Wartawan Foto Palestin Maut Dalam Serangan Israel Di Gaza


Wartawan Foto Palestin Maut Dalam Serangan Israel Di Gaza
BANDARAYA GAZA, 3 Dis (Bernama-Anadolu) — Seorang wartawan Palestin maut dalam serangan Israel di selatan Semenanjung Gaza pada Selasa, meskipun terdapat perjanjian gencatan senjata di bawah Pelan Gaza Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Sumber perubatan memberitahu Anadolu bahawa wartawan foto Mahmoud Wadi maut dalam serangan dron Israel di tengah Khan Yunis, kawasan di luar zon kuning yang dikawal Israel.
Bapa Wadi, Issam, menggambarkan serangan Israel itu sebagai “gempa bumi yang menggegarkan khemah”.
“Saya tidak pernah menjangka kehilangan Mahmoud, yang bukan sahaja anak saya tetapi juga seorang sahabat. Dia membesar di studio fotografi.
“Mahmoud merakam gambar di kawasan selamat (tidak di bawah kawalan Israel menurut perjanjian gencatan senjata), tetapi Israel tidak menghormati sebarang ikrar atau janji, seluruh hidup mereka penuh tipu daya dan pengkhianatan,” katanya.
Issam menyifatkan pembunuhan anaknya sebagai “tindakan jenayah” dan menyalahkan tentera Israel atas insiden itu.
Rakan wartawan yang maut itu, Muhammad Abu Ubaid, koresponden Al-Alam TV di Gaza, berkata Wadi dikenali ramai kerana kerja kemanusiaannya.
“Dia mungkin tidak dikenali semua orang, tetapi golongan miskin dan mereka yang menderita mengenalinya kerana dia menumpukan masa untuk membantu mereka. Dia seorang yang berhati mulia,” katanya.
Abu Ubaid berkata dia dan Wadi merancang untuk bertemu di Hospital Nasser di Khan Yunis tetapi kemudian dimaklumkan bahawa Wadi telah meninggal dunia.
“Dunia terus berdiam diri sementara tentera pendudukan terus membunuh wartawan walaupun selepas perjanjian gencatan senjata,” katanya.
Pejabat Media Kerajaan Gaza berkata kematian Wadi menjadikan jumlah wartawan Palestin yang terkorban di Gaza sejak Oktober 2023 meningkat kepada 257 orang.
Pejabat itu mengecam apa yang digambarkan sebagai “serangan sistematik” Israel terhadap wartawan Palestin dan menegaskan Israel serta beberapa kerajaan Barat “bertanggungjawab sepenuhnya”.
Pejabat itu turut menggesa masyarakat antarabangsa dan pertubuhan media global mengecam serangan berkenaan, sambil berkata seruan antarabangsa supaya Israel menghentikan tindakan menyasarkan wartawan tidak diendahkan.
Rakyat Palestin melihat tindakan berterusan menyasarkan wartawan sebagai usaha untuk menghalang liputan mengenai apa yang berlaku di wilayah itu.
Perjanjian gencatan senjata itu berkuat kuasa pada 10 Okt 2025, menghentikan dua tahun serangan Israel yang telah meragut lebih 70,000 nyawa rakyat Palestin dan mencederakan lebih 171,000 yang lain sejak Oktober 2023, menurut pihak berkuasa Gaza.
Israel didakwa melanggar perjanjian itu berulang kali dengan melepaskan tembakan ke arah orang awam di kawasan di luar kawalannya, manakala kumpulan Palestin Hamas berkata mereka kekal komited kepada perjanjian itu dan menggesa AS mendesak Israel mematuhinya.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 356 rakyat Palestin terkorban dan lebih 900 cedera dalam serangan Israel sejak gencatan senjata bermula.
BACA: “Suka Lagu Dari Malaysia,” Jawapan Lagu Kegemaran Mat Saleh Ni Buat Ramai Terkejut Sumber: Bernama
The post Wartawan Foto Palestin Maut Dalam Serangan Israel Di Gaza appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/03/wartawan-foto-palestin-maut-dalam-serangan-israel-di-gaza/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Warga Asing Ditahan Berkait Serangan Maut Di Kg Pandan

2 Warga Asing Ditahan Berkait Serangan Maut Di Kg Pandan

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 165 hits
FMT ReportersPolis berkata mangsa disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital Tangkap layar video menunjukkan sekumpulan lelaki bergaduh dengan beberapa individu memukul seorang lelaki yang jatuh menggunakan kayu PETALING JAYA D...
Enggan Masak Kari Ayam Isteri Maut Di Tangan Suami

Enggan Masak Kari Ayam Isteri Maut Di Tangan Suami

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 165 hits
KOSMO NEW DELHI Seorang lelaki berusia 32 tahun yang mempunyai masalah ketagihan alkohol menamatkan riwayat isterinya selepas mangsa enggan memasak kari ayam untuk makan malam lapor laman berita Times of India hari ini nbsp Kejadian berlaku...
Besi Coupling Shaft Melayang Dari Lori Tembusi Kereta Warga Emas Maut

Besi Coupling Shaft Melayang Dari Lori Tembusi Kereta Warga Emas Maut

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 240 hits
Besi Coupling Shaft Melayang Dari Lori Tembusi Kereta Warga Emas Maut Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat mengesahkan berlaku satu kemalangan maut membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori di Jalan Sri Bengkal Parit Yaani Batu Pahat pagi ta...
Maut Ditikam Dalam Pusat Hiburan

Maut Ditikam Dalam Pusat Hiburan

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 161 hits
Ahmad HasbiTANGKAP layar daripada video tular pergaduhan di pusat hiburan yang menyebabkan seorang lelaki maut SEREMBAN Lelaki maut dipercayai ditikam dan dipukul dalam pergaduhan berkumpulan di sebuah pusat hiburan di Taman AST di sini kir...
Penunggang Motosikal Maut Anggota Polis Ditahan Kerana Pandu Secara Melulu

Penunggang Motosikal Maut Anggota Polis Ditahan Kerana Pandu Secara Melulu

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 193 hits
Penunggang Motosikal Maut Anggota Polis Ditahan Kerana Pandu Secara Melulu KANGAR 26 Nov Seorang anggota polis ditahan selepas kenderaan pacuan empat roda pasukan itu yang dipandunya terlibat dalam kemalangan sehingga mengakibatkan seorang ...
Seorang Guru Maut Selepas Kenderaan Yang Dipandu Rempuh Belakang Treler Di Kampung Pandan Kuantan Bypass Tengahari Tadi

Seorang Guru Maut Selepas Kenderaan Yang Dipandu Rempuh Belakang Treler Di Kampung Pandan Kuantan Bypass Tengahari Tadi

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 271 hits
KUANTAN Seorang guru maut selepas kereta dipandu melanggar belakang treler di Jalan Kuantan Bypass berhampiran Kampung Pandan di sini hari ini Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata Mohd Heikal Hafiz Mohd Ann...
2 Pelajar Perempuan Maut Digilis Lori

2 Pelajar Perempuan Maut Digilis Lori

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 187 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Dua pelajar perempuan Tingkatan 3 maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terjatuh sebelum digilis sebuah lori dalam satu kemalangan di Jalan Kuala Kangsar dekat Tasek di Ipoh tengah hari tadi Ketua Polis Ip...
Lelaki Maut Dipercayai Langgar Pokok Tumbang

Lelaki Maut Dipercayai Langgar Pokok Tumbang

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 147 hits
Lelaki Maut Dipercayai Langgar Pokok Tumbang JASIN 28 Nov Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai melanggar sebatang pokok tumbang di Jalan Selandar menghala ke Machap di sini pagi tadi Ketua Zon 2 Jabatan Bomba ...
I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Last Supper In 2025 Hello 2026

Brunch Di Rumah Makan Haji Sendot

Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Serpihan Disyaki Jatuh Dari Angkasa Ditemui Di Pantai Nenasi

Sicily Lifestyle A Guide To Trends Cinema And Luxury Tours

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi

Family Gathering Laman Casa Tangkak


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Membaca Banyak Modul Pzem 016 Dan Pzem 017 Dengan Rs485

Brochure Custom Untuk Branding Perniagaan Anda

From Design Drawings To Final Installation A Closer Look At Romtec S Process

Jejak Manusia Purba Di White Sands 23 000 Tahun Yang Lalu

Tekanan Diplomatik Tindakan Kerajaan Lebanon Di Tengah Cabaran Dari As Dan Israel

Neuralink Akan Tingkatkan Pengeluaran Implan Otak Pada Tahun Ini Elon Musk