Warkah Presiden Pas Kpd Gerakan2 Islam Spt Tulisan Blogger2 Umno Sahaja
*Warkah Presiden PAS kpd Gerakan2 Islam Spt Tulisan Blogger2 UMNO Sahaja*
Tulang Besi membaca warkah Haji Hadi serta terjemahannya dengan teliti. Sesiapa yang mahu membacanya boleh merujuk kepada posting original dari FB Friends of Harapan Jordan yakni yg pertama-tama mendedahkan warqah tersebut di bawah.
Bagi Tulang Besi, cara pengolahan surat tersebut membuat kita merasakan kita sedang membaca tulisan2 Blogger UMNO seperti Papagomo dan Parpukari satu masa dahulu.
Antara hujjah2 Haji Hadi yang boleh dikutip dari terjemahan surat tersebut adalah (hujjah Hai Hadi dalam bentuk Italic:
1) Anwar Ibrahim agen Freemason
*JAWAPAN TULANG BESI*: Tuduhan ini sejak tahun 2013 lagi yang datang dari Blogger2 UMNO. Ia kemudiannya dipopularkan oleh Ibrahim Ali dan tidak sangka Haji Hadi akan merendahkan taraf beliau ke tahap Papagomo dan Parpukari.
2) Dan PAS menolak kerjasama dengan kumpulan Anwar Ibrahim kerana tidak yakin dengan karakter peribadi dan akhlaknya serta pendirian politik pragmatiknya yang berbahaya.
*JAWAPAN TULANG BESI*: Menghairankan Haji Hadi menaikkan isu akhlak sedangkan Haji Hadi boleh redha dengan amalan Semburit Azmin Ali serta mempertahankan video Seks Mustafa Ali satu masa dahulu.
Agaknya Haji Hadi boleh terima akhlak buruk seseorang sekiranya seseorang itu ada video warna warni yang jelas lagi terang macam video Mustafa Ali dan video Sandakan tu
Namun, kalau setakat tuduhan dalam mahkamah yang tiada asas dan penuh dgn percanggahan maka Haji Hadi menolak dan otomatik menuduh orang itu bersalah
3) Haji Hadi dengan panjaang lebar memuji Dr Mahathir dalam surat tersebut manakala mengutuk Amanah, Anwar Ibrahim dan DAP (terlampau panjang untuk dinaqal)
*JAWAPAN TULANG BESI*: Kalau benarlah begitu, mengapa wakil2 PAS menyokong Muhyiddin dan tidak Dr Mahathir pada 23 Februari 2020 di harapan Yang Dipertuan Agung?
Dengan kata lain, segala pujian pada Dr Mahathir ini adalah bohong dan tipu semata-mata. Umpama ular tedung yg menyembunyikan sayapnya sebelum mematuk mangsanya.
Sia sia memuji Dr Mahathir selepas PAS dan Haji Hadi mengkhianati Dr Mahathir
4) Haji Hadi menuduh Kedutaan Amerika cuba menyakinkan PAS untuk menyokong Anwar Ibrahim di dalam menjatuhkan Dr Mahahtir ( "khasnya delegasi Amerika yang mengajak PAS untuk menyertai Pakatan Harapan dan membantu Anwar Ibrahim menumbangkan Tun Mahathir.")
JAWAPAN TULANG BESI: Ini jawapan yang agak pelik dan hairan. Ia juga tuduhan yang amat berat dan seharusnya Kedutaan Amerika mengambil tindakan yang tegas dalam isu ini.
Jadinya kita cabar Haji Hadi untuk mengemukakan bukti dalam bentuk rakaman ataupun pengakuan bertulis untuk menyokong tuduhan ini
Bukan sekadar PH yang difitnah tetapi Kedutaan Amerika pun Haji Hadi nak fitnah ke
5) berlaku usaha dalaman untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri oleh DAP, PKR dan AMANAH bagi mengetepikan Tun Mahathir, dengan sokongan Amerika Syarikat, Eropah, Singapura, Zionis dan juga Freemason.
JAWAPAN TULANG BESI: Samada Haji Hadi buta huruf ataupun selama ni Haji Hadi duduk bawah tempurung.
Perjanjian utk pertukaran Perdana Menteri dari Mahathir ke Anwar Ibrahim adalah perjanjian yang dipersejutui semua parti2 dalam Pakatan Harapan sebelum PRu14. Perjanjian ini secara bertulis dan bukannya hanya sekadar cakap-cakap mulut sahaja seperti yg didakwa oleh Haji Hadi
Ia bukan usaha mengguling mahupun menjatuhkan Dr Mahathir.
Ini pembohongan kelas paling bawah taraf Papagomo sahaja yang diamalkan oleh Presiden PAS
6) Kemudian PAS mula bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk satu perpaduan atas kemaslahatan agama dan negara. Lalu kerjasama perpaduan ini menghasilkan sebuah persepakatan yang dinamakan sebagai Muafakat Nasional dalam blok pembangkang.
JAWAPAN TULANG BESI: Apa yang Haji Hadi tipu dalam kenyataan ini adalah dia tidak menyebut bahawa PAS telah sanggup membuang ajaran Islam yg tidak mengenal warna kulit dan ras dengan fahaman UMNO yang bersifat perkauman sempit dan membenci sesama kaum di Malaysia.
Orang Cina dan India dijadikan musuh semata-mata warna kulit dan agama mereka hanya kerana mereka tidak lagi menyokong Barisan Nasional serta menolak PAS mentah mentah dalam PRU lepas
Juga tidak dicerita oleh Haji Hadi adalah mereka telah berjumpa dengan UMNO dalam gelap sejak tahun 2008 lagi
Selama lebih 11 tahun Haji Hadi telah menipu dan berbohong kepada ahli2 PAS menafikan kerjasama UMNO dalam gelap oleh Haji Hadi dan kuncu-kuncunya
Selama lebih 11 tahun Haji Hadi menafikan apa2 kerjasama dengan UMNO.
KESIMPULAN: Dan banyak lagi penipuan2 taraf blogger UMNO yang dimasukkan dalam surat tersebut oleh Presiden PAS.
Presiden PAS tidak lebih seorang Blogger UMNO menyampaikan cerita karut dan bohong kepada Gerakan2 Islam di Timur Tengah.
Semoga Allah SWT membalas Haji Hadi dan penyokong2 beliau
AMIN!!
*TULANG BESI*
RUJUKAN: Surat Haji Hadi serta terjemahannya
https://www.facebook.com/HARAPANJordan9/posts/718824538924042?__tn__=K-R
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.malaysiawaves.net/2020/04/warkah-presiden-pas-kpd-gerakan2-islam.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+malaysiawaves%2FzpEb+%28Malaysia+Waves%29