Waspada Dengan 10 Bahan Terlarang Ni Dalam Produk Kesihatan Dan Kecantikan Anda


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Waspada Dengan 10 Bahan Terlarang Ni Dalam Produk Kesihatan dan Kecantikan Anda! | Pernah tak kita tahu dan tanya diri kita tentang produk kesihatan atau kecantikan yang kita pakai setiap hari.

Kalau produk kesihatan, macam cendawan tumbuh... dan mudah didapati kat kiosk-kiosk kecil di pasaraya besar.

Produk kosmetik pula, kat kedai Eco RM2 pun dah ada jual.

Tapi pernah tak kita tahu, apa kandungan dalam produk-produk tu?

Mahal atau murah bukan soal barang tu selamat. Tapi andaikata ada 10 bahan ni dalam produk kesihatan dan kecantikan kita guna, baiklah buang aje... dan kalau baru nak membeli, elakkan...

sumber: google images
Waspada Dengan 10 Bahan Terlarang Ni Dalam Produk Kesihatan dan Kecantikan Anda! Bahan-bahan dilarang didapati dalam produkboleh menyebabkan kesan mudarat yang membahayakan kesihatan jika digunakan tanpa pemantauan dan arahan profesional kesihatan. Berikut adalah sebahagian daripada bahan-bahan dilarang yang sering dikesan di dalam produk-produk kesihatan.

💊Acetaminophen / Paracetamol Acetaminophen adalah juga dikenali sebagai Paracetamol. Ia boleh diambil untuk rawatan-sendiri (self-medication) tetapi apabila perubatan tradisional tidak diisytiharkan mengandungi acetaminophen/paracetamol, pengambilannya yang berlebihan tanpa disedari boleh membawa kepada kerosakan hati, kegagalan buah pinggang, koma dan akhirnya kematian.

💊Bisacodyl Bisacodyl adalah ubat yang dimakan untuk merawat sembelit.Penggunaannya tanpa pengawasan boleh menyebabkan kekejangan perut, merasa mual, muntah-muntah, cirit-birit, hypokalaemia (tahap potassium yang rendah).

💊Chlorpheniramine Chlorpheniramine adalah ubat dalam kategori anti-histamine. Penggunaanya tanpa pengawasan boleh menyebabkan kesan-kesan advers seperti pening, tekanan darah menurun, denyutan jantung yang tidak menentu, kekeliruan, kemurungan dan sawan adalah antara yang boleh terhasil dari penggunaan chlorpheniramine.

💊Dexamethasone & Prednisone Dexamethasone dan Prednisone adalah kortokosteroid yang mana penggunaannya secara berpanjangan tanpa pengawasan boleh menyebabkan peningkatan paras glukosa dalam darah yang mengakibatkan kencing manis, tekanan darah tinggi, katarak, penyakit otot dan tulang, serta meningkatkan risiko jangkitan yang teruk. Penggunaan kortikosteroid dalam jangka panjang juga boleh mengakibatkan Cushing’s syndrome yang mana dicirikan dengan muka bulat atau moon face, serta kegemukkan pada bahagian badan dengan anggota tangan dan kaki yang kecil. Pengambilan dos steroid yang tinggi dalam tempoh yang lama menyebabkan pengguna mengalami gejala keletihan, sakit otot dan sendi, demam, kadar gula dalam darah rendah, tekanan darah rendah dan dehidrasi.

💊Hydroquinone Hydroquinone adalah bahan yang lazimnya digunakan untuk merawat penyakit kulit. Bahan ini adalah dikawal di mana Hydroquinone adalah dilarang dalam produk kosmetik yang digunakan bagi penjagaan kulit. Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan boleh menyebabkan hipersensitiviti pada kulit, perubahan kepada warna kulit yang menyebabkan kulit secara beransur-ansur menjadi kehitaman, dan meningkatnya risiko kanser kulit.

💊Mercury Tahap mercury yang tinggi atau pendedahan yang kerap boleh meyebabkan kulit kebas, sakit kepala, ruam, perubahan warna kulit serta kerosakan pada buah pinggang dan sistem
saraf. Anak damit dan kanak-kanak kecil boleh terdedah dengan kesan sampingan penggunaan mercury; yang boleh menggangu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau anak damit yang belum dilahirkan.

💊Phenylbutazone, Piroxicam & Diclofenac Penggunaan Phenylbutazone, Piroxicam dan Diclofenac tanpa pengawasan boleh menyebabkan ulser peptik, pendarahan gastro-usus, loya, muntah-muntah, ruam kulit,
kabur penglihatan, edema, penyakit kuning dan kegagalan buah pinggang. Phenylbutazonejuga sering dikaitkan dengan kesan sampingan yang teruk seperti penyakit darah yang
serius.

💊Sibutramine Sibutramine adalah agen pelangsing badan yang tidak lagi disarankan penggunaannya dalam rawatan obesiti kerana kesannya yang boleh memudaratkan jantung dan hati. Pengambilan sibutramine juga boleh menyebabkan kesan advers yang serius seperti tekanan darah tinggi, denyutan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur; dan dalam kes-kes yang paling teruk, ianya boleh menyebabkan kerosakan pada buah
pinggang dan hati.

💊Sildenafil, Tadalafil & Vardanafil Sildenafil, Tadalafil atau Vardanafil adalah ubat yang digunakan untuk merawat mati pucuk yang mana pengambilannya memerlukan preskripsi doktor. Antara kesan-kesan sampingan apabila memakan ubat-ubat tersebut ialah merasa mual, muntah-muntah, muka kemerahan dan pening. Dalam kes-kes yang teruk, ia juga boleh menyebabkan peningkatan yang luar biasa dalam degupan jantung, kehilangan pendengaran secara tiba-tiba dan sawan.

💊Tretinoin Tretinoin adalah bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan yang memerlukan preskripsibagi merawat penyakit kulit dan ianya dilarang sebagai bahan di dalam produk kosmetik penjagaan kulit di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik). Penggunaan tretinoin yang tidak betul boleh menyebabkan kulit yang disapu menjadi kemerahan, mengelupas dan parut pada kulit.

🏥 Masih keliru? Pastikan produk mendapat kelulusan KKM dan rujuk profesional kesihatan sebelum menggunakan apa jua produk kesihatan atau kosmetik.

Sumber: Public Health Malaysia
Meh.. kita tulis nota kecil dan boleh semak bila nak beli sesuatu produk kesihatan dan kosmetik... Ambil langkah bijak dan selamat...

Memang kesannya tak nampak sekarang, tapi mungkin jangka masa panjang. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mariafirdz.com/2019/01/waspada-dengan-10-bahan-terlarang-ni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Rampas 48 Produk Mustajab

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Rampas 48 Produk Mustajab

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 292 hits
BUKIT MERTAJAM Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang merampas 48 jenis produk di sebuah premis di sini hari ini yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit Pegawai Kesihatan Persekitaran BKKM Mo...
Ada Beza Ke Produk Kecantikan Lelaki Dengan Wanita

Ada Beza Ke Produk Kecantikan Lelaki Dengan Wanita

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 372 hits
Sekarang lelaki juga berlumba lumba menjaga kebersihan dan kecantikan kulit wajah Kalau lihat di media sosial sudah rama kaum lelaki yang mula berkongsi tentang tips penjagaan wajah mereka Ia boleh dipraktikkan juga oleh para wanita kerana ...
5 Bahan Kecantikan Mematikan Peninggalan Para Wanita Tercantik Di Dalam Sejarah

5 Bahan Kecantikan Mematikan Peninggalan Para Wanita Tercantik Di Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 398 hits
5 Bahan kecantikan mematikan peninggalan para wanita tercantik di dalam sejarah Misalnya saja Ratu Nefertiti dari Mesir dan Ratu Elizabeth I yang menggunakan kosmetik berkandungan timbal
Irisa Cosmetics Fenomena Terbaru Produk Berasaskan Tumbuhan Dan Bahan Semulajadi

Irisa Cosmetics Fenomena Terbaru Produk Berasaskan Tumbuhan Dan Bahan Semulajadi

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 275 hits
IRISA COSMETICS FENOMENA TERBARU PRODUKBERASASKAN TUMBUHAN DAN BAHAN SEMULAJADIPada hujung minggu yang lalu AlongMurni berkesempatan untuk hadir ke majlis Pelancaran bagi memperkenalkan jenama Irisa Cosmetics bertempat di Black Box Publika ...
4 Produk Kecantikan Beautyxtra By Ehl Mesti Cuba

4 Produk Kecantikan Beautyxtra By Ehl Mesti Cuba

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 543 hits
Hello there Bukan senang nak cantik tapi mudah je nak cantik Macam familiar je ayat ni kan Well siapa tak suka sesuatu indehh termasuklah rupa paras Lagi bagus cantik luar cantik dalaman Oh ya BBL nak share dengan anda tentang EMPAT produk ...
Ada Yang Nggak Pakai Air Hingga Tanpa Kemasan Inilah 4 Produk Kecantikan Yang Ramah Lingkungan

Ada Yang Nggak Pakai Air Hingga Tanpa Kemasan Inilah 4 Produk Kecantikan Yang Ramah Lingkungan

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 374 hits
Coba deh cek berapa banyak botol sampo dan kemasan sabun mandi yang dibuang kamu setiap bulannya Itulah sampah yang disumbang ke bumi demi tampilmu cantik bersih dan wangi
18 Ditahan Terlibat Skandal Produk Kesihatan Di China

18 Ditahan Terlibat Skandal Produk Kesihatan Di China

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 263 hits
18 ditahan terlibat skandal produk kesihatan di China Dikemas kini 47 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 7 Jan 2019 5 15
Ketahui Simbol Simbol Pada Produk Kecantikan

Ketahui Simbol Simbol Pada Produk Kecantikan

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 867 hits
Perasan tak simbol simbol pada setiap produk kecantikan samada skincare ataupun makeup stuff Kalau perasan dan ambil tahu baguslah Kalau kau orang tak perasan atau tak nak ambil tahu wajib ambil tahu tentang simbol simbol yang ada pada seti...
Bare Nuhcessities Produk Natural Baby Balm Membaikpulih Kulit Kering

Bare Nuhcessities Produk Natural Baby Balm Membaikpulih Kulit Kering

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 545 hits
Beza sangat apabila anak anak sakit berbanding mommy Mommy kena mengadu berpuluh kali baru daddy bagi perhatian Anak anak baru ada rashes daddy dah bising bising minta mommy sapukan ubat Set Bare NuhcessitiesMommy ada ekzema sejak mengandun...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda