Warga Thailand Cuba Lolos Rempuh Bot Polis Marin



Warga Thailand cuba lolos rempuh bot Polis Marin . Dua lelaki warga Thailand yang bertindak merempuh bot milik Pasukan Polis Marin (PPM) dalam cubaan melarikan diri berjaya ditahan dalam kejadian di Sungai Mentua dekat Pengkalan Kubor, tengah malam Ahad.
Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Asistan Superintendan Mohd Rudzuan Ahmad berkata, suspek masing-masing berusia 20 dan 30 tahun itu ditahan dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan.
Beliau berkata, semasa melakukan tugas rondaan menggunakan bot ronda PAC 7 berhampiran Jambatan Kampung Mentua, anggota PPM telah mengesan pergerakan yang disyaki kesan daripada bot penyeludup.
“Dalam jarak 500 meter, pasukan operasi mengesan sebuah bot enjin galah yang disembunyikan dalam semak bersama dua lelaki berada di dalam bot itu. Sebaik anggota memperkenalkan diri bot enjin galah itu meluru keluar dengan laju untuk melarikan diri.
“Pasukan operasi bertindak mengejar dan cuba merapat tetapi pemandu bot telah memandu dengan cara berbahaya tanpa mengendahkan arahan untuk berhenti sebelum merempuh bot milik PPM,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurut Mohd Rudzuan, berlaku situasi kelam kabut, namun kedua-dua suspek berjaya ditahan dan ketika pemeriksaan mereka gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan disyaki masuk ke Malaysia melalui laluan tidak diwartakan selain positif dadah jenis methamphetamine.
Berikutan itu, pasukan operasi bergerak masuk semula ke kawasan Sungai Mentua untuk membuat pemeriksaan di sekitar kawasan tersebut dan menemukan sejumlah cecair kodein dan daun ketum.
“Jumlah keseluruhan rampasan adalah RM62,000 termasuk enjin dan bot (RM30,000), 200 liter cecair kodein (RM20,000), 110 kilogram (kg) daun ketum (RM11,000) serta telefon bimbit (RM1,000).
“Kami percaya kesemua daun ketum dan cecair kodein itu cuba untuk diseludup keluar ke Thailand kerana terdapat permintaan tinggi di sana,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952, Seksyen 15(1) ADB 1952 (2 Kes) serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 195/63 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. – Bernama
Warga Thailand cuba lolos rempuh bot Polis Marin Baca Artikel Menarik :
Empat kilang, 20 premis diarah tutup: Ismail Sabri Timbalan Menteri PN nikah di Thailand? Lizzy sumbang separuh ‘gaji’, bantu masyarakat terjejas [VIDEO] Foto seksi Azira Shafinaz jadi perhatian Resepi Daging Masak Rose viral Antara Covid-19 dan rebut kuasa Layari Laman Facebook MYKMU
‘Selamat Tinggal Muhyiddin’ Puad Zarkashi yakin UMNO akan keluar kerajaan

 
The post Warga Thailand cuba lolos rempuh bot Polis Marin appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/05/warga-thailand-cuba-lolos-rempuh-bot-polis-marin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tukang Cuci Lari Dari Polis Rempuh Warga Emas Berdepan Hukuman Mati

Tukang Cuci Lari Dari Polis Rempuh Warga Emas Berdepan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 192 hits
Mohamad Adlin Abd Rahman dihadapkan ke Mahkamah Majistret di George Town hari ini GEORGE TOWN Seorang tukang cuci yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis dan merempuh pejalan kaki sehingga maut di Georgetown Selasa lalu didakwa atas ...
Kepalabatas Polis Tahan Pasangan Kekasih Rempuh Kenderaan Polis Cuba Lari Polis

Kepalabatas Polis Tahan Pasangan Kekasih Rempuh Kenderaan Polis Cuba Lari Polis

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 276 hits
Polis menahan pasangan kekasih selepas mengejar kereta dinaiki mereka yang melarikan diri kira kira enam kilometer dari Permatang Tok Bidan hingga ke Taman Abdullah Fahim di sini petang hari ini Difahamkan mereka bertindak melarikan diri da...
Polis Tahan Auntie Oku Cuba Sabit Orang Awam

Polis Tahan Auntie Oku Cuba Sabit Orang Awam

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 254 hits
POLIS menahan seorang wanita warga emas berusia 66 tahun berikutan insiden tular menghalang laluan di Blok A3 Jalan Bukit Segar 1 Taman Bukit Segar Cheras Wanita warga emas yang mendakwa dirinya sebagai orang kelainan upaya itu dikatakan cu...
Polis Tahan Warga Asing Disyaki Bunuh Gelandangan

Polis Tahan Warga Asing Disyaki Bunuh Gelandangan

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 267 hits
SSuspek tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah KUALA LUMPUR Polis menahan seorang lelaki warga asing disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang gelandangan yang mayatnya ditemukan dalam kawasan semak berhampiran sebuah sekolah di Ko...
Langgar Sop 6 Individu Dikompaun 2 Warga Asing Ditahan Kata Polis

Langgar Sop 6 Individu Dikompaun 2 Warga Asing Ditahan Kata Polis

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 272 hits
Langgar SOP 6 individu dikompaun 2 warga asing ditahan kata polis Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 1 Jul 2021
Polis Nafi Dakwaan Warga China Diperas Ugut Anggota 50 Kali

Polis Nafi Dakwaan Warga China Diperas Ugut Anggota 50 Kali

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 226 hits
BernamaAbd Khalid berkata video tersebut dipercayai dimuat naik pada 3 Feb lepas yang berdurasi 41 minit 51 saat Foto fail BERNAMA KUALA LUMPUR Polis menafikan dakwaan sebuah video tular di media sosial YouTube yang menuduh polis sentiasa m...
Rempuh Kereta Peronda Polis Lelaki Diburu

Rempuh Kereta Peronda Polis Lelaki Diburu

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 386 hits
Rempuh kereta peronda polis lelaki diburu Seorang lelaki warga tempatan sedang diburu selepas melanggar kereta peronda polis jenis Honda Civic sebanyak dua kali di Jalan PJS 7 19 Bandar Sunway semalam Dalam kejadian kira kira 7 25 petang it...
Bekas Ratu Cantik Disyaki Mabuk Rempuh Sjr Tumbuk Polis

Bekas Ratu Cantik Disyaki Mabuk Rempuh Sjr Tumbuk Polis

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 247 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang bekas ratu cantik ditahan kerana menumbuk anggota polis selepas merempuh sekatan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan awal pagi tadi Wanita berusia 28 tahun yang dipercayai mabuk itu ditahan ketika dalam pe...
Cina Ditahan Polis Laju Jer Dap Datang Tolong Hahahaha

Cina Ditahan Polis Laju Jer Dap Datang Tolong Hahahaha

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 338 hits
DAP menawarkan bantuan guaman kepada 18 pekebun durian di Raub Pahang yang ditahan polis semalam kerana dituduh menceroboh tanah yang mereka usahakan sejak beberapa dekad lalu Pekebun itu ditahan polis dan pegawai Jabatan Perhutanan Negeri ...
Dododots Lancar Koleksi Istimewa Powerpuff Girls

Dolar As Menguat Tipis Di Tengah Ketidakpastian Global Begini Dampaknya Ke Pasar Forex Hari Ini

Beli Jam Tangan Di Twg Angsana

Insurance Binders A Temporary Coverage Solution

The Pros And Cons Of Different Mortgage Year Terms Choosing The Right Option For

Lebai Terus Memperbodohkan Walaun

Putra Heights Fire Ministry Undertakes 3 Phases To Rebuild Affected Area

Perang Israel Hamas Suatu Naskah Yang Di Ulang Ulang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perapan Menu Bbq Waktu Bercuti

Startup Ecosystem And Innovation

Pelamindiy Dan Hantaran Simple

Tangani Isu Pencerobohan Tanah Secara Bijak Bukan Dengan Memusnahkan Hasil Kenyataan Media Ppim 11 04 2025

15 Foto Kuala Lumpur Yang Diolah Menjadi Style Ghibli Seperti Dalam Filem

Labun Mak Dara