Belanjawan Beri Kelegaan Buat Golongan Rentan Kata Ahli Ekonomi


BernamaProfesor Ekonomi Kajian Perniagaan Universiti Sunway Dr Yeah Kim Leng berkata kerajaan seharusnya mempunyai satu pangkalan data yang komprehensif, mengenai kumpulan yang memerlukan dan kurang bernasib baik.KUALA LUMPUR: Bantuan secara langsung dan tidak langsung kepada golongan rentan dalam Belanjawan 2021, akan memberikan kelegaan mencukupi untuk mereka meneruskan kehidupan dalam ketidaktentuan ekonomi, akibat pandemik Covid-19 tahun depan.
Profesor Ekonomi Kajian Perniagaan Universiti Sunway Dr Yeah Kim Leng berkata, langkah-langkah yang dirancangkan termasuk bantuan wang tunai di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), bantuan kewangan untuk golongan kurang upaya dan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar B40, tentunya akan meringankan impak terhadap ketidakpastian kedudukan kewangan.
“(Di bawah belanjawan 2021) Terdapat juga insentif dan subsidi upah, program peningkatan dan penambahan kemahiran, dan beberapa langkah perlindungan sosial lain.
“Kesemua langkah ini akan memberikan penerima, kelegaan mencukupi untuk tahun 2021, jika ekonomi gagal pulih,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Yeah Kim LengKetika membentangkan Belanjawan 2021 pada 6 Nov, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peruntukan RM6.5 billion untuk BPR yang akan dimanfaatkan 8.1 juta orang dan peruntukan RM2.2 billion bagi membantu golongan kurang upaya.
Tengku Zafrul juga mengumumkan yang kerajaan akan mempertingkatkan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar, yang akan termasuk pilihan pembayaran semula untuk B40, M40 dan perusahaan mikro-IKS.
Menurut Yeah, adalah penting bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mencari mereka yang terjejas teruk akibat krisis Covid-19, tetapi atas sebab-sebab tertentu gagal untuk menerima bantuan.
Beliau berkata, menerusi pengumpulan data dan program pemberian wang tunai yang banyak dilakukan sejak sekian lama, kerajaan seharusnya mempunyai satu pangkalan data yang komprehensif, mengenai kumpulan yang memerlukan dan kurang bernasib baik.
“Satu jangka masa yang terbuka dan mudah diakses untuk mendaftarkan penerima baru perlu disediakan bagi memasukkan mereka yang tertinggal dan golongan yang kedudukan kewangan mereka yang tanpa disedari bertambah buruk tahun hadapan,” katanya.
Yeah juga menambah, bantuan kewangan tambahan kepada isi rumah berpendapatan rendah akan diperlukan, jika pandemik ini berterusan dan pemulihan ekonomi gagal untuk dilaksanakan pada separuh masa ke-2 tahun depan.
Selain daripada kumpulan rentan dan B40, Belanjawan 2021 juga menyenaraikan beberapa insentif untuk barisan depan Kementerian Kesihatan (KKM), sebagai penghargaan kepada perkhidmatan mereka, termasuk pembayaran ‘one-off’ RM500 dan penerusan elaun bulanan RM600 sehingga pandemik ini dapat diatasi.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr Subramaniam Muniandy berkata, pembayaran ‘one-off’ itu akan dimanfaat kira-kira 100,000 barisan hadapan KKM, akan menjadi satu pendorong semangat untuk mereka.
Beliau berkata, ketika pengumuman itu tentunya akan meningkatkan semangat barisan hadapan, namun kerajaan juga perlu melihat kepada pegawai perubatan kontrak yang masih belum pasti mengenai masa hadapan mereka.
“Ketika pembayaran ‘one-off’ satu peningkat semangat, ia hanya sementara kerana mereka (pegawai kontrak) tidak pasti sama ada mereka masih mempunyai pekerjaan atau tidak di masa depan. Ramai dalam kalangan barisan hadapan berhadapan ketidaktentuan masa depan pekerjaan, kerana ramai daripada mereka adalah pekerja kontrak,” katanya.
Sementara itu Dr Subramaniam berkata, agak sukar untuk meletakkan satu jumlah dalam menangani pandemik dan RM1 billion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021 bagi menangani Covid-19 mungkin satu jumlah yang mencukupi, tetapi tiada satu kepastian mengenainya.
“Sepatutnya ada ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam perbelanjaan peruntukan ini, dengan penggunaan satu sistem tender dan proses perolehan, bagi memastikan kawalan kepada belanjawan itu dan mengelakkan sebarang pembaziran,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/belanjawan-beri-kelegaan-buat-golongan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Pembangkang Keliru Dengan Undi Belanjawan Kata Baru

Ahli Parlimen Pembangkang Keliru Dengan Undi Belanjawan Kata Baru

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 255 hits
KUCHING Ahli Parlimen Selangau Baru Bian berkata kekeliruan dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang menyebabkan Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar semalam Ahli Parlimen dari Parti Sarawak Bersatu itu yang dipercayai seorang dari...
Ahli Parlimen Di Gesa Ketepikan Perbezaan Capai Kata Sepakat Lulus Belanjawan 2021

Ahli Parlimen Di Gesa Ketepikan Perbezaan Capai Kata Sepakat Lulus Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 277 hits
nbsp KUALA LUMPUR Para pemerhati menggesa ahli Parlimen untuk mengetepikan perbezaan mereka dan mencapai kata sepakat untuk meluluskan cadangan Belanjawan 2021 pada sesi pengundian di Parlimen yang dijangka pada 25 November ini nbsp Penguru...
Kerajaan Pn Terdesak Sangat Takut Kalah Undi Belanjawan 2021 Kata Tokoh Wartawan

Kerajaan Pn Terdesak Sangat Takut Kalah Undi Belanjawan 2021 Kata Tokoh Wartawan

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 296 hits
November 26 2020 Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin menyifatkan tindakan media kerajaan menggunakan van kerajaan untuk menghebahkan kebaikan Belanjawan 2021 menampakkan kerajaan terlalu terdesak dan takut ia ditolak di Dewan Rakyat hari ini...
Isu Jasa Dan Belanjawan 2021 Masih Bebas Di Bahaskan Oleh Ahli Parlimen Pembangkang

Isu Jasa Dan Belanjawan 2021 Masih Bebas Di Bahaskan Oleh Ahli Parlimen Pembangkang

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 353 hits
ALOR SETAR Isu menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas dan Belanjawan 2021 masih bebas untuk dibahaskan oleh Ahli Parlimen pembangkang mahupun kerajaan pada persidangan Dewan Rakyat sehingga 15 Disember depan Menteri di Jabatan Perdana M...
Kenyataan Rela Mati Dalam Gelanggang Politik Bukti Shafie Angkuh Ketepi Rakyat Kata Ahli Parlimen Kimanis

Kenyataan Rela Mati Dalam Gelanggang Politik Bukti Shafie Angkuh Ketepi Rakyat Kata Ahli Parlimen Kimanis

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 362 hits
Seorang ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah menyifatkan Shafie Apdal sebagai ahli politik yang angkuh dan tidak mempedulikan kebajikan rakyat Ahli Parlimen Kimanis Mohamad Alamin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Shafie di De...
Kkm Harap Ahli Parlimen Membuat Keputusan Bijaksana Pada Pengundian Belanjawan 2021

Kkm Harap Ahli Parlimen Membuat Keputusan Bijaksana Pada Pengundian Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 316 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia berharap Ahli ahli Parlimen yang dijangka mengundi bagi kelulusan Belanjawan 2021 hari ini akan melakukannya dengan baik dan penuh kebijaksanaan bagi kebaikan rakyat dan negara kata Ketua Pengarah Ke...
Belanjawan 2021 Tak Mampu Bantu Kami Kata Persatuan Pelancongan Sabah

Belanjawan 2021 Tak Mampu Bantu Kami Kata Persatuan Pelancongan Sabah

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 241 hits
Persatuan Pelancongan Sabah menjangkakan banyak pusat pelancongan mungkin ditutup jika kerajaan tidak mengkaji semula Belanjawan 2021 dan menambah peruntukan untuk industri itu KOTA KINABALU Persatuan Pelancongan Sabah yang kecewa dengan Be...
Hanya Belanjawan Perpaduan Berjaya Atasi Krisis Dalam Negara Kata Dap

Hanya Belanjawan Perpaduan Berjaya Atasi Krisis Dalam Negara Kata Dap

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 355 hits
November 8 2020 Kerajaan terlepas peluang untuk Belanjawan Perpaduan dengan belanjawan yang tidak memenuhi enam cadangan utama Pakatan Harapan dan unjuran yang tidak realistik demikian menurut DAP Setiausaha Agung Lim Guan Eng berkata langk...
Jangan Rai Terlalu Awal Belanjawan Boleh Ditolak Peringkat Jawatankuasa Kata Anwar

Jangan Rai Terlalu Awal Belanjawan Boleh Ditolak Peringkat Jawatankuasa Kata Anwar

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 275 hits
November 26 2020 PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengingatkan Ahli Parlimen pemerintah supaya jangan meraikan kemenangan terlalu awal kerana Belanjawan 2021 masih boleh ditolak di peringkat jawatankuasa walaupun lulus di perin...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti