Wartawan Jadi Mata Dan Telinga Najib Dedah Kisah Dalaman Kejatuhan Bn




Imran Ariff -December 11, 2021 Tindakan tegas polis terhadap media dan peserta himpunan Bersih pada 2012 mencetuskan bantahan awam, tetapi Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak tidak tahu mengenai sentimen negatif orang ramai. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Bekas wartawan, Romen Bose, yang pernah menjadi konsultan komunikasi politik Najib Razak, kini tampil dengan sebuah buku mendedahkan kisah dalaman di sebalik kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada PRU14, walaupun akur, “saya sebenarnya tidak mahu menulisnya”.
“Selepas melihat apa yang berlaku sejak dua atau tiga tahun lalu, saya rasa penting untuk mencatatkan apa yang sebenarnya berlaku supaya rakyat boleh belajar daripada kesilapan,” katanya kepada FMT dari rumahnya di London.
“Malaysia mempunyai masa depan yang sangat kukuh dan positif, tetapi rakyat perlu belajar daripada masa silam (untuk)….membuahkan kerjasama antara kaum yang lebih baik. Kita boleh selesaikan apa jua isu dan mara.”
Dalam bukunya “Final Reckoning: An Insider’s View of the Fall of Malaysia’s Barisan Nasional Government”, Bose mengupas kegagalan Umno-BN dan “inner circle” Najib menjelang pilihan raya umum penuh bersejarah pada 2018.
Romen Bose.PRU14 itu menyaksikan BN yang ditunjangi Umno, kehilangan kuasa selepas enam dekad menerajui Malaysia.






Bose menjadi penasihat kepada Perdana Menteri mulai 2012, setelah bekerja sekian lama sebagai wartawan di negara ini dengan media asing.
Ketika itu, beliau mendapati Najib tidak diberikan maklumat tepat berhubung apa yang sebenarnya berlaku dalam himpunan Bersih tahun itu dan sentimen negatif terhadap kerajaannya.
Melaporkan dari lapangan, Bose melihat polis bertindak kejam terhadap penunjuk perasaan dan media. Beliau juga mengesan penularan sentimen negatif rakyat terhadap kerajaan pimpinan Najib.
Namun begitu, Bose dimaklumkan oleh pembantu kepada Najib bahawa Perdana Menteri tidak menyedari rasa tidak puas hati itu, malah beranggapan kerajaan menangani apa jua keresahan dengan baik.
Sebelum berlepas ke London untuk menerokai peluang kerjaya baharu, Bose mencadangkan pembentukan kumpulan penasihat komunikasi kepada Najib bagi memberinya laporan tepat berhubung sentimen rakyat dan mengusulkan dasar sesuai yang boleh dilaksanakan.
“Najib (memberitahu saya): ‘Saya rasa ia idea baik dan saya gembira anda mencadangkannya. Saya perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku di lapangan, saya tahu ramai tidak beritahu perkara sebenar kerana mereka mahu membodek saya’,” tulis Bose dalam bukunya.
Susulan perbualan itu, Bose menjalin hubungan kerjasama dengan Najib sehingga kejatuhan beliau dan kekalahan BN pada 2018, ketika ketegangan hubungan antara parti komponen BN semakin ketara dan skandal 1MDB hangat diperkatakan.
“Saya tidak tahu sama ada Najib telah melihat buku ini. Saya tidak tahu apa reaksinya nanti. Buku ini ditulis untuk mendedahkan semua perkara, bukan untuk memuji atau merendahkan mana-mana kumpulan tertentu. Ia adalah pemahaman dan analisis objektif terhadap apa yang berlaku ketika itu.
“Ada perkara baik serta buruk, dan semuanya terkandung dalam buku ini. Terpulang kepada pembaca untuk menentukan siapa yang betul dan siapa yang salah, bukan untuk saya katakan.”

Bose yang merupakan warga Singapura, memulakan kerjaya sebagai wartawan pelatih dengan The Straits Times pada pertengahan 1980-an dan kemudiannya bekerja untuk sejumlah program MediaCorp.
Pada 2005, beliau bekerja di Malaysia apabila menyertai Al Jazeera sebagai penerbit berita sebelum beralih ke agensi berita Perancis, AFP pada 2007.
Semasa menjadi pewarta AFP, beliau mula membina hubungan kukuh dengan Najib dan Pejabat Perdana Menteri sebelum dilantik sebagai penasihat Perdana Menteri pada 2012.
Buku nukilan Bose akan dijual mulai 14 Dis ini. Tempahan awal boleh dibuat menerusi kedai buku ini:
Kinokuniya
MPH
Popular






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/wartawan-jadi-mata-dan-telinga-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Tolak Tawaran Zeti Dijadikan Saksi Pembelaan Dedah Pendakwa Raya

Najib Tolak Tawaran Zeti Dijadikan Saksi Pembelaan Dedah Pendakwa Raya

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 195 hits
AGENDA DAILY Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pernah ditawar sebagai saksi kepada pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak tapi ditolak sebelum ini dedah pendakwa raya Pendedaha...
Mahkamah Rayuan Anggap Kisah Derma Arab Kepada Najib Umpama Dongeng

Mahkamah Rayuan Anggap Kisah Derma Arab Kepada Najib Umpama Dongeng

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 269 hits
BERNAMA Menurut Mahkamah Rayuan hujahan pembelaan Najib itu tidak ada kredibiliti malah bercanggah dan ditolak oleh keterangan berdokumen Bekas perdana menteri Najib Razak Pembelaan bekas perdana menteri Najib Razak mengenai RM42 juta dalam...
Kejatuhan Pasangan Mata Wang Aud Usd Seperti Yang Diramalkan

Kejatuhan Pasangan Mata Wang Aud Usd Seperti Yang Diramalkan

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 243 hits
Penurunan Mendadak Pasangan Mata Wang AUD USD Pasangan mata wang AUD USD jatuh seperti batu selepas gagal untuk kekal di atas tahap rendah terdahulu 0 7102 dan di atas tahap psikologi 0 7100 Seperti yang anda ketahui daripada analisis saya ...
Coa Judge Gives Najib Until 12 30pm Ultimatum Or Risk Arrest

Coa Judge Gives Najib Until 12 30pm Ultimatum Or Risk Arrest

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 237 hits
The Court of Appeal said that it would issue a warrant of arrest against former prime minister Datuk Seri Najib Razak on Tuesday if he fails to turn up for online proceedings slated for the afternoon Najib together with his lawyer Tan Sri M...
Tiada Perubahan Keputusan Rayuan Kes Src Babit Najib Esok

Tiada Perubahan Keputusan Rayuan Kes Src Babit Najib Esok

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 549 hits
PUTRAJAYA Esok tetap esok belum ada sebarang petunjuk untuk keputusan esok ditangguhkan kata Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil di Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa Beliau yang bersidang bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Ala...
Najib Ada Kepentingan Guna Src Bagi Faedah Sendiri Hakim

Najib Ada Kepentingan Guna Src Bagi Faedah Sendiri Hakim

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 235 hits
Mahkamah Tinggi memutuskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai kepentingan peribadi untuk menggunakan SRC International Sdn Bhd sebagai wadah bagi kepentingan diri sendiri dengan memanfaatkan kedudukannya serta kawalan be...
Relevant Evidence Already Tendered In Najib S Rm42m Src Trial Dpp

Relevant Evidence Already Tendered In Najib S Rm42m Src Trial Dpp

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 243 hits
The prosecution contended that there is no new evidence to be tendered in Najib Abdul Razak s appeal to quash his conviction and sentencing in the RM42 million SRC International corruption case Through an affidavit to oppose the former prim...
Dari Segi Pencapaian Mahathir 22thn22bln Tidak Setanding Najib 9thn

Dari Segi Pencapaian Mahathir 22thn22bln Tidak Setanding Najib 9thn

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 252 hits
Mahathir tiada puluhan kes dakwaan di mahkamah selepas bersara Rumah dan barang nya tidak pernah disita Tiada skandal terbesar dan menggegar dunia Cukup di situ sahaja Mahathir sudah tidak SETANDING NAJIB Malah Siti hasmah pun tidak sehebat...
Malaysia Benar Benar Jadi Korup Jika Najib Kembali Pimpin Negara Tun Mahathir

Malaysia Benar Benar Jadi Korup Jika Najib Kembali Pimpin Negara Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 307 hits
By December 6 2021TUN Dr Mahathir Mohamad mendakwa apabila Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak atau rakan rakannya memimpin kembali kerajaan pada masa depan mereka akan terus merosakkan semua orang dengan korupsi termasuk jentera...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Importance Of Domain Valuation

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan