Dari jauh nampak macam ada kenduri - banyak kenderaan parkir di bahu jalan. Di bahu jalan ini juga ada penjual buah salak dan penjual produk tempatan - ikan pekasam dan belacan
Ruang parkir berbayar. Sebelahnya itulah bangunan dua tingkat Warung Tepi Sawah
Sebaik melangkah masuk, kita akan nampak deretan gerai jualan. Konsep di sini - layan diri. Terdapat 10 buah gerai yang menjual pelbagai makanan. Kita perlu beli dan bayar terus di gerai, kemudian perlu tunggu atau datang sekali lagi untuk ambil makanan yang dipesan
Alhamdulillah masih ada meja untuk kami berdua duduk di bahagian bawah. Dapatlah kami menikmati sarapan dengan pemandangan indah sawah padi menghijau dan banjaran bukit
Encik Suami beli nasi kambing bakar, harganya RM17. Nasinya banyak tapi keras 😅. Daging rasa sedap tapi ada bahagian lembut dan ada bahagian liat
Pilihan saya - roti sarang burung special (roti canai + telur mata + daging), harganya RM7. Sedap lembut rotinya, tapi kuahnya agak cair tak kena dengan cita rasa saya
Selesai bersarapan, kami berjalan-jalan menikmati keindahan alam di sini. Sebelum tu, sempatlah saya bantu mengambil foto pasangan yang datang jauh dari Kuala Selangor. Katanya, mereka pertama kali ke sini. Kami pun pertama kali juga, pada hal menetap di Perlis 🤭
Pengalaman pertama saya berjalan di antara petak sawah padi 😀. Indah sungguh pemandangan di sini, sawah padi menghijau dengan berlatarkan Banjaran Nakawan - perbukitan yang memisahkan Malaysia dengan Thailand.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |