Bare Nuhcessities Produk Natural Baby Balm Membaikpulih Kulit Kering
Beza sangat apabila anak-anak sakit berbanding mommy. Mommy kena mengadu berpuluh kali, baru daddy bagi perhatian. Anak-anak baru ada rashes, daddy dah bising-bising minta mommy sapukan ubat.
Set Bare Nuhcessities
Mommy ada ekzema sejak mengandung anak ketiga tahun 2015. Mommy dapatkan set Bare Nuhcessities disebabkan ekzema mommy yang makin merebak. Dari betis dah naik ke paha dan tangan. Ada tempat yang gatal sangat. Tapi untuk entry kali ini mommy nak cerita pasal anak-anak sahaja
Daddy: Tengok la leher anak ni. Kulit makin tebal dah.
Mommy: Oh, dia main panas, jadi la macam tu.
Daddy: Letak la apa-apa. Nanti makin teruk pula.
Mommy: Letak la Baby Balm Bare Nuhcessities ni.
Baby Balm Bare Nuhcessities
Sayang sungguh daddy pada anaknya. Mommy bukan tak sayang. Anis tu, dah tahu tak boleh berpeluh, bagi juga badan berpeluh-peluh sampai kulit jadi tebal
Mommy pula memang tengah guna Bare Nuhcessities ni. Jadi kita kongsi-kongsi ya
Kalau ikutkan hati mommy, mommy biarkan sahaja ia baik sendiri. Tapi daddy dah bising kan. So mommy sapu lah tanpa ragu. Kenapa
Bare Nuhcessities produk naturalBare Nuhcessities adalah produk natural. Bahan-bahan dalam Bare Nuhcessities Baby Balm adalah bahan-bahan natural seperti:-
Bahan dalam Bare Nuhcessities Baby Balm ada dalam detail produk di laman web Bare Nuhcessities
Hari pertama tu saja lah daddy sapu. Lepas tu, tugas mommy lah sapu pula. Mommy sapu setiap kali lepas mandi. 2x sekali
Mommy sapu Bare Nuhcessities Baby Balm sebelum Anis ke sekolah.
Mommy tak perlu risau kerana Bare Nuhcessities Baby Balm bebas bahan merbahaya. Yang ni mommy boleh check dekat EWG.org/skindeep. Bila mommy dah tahu pasal EWG ni, sebelum mommy nak guna apa-apa produk, mommy akan check dulu ingredients kat EWG
Bare Nuhcessities bebas bahan merbahaya
Selepas beberapa hari mommy sapukan Bare Nuhcessities Baby Balm pada leher Anis, kulit Anis jadi lembut semula. Tak ada dah kulit kasar(ruam yang tebal)
Perubahan selepas menggunakan Bare Nuhcessities Baby Balm
Kulit anis baru sahaja jadi rashes dalam seminggu dua macam tu. Jadi cepat lah ia baik. Kaki mommy dah hampir 4 tahun ada ekzema. Lambat lah nak baik. Tapi mommy tetap guna set Bare Nuhcessities untuk mengurangkan gatal-gatal. Doakan ekzema mommy tak makin teruk ya. Risau tu risau juga. Benda ni jadi masa mengandung. Benda ni makin teruk pon masa mengandung lagi. Cuma lagi bagus la mommy yang ada ekzema daripada anak-anak.
Bukan Anis sahaja yang jadi rashes akibat berpeluh. Amal pon sama. Jadi bila nampak rashes naik sahaja, mommy terus sapu baby balm ni. Hurm cuaca sekarang pula panas sangat kan. Lagi cepat anak-anak berpeluh.
Mommy recommend ibu-ibu yang ada anak kecil menggunakan produk Bare Nuhcessities ni. Mommy pun dah standby stok untuk baby yang bakal lahir nanti. Kulit baby yang sensetif tak boleh terdedah dengan bahan kimia merbahaya. Lebih-lagi lagi baby yang ada ekzema. Lega mommy ada Bare Nuhcessities ni. Nanti mommy sambung lagi cerita pasal Bare Nuhcessities ya. Nak tahu lanjut boleh layari lama web atau ikuti facebook dan instagram Bare Nuhcessities.
www.barenuhcessities.comFacebook Bare NuhcessitiesInstagram Bare Nuhcessities
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.irrayyan.com/2019/01/bare-nuhcessities-baby-balm-membaikpulih-kulit-kering.html