Inilah pandangan bahagian hadapan Masjid Buluh. Pada mulanya saya tak tahu ini adalah sebuah masjid kerana ia tak kelihatan seperti binaan masjid yang biasa. Dari kejauhan saya menyangka inilah kedai makan yang kami cari. Elok je kami parkir di perkarangan masjid, barulah perasan ini bukan kedai makan. Eh, ada orang solat pulak di dalamnya. Bila diteliti, barulah saya nampak papan tanda bertulisan Jawi - Masjid Buluh Gua Musang. Oh, masjid
Padahal ada je tu menara (untuk pembesar suara) yang biasa terdapat di masjid-masjid. Tak perasan pulak dari jauh
Eh, foto tandas pun nak dirakam? Mestilah, sebab tandas ni unik tau - perhatikan dinding dan bumbungnya. Bukan setakat binaan tandas saja yang unik, malah tandas di sini cukup bersih dan diselenggara dengan baik.
Tersenyum saya baca pesanan ni. Orang Johor yang cuba membaca dalam loghat Kelantan
Tempat wudhuk muslimat. Terbuka di bahagian atasnya. Tak pasti memang begini atau bumbungnya rosak/tanggal. Apa yang pasti, saya suka konsep terbuka begini. Ambil wudhuk dengan pemandangan indah bukit batu kapur. Lantai pun cepat kering. Semasa saya di sini, saya nampak ada petugas muslimah yang sedang menyapu lantai. Patutlah di sini semuanya nampak kemas dan bersih
Pintu masuk ke ruang solat muslimat
Ruang solat muslimat. Leka mata saya memerhati keseluruhan ruangan masjid ini. Dari celahan dinding pula, saya dapat melihat deretan pokok buluh dengan daun yang meliuk ditiup angin. Suasana terasa begitu nyaman dan sangat tenang. Terasa begitu dekat dengan alam
Di sudut sisi masjid, saya ternampak kain rentang ni - derma untuk baiki kerosakan masjid akibat ribut. Bagi yang nak menderma, boleh salurkan ke akaun bank Muamalat Masjid Buluh Gua Musang - 03070000388714.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |