Saya sangkakan orang-ramai memenuhi kedai makan, rupa-rupanya sebahagian mereka sedang menyaksikan pengunjung melakukan aktiviti lasak via ferrata dan zipline di bukit batu kapur ni. Bukit ni terletak berhadapan dengan kedai makan. Selepas itu barulah saya faham bahawa tempat ini namanya Muse Ecopark. Selain menawarkan aktiviti lasak, di sini juga ada kedai makan, kedai kopi dan kedai runcit
Inilah kedai makannya - Warong Muse. Gambar ni gelap sikit, sebab saya ambil gambar masa nak balik selepas selesai makan. Kami pilih untuk makan di bahagian luar kedai, bahagian belakang di bawah rimbunan pokok buluh
Sudut pandang dari meja makan kami. Memang terasa santai dapat duduk makan di sini. Indah sungguh anugerah alam di Gua Musang ni - banyak bukit batu kapur
Juga satu lagi sudut pandang dari meja makan kami. Pemandangan senja nan indah! SubhanAllah. Nampak kubah cantik nun di sana? Itulah Masjid Razaleigh yang terkenal kerana seni binanya menyerupai model Masjidil Haram. Landasan keretapi tu pulak adalah Stesen Keretapi Gua Musang yang baru.
Alhamdulillah…tak begitu lama menunggu, makanan yang kami pesan pun sampai - set sup daging dan nasi lemak. Baru nak makan, pelayan kedai datang semula nak ambil nasi lemak sebab tadi saya pesan nak ‘telur mata’. Aduhai…saya pun terlupa apa saya pesan tadi. Sebab masa ni memang lapar, bayangkanlah makanan berat terakhir yang kami makan adalah semasa sarapan pagi di CH. Mujur memang makan agak banyak pagi tadi. Petang baru terasa lapar, jadinya dalam perjalanan tadi kami makan biskut Chocolate Chip yang dibekal. Bolehlah buat hilang rasa lapar
Nasi lemak sudah ditambah telur mata
Pesan juga roti titab. Ni saya makan seorang, encik suami tak makan telur separuh masak. Encik suami menambah nasi lemak biasa, sebab set sup dagingnya tadi cuma ada sup daging dan potongan roti. Nampak tak tahap lapar tu? Berhidang-hidang kami makan. Lepas tu kekenyangan pulak, terlebih makan. Haha…|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |