Warna Aura Mengikut Bulan Kelahiran Dibenarkan Atau Bercanggah Dalam Islam


Baru-baru ini, isu kontroversi seminar motivasi yang dibawa oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia mengenai jenis warna aura mengikut bulan kelahiran. Pemahaman sedemikian telah dijelaskan oleh beberapa ustaz-ustaz di Malaysia bahawasanya pemahaman tersebut bercanggah dengan akidah islam.
Sesiapa yang terbiasa dengan ilmu aura warna, anda boleh ikuti kami untuk penjelasan secara mendalam berdasarkam islam dan ilmu psikologi. Untuk mengetahui pelbagai maklumat menarik dan info-info berkaitan boleh ikut group kami dengan tekan pautan dibawah:
SISTEM GURU ONLINE Pengenalan Jenis Warna Aura Mengikut Bulan Kelahiran Untuk pengetahun anda semua, suka admin ceritakan sedikit mengenai pengertian aura dan jenis warna-warna yang selalu dikaitakan dengan personaliti seseorang dan juga biasa dibawa dalam majlis motivasi. Admin kongsikan pemahaman ini agar nanti anda berhati-hati dan jelas apa naratif dan natijah sebenar yang dibawa oleh beberapa dikatakan seakan agamawan bahkan segelintir orang memanggil mereka adalah ustaz.
Pengertian Aura Definisi aura adalah satu energi yang berada di bahagian luar tubuh dan boleh membentuk satu bentuk dinding yang menjadi penghadang atau pelindung tubuh anda dari energi negatif daripada memasuki dalam tubuh anda.
Secara amnya, aura adalah berasal dari pancaran tubuh yang wujud secara alami untuk menyelubungi tubuh. Pada hakikatnya ianya adalah satu pancaran cahaya atau sinar yang mengalami proses penghalusan berkali- kali dan ia juga dikenali sebagai mikrokosmos. Menurut elib unikom, aura adalah sebuah pancaran cahaya yang keluar dari tubuh dan tidak boleh dilihat oleh pandangan mata biasa bagi mereka yang belum terlatih.
Warna Aura Mengikut Bulan Kelahiran Ciri-ciri Warna Aura Mengikut Bulan Kelahiran Untuk maklumat anda semua tentang ciri aura ini berdasarkan maklumat dan dapatan admin. Setiap ciptaan mempunyai ciri aura berbeza seperti manusia, haiwan, tumbuhan dan lain-lain ada ciri tersendiri. Berikut ciri-cirinya untuk pengetahuan anda:
PembahagianCiri-ciriAura ManusiaBerwarma-warni, terasa hangat, boleh berubah warna, ada unsur positif dan negatifAura Binatang dan TumbuhanWarna hanya coklat muda, terasa hangat, ada unsur positif dan negatif.Aura BendaBerwarna gelap merah tua, biru tua dan seangkatanya dan ada unsur positif dan negatif Jenis- Jenis Aura Penetapan jenis-jenis untuk adalah pada agama-agama lain. Ia juga mempercayai bahawa setiap orang akan ada aura posotif dan negatif berdasarkan kondisi fizik dan fikiran. Berikut jenis-jenis aura yang ditetapkan oleh mereka.
JenisKeteranganMerahSeorang yang tekad tinggi, berani dan percaya diri untuk berjayaKuningSeorang yang sensitif, kekanakan dan mudah buat orang ketawa.HijauRingan tulang, cerdas, berjiwa tenang dan kuat kerja tanpa lelah.BiruSelalu positif, berjiwa muda, suka kebebasan dan selalu menjaga diri dari sebarang benda tidak baik.UnguPeriang, tenang dan mampu memberi orang selesa.PutihIntegeriti yang tinggi, mudah sakitHitamMempunyai sifat yang misteri iaitutidak baik dan berkemungkinan jahat.CoklatPenting diri sendiri, pandai bisnes dan orang praktikal.PinkOrang kesepian, hati selalu terguris, bila bercinta akan bagi sebaiknya. Nota : Peringatan pada pembaca setiap ciri dan jenis warna yang kami kongsikan itu adalah ketetapan dari pihak yang membawa fahaman ini dan ia sangat bercanggah dengan akidah kita sebagai orang islam.
Kritikan Ahli Psikologi Mengenai Aura Warna Dalam Perkongsian Oleh Tokoh Selebriti Ekoran tersebar satu video tiktok mengenai warna aura mengikut bulan kelahiran yang dibawa oleh tokoh motivasi di Malaysia telah mendapat kritikan dari ahli psikologi. Antara petikan yang bermasalah berdasarkan beliau dalam bidang psikologi:
Konsep aura yang dibawah itu sendiri kabur dan ada lagi konsep lagi jelas bahkan selari dengan sunnatullah yang patut kita pelajari. Belajarlah dengan pakar fesyen untuk ketahui sesuai dengan diri kita. Meletakkan ajaran personaliti mengikut bulan kelahiran adalah bukan dari ajaran psikologi. Beliau juga pertikai kenapa tidak mengunakan kalendar berasaskan peredaran bulan. Beliau juga menerangkan juga motivater tersebut menerangkan warna aura itu lebih terpengaruh dengan gaya pemikiran sympathetic magic bukan pada pemikiran saintifik dan juga bukan pemikiran agama. untuk baca kritikan penuh ulasan di mukabuku beliau. Warna Aura Mengikut Bulan Kelahiran Pencanggahan Aura Warna Dengan Islam Di dalam islam, tiada pengkelasan kriteria seseorang itu berdasarkan warna lagi-lagi mengaitkan dengan bulan kelahiran. Bila melibatkan bulan kelahiran ini boleh dikatakan berkaitan dengan ilmu metafizik. Untuk pengetahuan anda, ilmu metafizik adalah satu ilmu dikaitakan dengan alam dan ia bersifat realiti yang wujud dan rasa.
Secara khusunya, ilmu metafizik akan membahas tentang benda-benda ghaibiyyat dan alam tabie. Maka ia membawa dengan ramalan karakter seseorang yang tiada asas dalam agama. Amalan meramal sangat dilarang di dalam islam.
Masa depan seseorang adalah termasuk dalam hal ghaib yang tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah SWT. Firman Allah SWT:
قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”. (Surah al-A’raf: 188)
Dan juga admin amat risau perbuatan tersebut menghampiri amaran Nabi SAW dalam sabdanya:
مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad” (Riwayat Ahmad, no. 406)
Menurut Imam al-Nawawi: “Adapun maksud tidak diterima solatnya adalah orang tersebut tidak mendapatkan pahala. Namun solat yang ia lakukan tetap dianggap dapat menggugurkan kewajiban solatnya dan dia tidak perlu untuk mengulangi solatnya.” (Lihat Syarh Shahih Muslim, 14/227)
Rumusan Ringkas Berkaitan Warna Aura Berdasarkan Bulan Kelahiran Kami cenderung untuk menyatakan bahawa mempercayai ramalan, sifat seseorang melalui tarikh/bulan atau melibatkan nombor tertentu melalui ilmu numerologi adalah berdosa di sisi Islam. Begitu juga tidak ada nombor-nombor dan warna-warna tertentu yang memberi aura berbeza sebagaimana yang dinyatakan oleh segelintir masyarakat kita dalam program-program motivasi.
Warna Aura Mengikut Bulan Kelahiran Dalam masa yang sama, larangan ini juga dimasukkan dalam Garis Panduan Program Motivasi Berunsur Islam yang dikeluarkan oleh  JAKIM iaitu: Tidak menggunakan apa jua bentuk atau kaedah yang mempunyai unsur-unsur meramal nasib atau masa hadapan seperti kaedah numerologi, rahsia tarikh lahir, matrix code, rahsia abjad, rahsia tahi lalat,rahsia tulisan tangan, ilmu astrologi dan seumpama dengannya.
Sumber : Mufti Wilayah Perseketuan.
Info Tentang Gerakan Zaman Baru ( New Age Movement ) Gerakan New age movement adalah bersumberkan kepada pelbagai agama yang wujud di dunia antaranya hindu, buddha, falsafah yunani,yahudi, mesir kuno. Menurut Dr fouz pemahaman ini masuk pada akhir abad pertama hijrah dan pada abad ke-2 seiring dengan bertambahnya penganut Islam dan terpengaruh dengan terjemahan ajaran falsafah yunani.
Disebabkan masukknyaa pelbagai ilmu yunani ke dalam islam timbul kelompok yang melampau dalam bentuk tasawwuf, syiah ekstrem, golongan batiniyyah dan banyak lagi. Pada abad ke -19 new age movement telah terbentuk secara tersusun dan digerakkan kepada 4 gerakkan utama iaitu Transcendentalism, New thought, Spiritualism dan Theosopical Society.
Kini NAM terus meyelusup masuk ke dalam pemikiran umat islam melalui buku, seminar motivasi dan lain-lain yang membawa kepada kejayaan, kebahagiaan dalam hidup melalui amalan rohani bersifat pro-agama dan sains walaupun hakikatnya adalah Pseudo sains ( sains palsu).
Kini ajaran New Age Movement dibawa dalam masyarakat oleh golongan motivator, dan ada juga golongan bergelar ustaz ustazah yang terjebak mempromosi ajaran ini, kerana jahil dan keliru mengenai hakikat sebenar New Age Movement.
Antara ajaran New Age Movement yang popular dan disebarkan dalam masyarakat:
Law of Attraction @ Hukum Tarikan @ Feeling is Prayer @ Rahasia Magnet Rezeki. Aura dan Chakra. Tensor Ring. Astral Projection @ Meraga Sukma. Numerologi @ Nombor Metafizik @ Rahsia Tarikh Lahir @ Psiko Matrixologi. Neuro Linguistic Programming (NLP). Channeling, Mediator @ Menurun. Astrologi Zodiak. Bibliomancy @ Metode Garpu Tala. Reiki. Meditasi dan Yoga. Reinkarnasi. Golongan pembawa ajaran berunsur New Age Movement terkadang tidak menggunakan nama asal di atas. Mereka memberikan nama baru, dengan isi yang diubah suai sedikit dan menggunakan perkataan yang kedengaran Islamik untuk menarik perhatian orang ramai. Sumber rujukan : Tipu Daya New Age Movement


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/11/warna-aura-mengikut-bulan-kelahiran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berkhitan Atau Berkhatan Hukum Dan Hikmahnya Dalam Islam

Berkhitan Atau Berkhatan Hukum Dan Hikmahnya Dalam Islam

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 315 hits
Berkhitan atau khatan dalam bahasa Melayu adalah amalan penting dalam agama Islam yang melibatkan pemotongan kulit yang menutupi kepala zakar lelaki dan sedikit pemotongan kulit klitoris pada wanita Ia juga dikenali sebagai sunat atau dalam...
Sasaran Pelanggan Perniagaan Setiap Bulan Berubah Mengikut Permintaan

Sasaran Pelanggan Perniagaan Setiap Bulan Berubah Mengikut Permintaan

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 328 hits
Setiap bulan saya memiliki sasaran pelanggan perniagaan yang berbeza Bulan Oktober 2023 saya menerima tempahan artikel SEO daripada pelanggan yang memfokuskan kepada niche perkhidmatan Agak mencabar kali ini kerana ini adalah pertama kali m...
Betul Atau Tidak Ile Le Jawab

Betul Atau Tidak Ile Le Jawab

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 229 hits
Owh wow Surat daripada PM7 Mahathir kepada Menteri Dalam Negeri ketika itu Mahiaddin yang kini merupakan Pengerusi PN Ada beberapa perkara yang menarik perhatian aku di sini Pertama Mahathir yang mencadangkan agar Tamil Tigers tak lagi dian...
15 Idea Sukaneka Untuk Hari Sukan Team Building Atau Family Day

15 Idea Sukaneka Untuk Hari Sukan Team Building Atau Family Day

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 384 hits
Assalamualaikum Ada yang kurang idea untuk menjalankan hari sukan di sekolah mahupun program Family Day atau Team Building Apa kata korang selitkan aktiviti sukaneka seperti di bawah Sebelum tu jom tengok antara contoh itinerary aturcara pr...
Tahniah Pdrm Elok La Mamat Yang Buat Ugutan Carinkerja Lain Atau Kenpalestine Berjihat

Tahniah Pdrm Elok La Mamat Yang Buat Ugutan Carinkerja Lain Atau Kenpalestine Berjihat

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 197 hits
Jamzuri ArdaniSyabas PDRM cepat bertindak Ini adalah satu peringatan kepada yang lain kebebasan bersuara adalah hak rakyat yang di jamin tapi bukan dengan memfitnah dan mengugut Boleh provoke lagi kata jaga balai
Ketum Dari Perspektif Sains Kimia Antara Ketagihan Atau Rawatan Alternatif

Ketum Dari Perspektif Sains Kimia Antara Ketagihan Atau Rawatan Alternatif

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 363 hits
Oleh ChM Dzulfadli Rosli Pegawai Penyelidik Kanan Institut Fatwa dan Halal Universiti Sains Islam Malaysia Apabila disebut ketum secara tidak langsung kita akan mengaitkannya dengan isu air daun ketum yang disalah guna untuk ketagihan Isu i...
Jenderal Agus Subiyanto Ungkap Sosok Wakasad Bisa Pangdam Atau Tni Bintang 3

Jenderal Agus Subiyanto Ungkap Sosok Wakasad Bisa Pangdam Atau Tni Bintang 3

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 191 hits
Posisi Wakil Kasad kosong setelah Jenderal Agus Subiyanto diangkat menjadi Kasad
Plate Ff Telah Habis Dijual Atau

Plate Ff Telah Habis Dijual Atau

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 199 hits
Seperti yang saya jangka plate FF telah habis dijual Sebenarnya dah boleh nampak perkara ni berlaku Masa sesi bidaan FF lain macam intensenya lain macam stressnya dalam hati saya cakap FF ni memang legend Secara tidak rasminya FF telah habi...
Madu Atau Racun

Madu Atau Racun

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 119 hits
Semalam KJ pertahankan dirinya melalui podcast Keluar Sekejap mengenai skandal V Gate Katanya Ventilator order ala Shoppee bukan masa zaman dia dilakukan pada zaman Menteri sebelumnya Vaksin pula dia ulas panjang Katanya negara ini bazir 10...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord