Warung Teringin Shima Akhirnya Riuh Rendah


“SAYA tergamam dan terkejut melihat Ameng datang ke warung ini. Perasaan terharu pun ada apabila melihat dia sudi bertandang ke tempat saya cari makan,” kata penyanyi Shima mengenai kunjungan mengejut Ameng ke Warung Teringin miliknya Khamis lalu.
Shima atau Ku Nazhatul Shima Kamarazzaman, 49, berkata, dia hanya dimaklumkan warungnya akan dikunjungi oleh peminat yang teringin merasa nasi campur dan lauk pauk masakannya.
“Saya langsung tak tahu kejutan ini. Pegawai Perhubungan Awam Artis, Dankerina beritahu saya supaya masak lebih dan pakai cantik-cantik kerana peminat nak datang makan dan bergambar.

“Rupanya ada kejutan kerana ia dirancang oleh Ameng bersama sebahagian ahli kelab peminatnya.
“Malah dia bukan datang sendirian sebaliknya turut bawa bersama Nizam Laksamana, Bagio Damasutra dan komposer Zul Mahat,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, kehadiran mereka mengimbas kembali kisah lampau terutamanya ketika sama-sama berjuang dalam pertandingan akhir Juara Lagu pada awal tahun 90-an.

“Hubungan rakan artis era dahulu memang rapat. Saya dan Ameng sama-sama bernaung di bawah label Sony Music Entertainment manakala Nizam dan Bagio sering bertemu ketika sama-sama buat show,” katanya
Shima yang popular menerusi lagu Teringin mula mengusahakan warung sebagai pendapatan sampingan selain nyanyian bermula 3 Disember lalu di tapak berhampiran kediamannya di Pangsapuri Lestari, Damansara Damai.

Dia bersyukur kerana permintaannya untuk berniaga mendapat kebenaran daripada pengurusan pangsapuri itu serta menerima sokongan daripada masyarakat sekitar.
“Alhamdulillah, memang tak mengecewakan kerana jualan saya habis setiap hari. Terima kasih terhadap pihak media dan rakan-rakan yang tularkan mengenai perniagaan saya di laman sosial.
“Pelanggan yang datang bukan saja dari sini bahkan ada juga dari Kajang. Mereka peminat saya dan turut bawa bersama CD saya untuk ditandatangan,” katanya.

Shima yang dibantu suaminya, Abdullah Rusli, 41, mengakui bersyukur dengan apa yang diperolehi kerana dapat menampung kehidupan mereka berdua.
“Dengan hasil jualan ini dapatlah kami bayar sewa rumah, selesaikan bil-bil yang perlu serta beli ubat.
“Saya perlu sentiasa makan ubat untuk sakit slip disc dan tak boleh lasak. Begitu juga suami yang kurang sihat kerana pernah kemalangan.
“Kami perlu ke pasar borong seawal jam 1 pagi untuk beli ikan segar. Saya tak suka gunakan ikan sejuk beku dalam masakan,” katanya.
Sementara itu, Ameng dan rakan-rakan lain mengakui terpanggil untuk menyokong Shima dan memberikannya semangat untuk terus mencari rezeki.

“Saya pun dah lama tak jumpa Shima. Kebetulan sebelum ini saya bercuti panjang dan hanya sempat tengok dia dari jauh.
“Saya bukanlah seorang yang berharta dan saya cuba bantu Shima setakat yang termampu dengan datang ke sini.

“Kalau boleh kita sama-sama sokong Shima. Janganlah ada yang dengki. Sebaiknya kita ajak ramai lagi datang supaya perniagaan Shima terus berkembang. Mungkin selepas ini dia mampu buka restoran pula,” kata Ameng.
sumber: Metro online
The post Warung Teringin Shima akhirnya riuh-rendah appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/12/15/warung-teringin-shima-akhirnya-riuh-rendah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akibat Kurang Terima Undangan Nyanyian Penyanyi Terkenal Shima Nekad Ambil Keputusan Berniaga Warung Tepi Jalan

Akibat Kurang Terima Undangan Nyanyian Penyanyi Terkenal Shima Nekad Ambil Keputusan Berniaga Warung Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 1237 hits
NAMANYA pernah gemilang sekitar 1990 an apabila lagu berjudul Teringin dan Setelah Aku Miliki menjadi siulan ramai ketika itu Namun pada awal tahun 2000 nama Shima atau nama penuhnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman semakin pudar kerana ti...
Dipandang Rendah Kerana Sarung Uniform Pak Guard Kini Pemuda Ini Sudah Bergelar Penganalisis It

Dipandang Rendah Kerana Sarung Uniform Pak Guard Kini Pemuda Ini Sudah Bergelar Penganalisis It

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 381 hits
Dipandang Rendah Kerana Sarung Uniform Pak Guard kini pemuda ini sudah bergelar penganalisis IT Bekerja secara sambilan ketika tiba musim cuti semester bukanlah perkara asing bagi penuntut universiti Tidak terkecuali graduan sebuah universi...
Dividen Asb Paling Rendah Kj Salahkan Flip Flop Kerajaan

Dividen Asb Paling Rendah Kj Salahkan Flip Flop Kerajaan

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 412 hits
MALAYSIAKINI Pulangan paling rendah Amanah Saham Bumiputera yang diumumkan hari ini mempunyai kaitan dengan keyakinan pelabur dan tindakan kerajaan kata Khairy Jamaluddin Perkara yang terjadi ini adalah berkait rapat dengan keyakinan pelabu...
Tak Perlu Riuh Diluar Pasal Hal Dalaman Umno

Tak Perlu Riuh Diluar Pasal Hal Dalaman Umno

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 246 hits
Hal ehwal dalaman UMNO kalau dirasa bermasalah memang eloklah dipanggil semua Majlis Tertinggi Ahli ahli Parlimen UMNO Ketua Pemuda Puteri Ketua Bahagian dan sewaktu dengannya untuk duduk semeja berbincang Supaya yang mana kurang atau lemah...
Boj Kekalkan Kadar Rendah

Boj Kekalkan Kadar Rendah

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 246 hits
Bank of Japan menyimpulkan sesi pertemuan selama dua hari dengan keputusan mengenai kadar faedah asas mengekalkan dasar monetari semasa tidak berubah meskipun terdapat peningkatan risiko inflasi Kadar faedah terhadap deposit bank perdaganga...
Keputusan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains Mara Tahun 2019

Keputusan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains Mara Tahun 2019

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 585 hits
Keputusan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains MARA Tahun 2019 Pihak MARA telah pun mengiklankan permohonan kemasukan pelajar baru ke Maktab Rendah Sains MARA 2019 bagi tingkatan 1 secara atas talian pada 12 September yan...
Iklan Jawatan Kosong Guru Interim Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah

Iklan Jawatan Kosong Guru Interim Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 894 hits
Iklan Jawatan Kosong Guru Interim Permohonan Pengambilan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Sabah sarawak dan seluruh Malaysia Mypt3 difahamkan ada yang tidak faham apa itu guru interim Sebenarnya maksud guru interim dalam bahasa mudahnya ...
Najib Dividen Bonus Asb 7 Sen Zaman Ph Adalah Paling Rendah Sejak Asb Ditubuhkan

Najib Dividen Bonus Asb 7 Sen Zaman Ph Adalah Paling Rendah Sejak Asb Ditubuhkan

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 421 hits
Bagai sudah dijangkakan dividen Amanah Saham Bumiputra dan Amanah Saham Nasional untuk tahun 2018 telah merosot akibat kejatuhan indeks Bursa Malaysia dan ekonomi negara yang semakin menurun selepas PRU14 Dividen dan bonus ASB untuk tahun i...
Kononnya Bagi Anak Gajet Dengan Niat Nak Kenal Huruf Tapi Akhirnya Ini Pula Yang Jadi

Kononnya Bagi Anak Gajet Dengan Niat Nak Kenal Huruf Tapi Akhirnya Ini Pula Yang Jadi

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 473 hits
Rasanya masih ramai mak ayah yang masih tak sedar keburukan beri anak main gajet lama sangat dan kali ini pendedahan pengalaman seorang ayah sendiri yang mana dalam tak sedar dia nampak perubahan negatif dalam diri anaknya Andai ada mak aya...
Security Alert Verify Your Metamask Account

Polis Siasat Kes Pengawal Keselamatan Tembak Lelaki Mengamuk Di Banting

Road Tested Led Lights And Turn Signals From Purpose Built Moto

Not All Bail Bonds Are Equal What Makes Rocket Bail Bonds The Smart Choice In Sd

Special Gift For Ydp Agong From President Xi

Rm 1 07 Billion

Semakan Panggilan Ujian Medsi Sesi 2025 2026

Hannah Delisha Tipu Helah Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


22 Tahun Pelajar Uum Meninggal Dalam Kemalangan Bas Kampus Universiti Tawarkan Pampasan Bantuan

Dari Raijin Ramen Bar Ke Softe 10 Restoran Menarik Di Kl Pj Untuk Tarikh Pertama Kalian

Lelaki Dipukul Beramai Ramai Dituduh Ganggu Isteri Orang

Unearthing Derinkuyu The Ancient Underground City Of Cappadocia

Misteri Mamut Beresovba Yang Beku Secara Tiba Tiba

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat