Sasaran Pelanggan Perniagaan Setiap Bulan Berubah Mengikut Permintaan
Setiap bulan saya memiliki sasaran pelanggan perniagaan yang berbeza. Bulan Oktober 2023, saya menerima tempahan artikel SEO daripada pelanggan yang memfokuskan kepada niche perkhidmatan. Agak mencabar kali ini, kerana ini adalah pertama kali menerima niche begini. Kerana selalunya, saya menerima tempahan artikel SEO dari pelanggan niche kesihatan, pelancongan, dan islamik. Walau bagaimanapun saya menyahut cabaran tersebut dengan jayanya. Syukur! asbab Allah belaka.
Siapa pelanggan artikel SEO?
1. Pemilik website 2. Peniaga produk 3. Peniaga servis dan kedai
Maksud SEO dan kepentingan artikel SEO kepada Pelanggan .
sedang menyiapkan artikel SEO pelanggan
Job Artikel SEO Niche perniagaan
Bulan Oktober adalah bulan di mana saya perlu mengulangi kembali subjek perdagangan di Sekolah Menengah. Masya Allah! tabarakallah. Sungguh, Allah hantarkan rezeki sesuai dengan pengalaman dan kemahiran yang saya miliki sahaja.
Sungguh, minda saya pun sudah berkarat sebenarnya dalam niche perniagaan. Maklumlah, majoriti artikel yang ditulis saya adalah niche kesihatan sahaja selaku sebagai Content Writer di salah sebuah syarikat.
Namun, masih bersisa keseronokan lain sewaktu saya menyiapkan 6 buah artikel SEO pelanggan. Menyiapkan tugasan artikel pelanggan kali ini, membuatkan saya kembali menjadi pelajar sekolah menengah di tingkatan 4. Itu yang seronok!
Tidak di nafikan lagi, niche perniagaan adalah niche berat, jadi sesuai dengan kadar caj RM 300 untuk satu artikel SEO tersebut. Tambahan lagi, saya perlu optimize di website pelanggan. Fuh! ingat mudah ke apabila perlu bermain teknikal ni.
Cabaran yang membuatkan emosi saya turun naik apabila, saya sedang siapkan artikel SEO, boleh pula pelanggan meminta saya menukar kepada website kedua. Ya Allah, masa ni emosi turun naik. Bukan mudah untuk optimize di website ok. Dengan salah faham tersebut daripada pihak pelanggan, telah merugikan masa saya sebagai penulis. Perjanjian tersebut telah menjadi panjang.
Teringat sewaktu Cikgu Puan Saadiah mengajar ketika itu. Antara subjek yang saya ingati adalah Milikan Tunggal dan Perkongsian. Pengalaman ini saya ceritakan dalam Buku Unseen Writer. Dan daripada sini moment saya berminat dengan dunia bisnes. Semoga Puan Saadiah dalam lindungan Allah SWT selalu.
Job sampingan sebagai Content Writer Web
Jika anda nak tahu, ada yang memanggilnya dengan gelaran SEO Writer juga.
Seperti sebelum ini saya ceritakan, selain menjadi Content Writer. Saya juga mengambil job tambahan iaitu menulis artikel SEO pelanggan. Ada limit juga, kerana job tetap saya perlu menyiapkan 10 artikel secara bulanan kepada pelanggan niche kesihatan.
Jadi, ghostwriting sampingan hanya boleh selitkan 10 artikel tambahan pada setiap bulan. Lain-lain jika ada permintaan tambahan, saya akan berkongsi rezeki kepada mereka yang pernah mendaftar di bawah Kelas Basic SEO yang dikendalikan oleh saya sendiri.
Cara jadi Ghost Writer
Sering kali saya mendapat pertanyaan, bagaimana cara nak jadi Ghostwriter? macam mana nak bermula sebagai penulis upahan? dan paling popular soalannya adalah di mana lubuk ghostwriting yang tepat? macam mana nak kekalkan mood sebagai Ghostwriter? saya tidak tahu kecenderungan kearah penulis apa?
Ya. Pada permulaannya, saya pun mempunyai persamaan seperti pertanyaan diatas. Namun, setelah memasuki pelbagai kelas dan belajar daripada study case. Alhamdulillah, sudah nampak jalan yang jelas hala tuju sebagai Ghostwriter.
Saya sarankan kepada anda yang mahu pelajari dunia Ghostwriter. Dapatkan segera buku fizikal Unseen Writer. Buku ini menampilkan kisah benar daripada 12 penulis upahan atau Ghostwriter. Turut berkongsi pengalaman mahal mereka dan juga panduan mereka menguruskan job sebagai individu yang mengambil upah sebagai Ghostwriter.
Dalam buku ini menampilkan penulis yang mempunyai niche penulisan dalam bidang Penulis Biografi, Penulis Konten Media Sosial, Penulis Copywriting / Storytelling, Designer, Penulis Artikel Berstrategi, Pengurus Media Sosial, dan Penulis Manuskrip Buku. Semuanya menulis bagi pihak pelanggan tanpa namanya dikreditkan pada mana-mana kulit buku dan platform.
Jika anda tidak tahu dimana mahu bermula, saya sarankan miliki buku Unseen Writer dahulu. Apabila sudah nampak jalan, saya pasti mudah untuk anda mengorak langkah seterusya.
Unseen Writer pada harga RM 49 Tidak termasuk postage : Beli Sekarang
Secara kesimpulannya, sasaran pelanggan perniagaan saya sentiasa berubah-ubah mengikut permintaan semasa dalam dunia Ghostwriter. Selain permintaan menulis artikel SEO, sering kali menerima tempahan tetap konten daripada syarikat advertising sejak tahun 2020.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/2023/11/sasaran-pelanggan-perniagaan-ghostwriting.html