Warisan Kambing Hitam Ph Kata Ahli Akademik


 
Durie Rainer Fong -December 4, 2020 Seorang ahli akademik dari Sabah bersetuju bahawa Pakatan Harapan cuba menjadikan Warisan kambing hitam atas kegagalannya menolak Belanjawan 2021. (Gambar Bernama)KOTA KINABALU: Seorang ahli akademik menuduh Pakatan Harapan (PH) menjadikan Warisan kambing hitam atas kegagalannya dalam undi belah bahagi terhadap Belanjawan 2021.
Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata, Warisan bukanlah satu-satunya parti yang berbeza sikap dengan pembangkang berhubung belanjawan.
Beliau mengulas kritikan terhadap Warisan kerana ketidakhadiran Ahli Parlimennya Isnin lepas apabila anggaran belanjawan bagi Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan diluluskan.
Lee bersetuju dengan Bendahari Agung Warisan Terrence Siambun bahawa tiada gunanya parti itu mengundi kerana lapan Ahli Parlimennya tidak akan mengubah keputusan pengundian di Dewan Rakyat.
“Bilangan undi biasanya sebanyak 106, 107 atau 108 di pihak kerajaan dan 95 pembangkang,” katanya kepada FMT.
“Dengan majoriti tipis dua kerusi di pihak Perikatan Nasional (PN), semua undi penting, tetapi insiden lepas menunjukkan terdapat Ahli Parlimen pembangkang, selain Warisan, yang juga tidak mengundi.
“DAP misalnya tidak berdiri untuk menolak belanjawan di peringkat dasar Khamis lepas.
“Jadi saya fikir mereka mahu menjadikan Warisan kambing hitam.”
Whip Warisan, Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli baru-baru ini mengakui ketidakhadiran wakil parti itu dalam beberapa pengundian belanjawan merupakan langkah yang disengajakan bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin PH Anwar Ibrahim.
Ini menyebabkan Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah Razeef Rakimin membidas Rozman yang disifatkan memberi alasan kebudak-budakan.
Bekas pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau berkata, Ahli Parlimen Warisan mengecewakan pembayar cukai.
Bagaimanapun DAP Sabah mempertahankan Warisan dengan ketua publisitinya Phoong Jin Zhe mengkritik Boo kerana merosakkan hubungan antara dua parti itu di Sabah.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memberitahu Warisan supaya menyediakan penjelasan sekiranya orang ramai bertanya sama ada ia membantu Perikatan Nasional supaya kekal berkuasa.
Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking menafikan parti itu bekerjasama dengan PN atau Barisan Nasional (BN).
Awang Azman Pawi.Mengulas pertikaian itu, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, perbezaan pandangan dalam mana-mana parti politik merupakan gambaran demokrasi.
“Kepelbagaian suara harus diraikan bagi menghalang kemunculan diktator atau sistem kepimpinan autokratik,” katanya selain menambah bahawa wujud juga perbalahan dalam PN.
Bridget Welsh.Bagaimanapun Bridget Welsh dari Universiti Nottingham (Malaysia) berkata, pembangkang tidak seharusnya mendedahkan masalah mereka secara terbuka.
“PH Plus perlu belajar bagaimana untuk menyembunyikan perbezaan mereka di dalam, bukannya mendedahkannya kepada umum,” katanya.
“Ia nampak kebudak-budakan dan menghakis kepercayaan orang ramai. Ia perbuatan merosakkan diri sendiri.”
Lee bersetuju dengan Welsh dengan berkata, tiada keperluan bagi DAP atau PKR meluahkan rasa tidak puas hati mereka melalui media.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/12/warisan-kambing-hitam-ph-kata-ahli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Dah Kalah Kata Ahli Mt Umno

Anwar Dah Kalah Kata Ahli Mt Umno

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 593 hits
Pemimpin Pakatan Harapan memulakan strategi 27 0 merujuk kepada kesediaan untuk mencabar belanjawan semua kementerian dengan menggunakan undi belah bahagi walaupun ini bermakna mereka akan kalah kesemuanya more Ini dilakukan selepas kegagal...
Ahli Parlimen Dengan Sokongan Majoriti Boleh Kemuka Sd Kepada Agong Kata Takiyuddin

Ahli Parlimen Dengan Sokongan Majoriti Boleh Kemuka Sd Kepada Agong Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 482 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata tiada halangan terhadap ahli politik yang mahu menyokong mana mana Ahli Parlimen yang memiliki sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri Beliau berkata mana mana Ahli Parlim...
Belanjawan Beri Kelegaan Buat Golongan Rentan Kata Ahli Ekonomi

Belanjawan Beri Kelegaan Buat Golongan Rentan Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 240 hits
Profesor Ekonomi Kajian Perniagaan Universiti Sunway Dr Yeah Kim Leng berkata kerajaan seharusnya mempunyai satu pangkalan data yang komprehensif mengenai kumpulan yang memerlukan dan kurang bernasib baik KUALA LUMPUR Bantuan secara langsun...
Ahli Politik Antara Pengantara Dalam Pengambilan Pekerja Asing Kata Ahli Parlimen

Ahli Politik Antara Pengantara Dalam Pengambilan Pekerja Asing Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 266 hits
KUALA LUMPUR Seorang Ahli Parlimen pembangkang mendakwa beberapa ahli politik terlibat sebagai pengantara untuk membawa masuk pekerja asing dengan kelulusan khas Memetik laporan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara ke atas isu itu baru baru i...
Ahli Parlimen Pembangkang Keliru Dengan Undi Belanjawan Kata Baru

Ahli Parlimen Pembangkang Keliru Dengan Undi Belanjawan Kata Baru

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 324 hits
KUCHING Ahli Parlimen Selangau Baru Bian berkata kekeliruan dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang menyebabkan Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar semalam Ahli Parlimen dari Parti Sarawak Bersatu itu yang dipercayai seorang dari...
Ukhwah Bn Kukuh Kekal Relevan Kata Hishammuddin

Ukhwah Bn Kukuh Kekal Relevan Kata Hishammuddin

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 612 hits
KUALA LUMPUR Bendahari Barisan Nasional Hishammuddin Hussein berkata ukhwah parti gabungan itu masih kukuh dan membuktikan ia masih relevan Apa dibincangkan di peringkat BN bukan saja secara biasa tetapi memandangkan landskap politik beruba...
Surat Ku Li Bukan Agenda Bn Kata Annuar

Surat Ku Li Bukan Agenda Bn Kata Annuar

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 522 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Surat oleh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah yang mempersoalkan keabsahan kerajaan Muhyiddin Yassin kepada Speaker Dewan Rakyat tidak akan dibincangkan pada mesyuarat Barisan Nasional malam ini Setiausaha Agung...
Senarai Syarikat Produk Jenama Popular Pro Israel

Sejarah Dan Asal Usul Flotilla Ke Gaza

Why Are Sweet Potatoes Considered So Healthy When They Are Extremely Sweet

Hidup Di Dunia Dengan Nafas Akhirat

12 Biodata Finalis Dewi Remaja 2025 Menyambut 40 Tahun Legasi Gemilang

Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ppim 03 10 2025

Lirik Lagu Hael Husaini Nadeera Peluk

If You Love Two People At The Same Time Choose The Second Because


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Dagang Cinta Hati Orang Terengganu

Best Dinner Recipes Good

Signing Up For An Account Texas88 Login Trusted

Cara Nak Sertai Daftar Sumud Flotilla Ke Gaza

Siapa Greta Thunberg

Usia Muda Kemanakah Arah Kita