa pelantikan Yang di Pertua Negeri Sabah adalah hak budi bicara Yang di Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Ketua Menteri Sabah Melalui ciapan balas di X Fahmi mengkritik kenyataan...
Di Mana Suara Majlis Peguam Dan Bersih Dalam Isu Titah Adendum

Di Mana Suara Majlis Peguam Dan Bersih Dalam Isu Titah Adendum

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 208 hits
Di Mana Suara Majlis Peguam Dan BERSIH Dalam Isu Titah Adendum Isu Titah Adendum DYMM SPB YDP Agong ke XVI Al Sultan Abdullah yang memberikan kelegaan hukuman kepada DS Najib dengan menjalani hukuman tahanan di rumah bagi baki hukuman penja...
Tiga Bekas Menteri Ph 1 0 Dedah Penipuan Mahathir Isu Batu Puteh

Tiga Bekas Menteri Ph 1 0 Dedah Penipuan Mahathir Isu Batu Puteh

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 261 hits
SITI NUR ZAWANIDecember 12 2024Tiga orang bekas menteri sewaktu Pakatan Harapan 1 0 menepis kenyataan dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Jemaah Menteri waktu itu bersetuju dengan keputusan untuk tidak meneruskan semakan Pulau Batu...
Tanggungjawab Lelaki Untuk Melindungi Bukan Untuk Ambil Kesempatan Hisyam Hamid Peka Isu Keganasan Rumah Tangga

Tanggungjawab Lelaki Untuk Melindungi Bukan Untuk Ambil Kesempatan Hisyam Hamid Peka Isu Keganasan Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 219 hits
Pelakon Hisyam Hamid menganggap lelaki yang memukul kaum wanita adalah insan yang lemah Menurut Kosmo Hisyam atau nama sebenarnya Hazmi Hisyam Abdul Hamid berkata tugas kaum Adam adalah untuk melindungi kaum wanita selain memenuhi keperluan...
Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan

Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc

Hukum Penukaran Uang Baru Menjelang Lebaran Apakah Ada Unsur Riba

Even If Politician Saravanan Beats A Retreat Preacher Zamri Vinoth Must Still Face The Music

Small Space Decor Ideas How To Make A Tiny Home Look Bigger With Simple Tricks

Dua Hari Berbuka Puasa Dengan Gula Gula Eclipse

Penemuan Patung Kuno Unik Dan Luar Biasa

Pukul Budak Sekolah Tak Ada Lesen Memandu Lelaki Ditahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Tum Tum Raya Shiha Zikir Ieda Zikir

Black Hanifah Feat Adira Suhaimi Syawal Rindu Chord

Rayuan Haji 2025 Mungkin Hanya 2844 Kekosongan Untuk Diisi 84000 Orang

Senarai Ubat Tonsil Yang Mujarab

Skuad Tok Gajah Tidak Akan Beraksi Dalam Liga M Kenapa Orang Lain Buat Kenyataan Untuk Sri Pahang

Pemilik Kapal Buat Laporan Polis Terhadap Ngo Semboyan Malaysia