Mesyuarat Mt Esok Bubar Parlimen Atau Ambil Tindakan Terhadap Pm








 Terdahulu, Agenda Daily memetik laporan The Straits Times (ST) Singapura bahawa cakap-cakap mengenai “post-dated cheque” daripada Yang di-Pertuan Agong, berleluasa dalam kalangan kumpulan yang setia kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang percaya bahawa Agong telah memberitahu Ismail Sabri bahawa terpulang kepada Perdana Menteri bila untuk mengadakan pilihan raya.
Media Singapura itu melaporkan mereka difahamkan bahawa UMNO memberi kata dua kepada Ismail Sabri setelah menghadap Yang di-Pertuan Agong – “panggil PRU atau hadapi akibatnya”.
Menurut ST lagi, masa untuk mengadakan PRU-15 dipantau dengan teliti tatkala Perdana Menteri dikatakan mengintau kerusi disandang Zahid – yang sekarang ini berdepan prospek disabitkan kesalahan rasuah terhadap 47 pertuduhan membabitkan Yayasan Akalbudi yang dijadualkan berakhir pada 10 November.
Sebelum ini, Ismail Sabri mengalami pelbagai tekanan yang semakin meningkat daripada partinya sendiri untuk mengadakan PRU-15 secepat mungkin. Bagaimanapun, beliau masih belum membuat sebarang keputusan untuk membubarkan Parlimen.
Pemimpin UMNO terlalu yakin bahawa mereka boleh memperoleh mandat besar, memandangkan keadaan pembangkang tidak menentu serta pengundi yang semakin letih.
Pada Ogos, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mengumumkan penjadualan semula pembentangan Bajet 2023 dari 28 Oktober kepada 7 Oktober, di tengah-tengah spekulasi mengenai pilihan raya awal pada masa itu.
Beliau menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat oleh Ismail Sabri yang menggunakan kuasanya di bawah Peraturan 11(2) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Ismail Sabri tidak memberikan sebarang sebab untuk perubahan tarikh itu, hanya memberitahu pemberita yang menyoalnya mengenai perkara itu, bahawa adalah “biasa” untuk berbuat demikian dan memetik duluan oleh perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Persidangan Dewan Rakyat pada mulanya dijadualkan berlangsung antara 28 Oktober dan 15 Disember.
Kerajaan sedia ada mempunyai masa sehingga September tahun depan untuk mengadakan PRU, tetapi pemimpin UMNO secara lantang mendesak supaya pemilihan diadakan tahun ini untuk memanfaatkan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri Johor dan Melaka.
Zahid, khususnya, telah mengetuai tekanan untuk membubarkan Parlimen, walaupun mendapat kritikan daripada pembangkang dan parti gabungan kerajaan – Perikatan Nasional (PN) – yang memberi amaran risiko dihadapi rakyat, terutama banjir, jika PRU diadakan tahun ini.
Pada 7 Oktober, kerajaan membentangkan Bajet 2023 yang dinanti-nantikan, yang dilihat secara meluas sebagai bajet pilihan raya.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan rancangan perbelanjaan Persekutuan berjumlah RM372.340 bilion untuk tahun depan, mengatasi bajet tahun ini sebanyak RM40 bilion.
Kerajaan Ismail Sabri juga menggandakan perbelanjaan untuk bantuan sosial dan subsidi daripada hanya 5.2 peratus di bawah Bajet 2022 kepada 11.3 peratus di bawah perbelanjaan mengurus tahun depan, satu langkah yang sudah dijangka oleh pakar memandangkan kemungkinan PRU semakin hampir.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/mesyuarat-mt-esok-bubar-parlimen-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjumpaan Khas Umno Bersama Zahid Ismail Sebelum Parlimen Bubar Esok

Perjumpaan Khas Umno Bersama Zahid Ismail Sebelum Parlimen Bubar Esok

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 149 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Perjumpaan khas dengan semua ketua bahagian termasuk sayap Pemuda Wanita dan Puteri di Dewan Tun Hussein Onn Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur esok merupakan himpunan terbesar dan terakhir Umno sebelum Parlimen di...
Ahli Mkt Umno Beri Bayangan Parlimen Bubar Esok

Ahli Mkt Umno Beri Bayangan Parlimen Bubar Esok

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 163 hits
TUN CARLOS LABELS SHAH ALAM Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memberi bayangan Parlimen akan dibubarkan esok Difahamkan anak bulan telah kelihatan dengan jelas di Putrajaya Raya atau Pilihan raya tulisnya ringkas ...
Pas Umum Esok Bubar Atau Tidak Dun 3 Negeri

Pas Umum Esok Bubar Atau Tidak Dun 3 Negeri

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 154 hits
Nor Fazlina Abdul Rahimnfazlina nstp com myKota Bharu PAS sudah membuat keputusan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri di tiga negeri yang dikuasai mereka iaitu Kelantan Kedah dan Terengganu Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrah...
Pm Menghadap Agong Kali Kedua Umno Panggil Mesyuarat Khas Mkt Esok Parlimen Bakal Dibubar

Pm Menghadap Agong Kali Kedua Umno Panggil Mesyuarat Khas Mkt Esok Parlimen Bakal Dibubar

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 142 hits
PM menghadap Agong kali kedua Umno panggil mesyuarat khas MKT esok Parlimen bakal dibubar Perdana Menteri menghadap Agong kali kedua dalam tempoh empat hari DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah R...
Selepas Parlimen Bubar Siapa Yang Berkuasa Zahid Atau Ismail Sabri

Selepas Parlimen Bubar Siapa Yang Berkuasa Zahid Atau Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 137 hits
agendaily com05 10 2022Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Spekulasi kuat mengatakan Parlimen bakal dibubarkan juga pada minggu ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob su...
Pru15 Dun Di Bawah Bn Bubar Serentak Dengan Pembubaran Parlimen

Pru15 Dun Di Bawah Bn Bubar Serentak Dengan Pembubaran Parlimen

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 150 hits
KUALA LUMPUR Dewan Undangan Negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke 15 kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Bagaimanapun ...
Pm Umum Parlimen Bubar Hari Ini Bagi Beri Laluan Pru15

Pm Umum Parlimen Bubar Hari Ini Bagi Beri Laluan Pru15

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 164 hits
KUALA LUMPUR Parlimen dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran itu di Bangunan Perdana Putra pada 3 petang hari ini satu pengumuman...
Jangan Bubar Parlimen Sebelum Lulus Bajet 2023

Jangan Bubar Parlimen Sebelum Lulus Bajet 2023

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 147 hits
Jangan bubar Parlimen sebelum lulus bajet 2023Posted By on October 09 2022Usai pembentangan Belanjawan 2023 pemimpin BN diingatkan agar meluluskan belanjawan itu terlebih dahulu sebelum berkira kira membubarkan Parlimen Bagi Ahli Parlimen P...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Hawthorn Hood House By Bent Architecture In Victoria Australia

Clear Air Over Najib S Supplementary Order Anwar And Ag Told

De Fam S Popular Local Raya Tune Alamak Raya Lagi Finds Its Way To Nippon Via Social Media

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Tips For Achieving Your Saving Goals

Gunung Ruang Meletus Ini Senarai Penerbangan Mas Airasia Yang Dibatalkan