Warganet Tak Puas Hati Lantikan Penasihat Khas Pm Bazir Duit Rakyat


 Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
‘Menteri tiada fungsi, rakyat minta pantau harga barang pun susah’
BANGI – Orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati dengan perkembangan terbaharu dalam kerajaan, apabila dilaporkan seorang lagi Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dilantik dalam masa terdekat.
Menjelaskan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, Penasihat Khas dalam bidang kesihatan itu kini dalam proses lantikan.
Katanya, anggaran kos bulanan keseluruhan bagi setiap pejabat Penasihat Khas yang dilantik termasuk kos pegawai di pejabat itu adalah RM50,000.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia).
Manakala, Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga dilaporkan dilantik sebagai Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri.
Mengecam pelantikan terlalu banyak Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, salah seorang pengguna laman Facebook, Ayiee Lee berkata, tindakan itu umpama satu pembaziran duit rakyat.
“Membazir duit rakyat bayar gaji mereka ni berpuluh ribu tiap bulan. Kami nak duit Kumpulsn Simpanan Wang Pekerja (KWSP) sendiri RM10,000 ‘one off’ pun tak lulus lagi,” katanya.
Seorang lagi pengguna Facebook, Norazlina Darus berkata, pelantikan terlalu ramai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri seolah-olah menunjukkan bahawa pemimpin tidak cekap melakukan tugasnya.
“Ramai-ramai penasihat nampak macam reti buat kerja pula,” katanya.
Muhamad Shafiq yang kesal dengan situasi semasa juga meminta kerajaan untuk memikirkan keadaan ekonomi rakyat yang memerlukan.
“Jangan fikir penasihat sampai RM50,000 sebulan itu, tapi tolong fikir rakyat dahulu. Ya betul dengan keadaan sekarang perlukan kesihatan yang baik untuk semua, tetapi dalam masa sama rakyat perlu hidup juga.
“One off KWSP smpai ke sudah sunyi sepi saja walhal simpanan duit rakyat sendiri juga. Minta tolonglah fikir rakyat dahulu. Penasihat itu ya betul penting, tapi rakyat lagi penting,” katanya.
Selain itu, pengguna Facebook, Rasidi Bakar pula meluahkan rasa hairan melihat Malaysia, walaupun kecil tetapi antara negara yang paling banyak melantik menteri berbanding negara lain.
“Tak cukup dengan menteri-menteri sedia ada yang dilantik, dilantik lagi penasihat-penasihat peribadi. Dah ada menteri agama, dilantik lagi penasihat agama, dah ada menteri kesihatan dilantik nak lagi penasihat kesihatan.
“Nampaknya setiap kementerian yang ada di Malaysia ini tak cukup dan perlu dilantik lagi penasihat kepada menteri dan juga Perdana Menteri,” katanya.
Turut berang dengan pelantikan tersebut, Moon Cherie kesal duit pembayar cukai ‘dihabiskan’ pada perkara sedemikian sedangkan hasil kerja tidak seberapa. 
“Gila betul perabihkan duit pembayar cukai. Duit setiap bulan masuk, kerja tak jalan. Menteri yang tiada fungsi. Rakyat minta pantau harga barang pun susah. Minta KWSP one off sampai sekarang krik-krik,” katanya.
Boni Adryena Audreyana pula berkata, antara sebab kenapa negara kecil seperti Singapura dan Brunei lebih makmur adalah kerana tiada ketirisan pada peringkat pengurusan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/warganet-tak-puas-hati-lantikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ringgit Jatuh Balik Ekonomi Makin Tenat Kaum Social Welfare Millionaire Jutawan Duit Rakyat Nak Jadi Penasihat Negara

Ringgit Jatuh Balik Ekonomi Makin Tenat Kaum Social Welfare Millionaire Jutawan Duit Rakyat Nak Jadi Penasihat Negara

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 273 hits
Here is today s USD Ringgit exchange rate The Ringgit is going south again Our currency is already weak and is weakening This means we will be importing even more inflation Here is yesterday s Morgan Stanley Composite Index for ASEAN countr...
Hiburan Puas Hati Dapat Warnakan Rambut Ammar Titan Berazam Nak Pasang Badan Macam Norman Hakim Pula

Hiburan Puas Hati Dapat Warnakan Rambut Ammar Titan Berazam Nak Pasang Badan Macam Norman Hakim Pula

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 316 hits
Gara gara bosan dengan imej lama pelawak khabarnya telah mengambil keputusan untuk mewarnakan rambutnya Ujar Ammar atau nama sebenarnya Azizul Ammar Abu Hassan 34 tindakannya mewarnakan rambut ternyata telah mengejutkan ahli keluarga serta ...
Mama Kata Bawalah Calon Menantu Dating Paling Sweet Seumur Hidup Anak Puas Hati Candle Light Dinner Pertama Dengan Ibu

Mama Kata Bawalah Calon Menantu Dating Paling Sweet Seumur Hidup Anak Puas Hati Candle Light Dinner Pertama Dengan Ibu

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 485 hits
SEBUT sahaja candle light dinner pasti terbayangkan makan malam romantis bersama pasangan sama ada kekasih suami atau isteri Bagi seorang pemuda momen istimewa itu diluangkan bersama ibu tersayang Makan malam turut diserikan dengan lagu har...
Kpdnhep Minta Pelanggan Tak Puas Hati Kailan Ikan Masin Rm18 Buat Aduan

Kpdnhep Minta Pelanggan Tak Puas Hati Kailan Ikan Masin Rm18 Buat Aduan

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 265 hits
Sejak semalam tular sekeping resit memaparkan harga lauk bagi menu ikan jenahak yang dijual dengan harga RM90 kailan ikan masin RM18 sayur campur RM9 serta ulam dan sambal RM5 Menerusi kiraan pelanggan tersebut dipercayai perlu membayar seb...
Tak Puas Hati Dengan Gaya Rambut Baru Peminat Demand Stylist Song Jihyo Ditukar

Tak Puas Hati Dengan Gaya Rambut Baru Peminat Demand Stylist Song Jihyo Ditukar

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 312 hits
Nampaknya memang betul jadi isu hot apabila Song Ji hyo tampil dengan gaya rambut baru Walaupun ada yang menyukainya namun ramai juga yang seperti membantah pilihan rambut tersebut sehingga menyalahkan jurugaya yang bertanggungjawab menggay...
Hiburan Anak Baru Seketul Acah Pro Netizen Tak Puas Hati Hanis Zalikha Sering Kongsi Tentang Anak

Hiburan Anak Baru Seketul Acah Pro Netizen Tak Puas Hati Hanis Zalikha Sering Kongsi Tentang Anak

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 333 hits
Rasanya ramai yang mengetahui selebriti terkenal Hanis Zalikha sering kali berkongsikan tips tips tentang kehidupannya sebagai ibu kepada dua orang cahaya mata di akaun Instagramnya Lagi lagi apabila sudah menimang dua cahaya mata iaitu Yus...
Anwar Desak Penjelasan Isu Tanah Najib Tak Puas Hati Juga

Anwar Desak Penjelasan Isu Tanah Najib Tak Puas Hati Juga

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 268 hits
AGENDA DAILY Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tidak berpuas hati berhubung isu pemberian hartanah RM100 juta kepada Datuk Seri Najib Razak dan mendesak penjelasan daripada kerajaan Di De...
Kerajaan Negeri Pahang Wujud Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat

Kerajaan Negeri Pahang Wujud Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 225 hits
KUANTAN Pahang mewujudkan Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat yang bertindak sebagai jawatankuasa khusus mempertimbangkan pemberimilikan tanah secara berperancangan di negeri ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Is...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm