Warganet Kecam Pm Semasa Umum Bubar Parlimen
agendaily.com10/10/2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini (10 Oktober 2022) membubarkan Parlimen ke-14 bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan dalam tempoh 60 hari.
Ramai warganet mengecam Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana membubarkan Parlimen ke-14, bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.
Sesetengah warganet marah dan kecewa kerana Ismail Sabri mengikut telunjuk UMNO dan kluster mahkamah yang hanya mempunyai 36 daripada 222 Ahli Parlimen, dalam membuat keputusan membubarkan Dewan Rakyat.
“Tahniah Pak Zahid dan geng2 penyamun. Malaysia Boleh,” tulis Sunil Suganthan dalam Facebook Astro Awani ketika mengulas pengumuman Ismail Sabri membubarkan Parlimen.
Krishna Kumar pula menulis: “Budget pun tak dibahas dan diluluskan…parlimen sudah dibubarkan….memang PM tunduk kepada kluster penyamun…”
‘Geng penyamun’ dirujuk oleh warganet kepada beberapa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang terlibat dalam penyelewengan wang berbilion-bilion ringgit milik rakyat dan negara ketika mereka memerintah negara.
Untuk rekod, bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini merengkuk di dalam penjara untuk tempoh selama 12 tahun bermula 23 Ogos lalu setelah sabitan kesalahan melibatkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International, dikekalkan.
Manakala, Presiden UMNO sekarang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berdepan pertuduhan rasuah melibatkan berjuta-juta ringgit ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, sebelum ini.
Sementara itu, Pojie Nour pula menulis “Tak sempat bajet diluluskan, UMNO BN rakus utk menang PRU15 dan besar kemungkinan bajet dijadikan Gula2 Rakyat serta bajet boleh diubah jika menang…”
Hafiedz Ben Zaen pula berkata “Walau tak banjir, harap UMNO tetap karam kali ini.”
Shah Ahmad menulis: “Aku orang BN kecewa dengan tindakan PM ni, boleh takut dgn presiden parti, xpyh la bagi undi dekat BN ni, selagi xtukar presiden.”
“Ayuh rakyat Malaysia kita tumbangkan UMNO dan BN tak sabar betul nak pegi menggundi pada PRU15 nanti..” tulis pula Wanjan Said.
Meor Apeh mengulas menyentuk mengenai banjir yang bakal melanda negara degan menulis “sepatutnya selepas banjir baru PRU.. kalau dah menang nanti memang tak nampak dah la batang hidung.. rakyat bantu rakyat la nampak gayanya.”
Sementara itu, ramai lagi netizen yang mengecam tindakan Perdana Menteri membubarkan Parlimen ketika negara sedang mengalami pelbagai masalah, khususnya ekonomi, dan bakal berdepan musim tengkujuh, khususnya hujan lebat dan banjir.
Untuk rekod, berdasarkan ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, Monsun Timur Laut lazimnya akan bermula pada November dan berakhir pada Mac.
Ketika tempoh ini, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer sejam dengan beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka berlaku, terutama di negeri Pantai Timur Semenanjung dan barat Sarawak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/warganet-kecam-pm-semasa-umum-bubar.html