4 000 Rakyat Malaysia Terkesan Banjir Di Hat Yai Semua Dilaporkan Selamat


4,000 Rakyat Malaysia Terkesan Banjir Di Hat Yai, Semua Dilaporkan Selamat
SONGKHLA, 22 Nov (Bernama) — Kira-kira 4,000 rakyat Malaysia di Hat Yai dan kawasan berhampiran terkesan akibat banjir yang sedang melanda, namun semuanya dilaporkan selamat, menurut Kementerian Luar Malaysia.
Dalam satu kenyataan, kementerian berkata setakat petang Sabtu, kebanyakan daripada mereka yang terjejas sedang menginap di hotel bertingkat, meskipun terdapat yang mengalami gangguan sementara bekalan elektrik dan akses makanan ekoran gangguan setempat.
Kementerian Luar, melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, sedang memantau rapat situasi banjir dan akan mengeluarkan perkembangan terkini keadaan di sana apabila perlu.
“Konsulat Jeneral di Songkhla telah mengaktifkan pasukan operasinya bagi membantu rakyat Malaysia yang mungkin terkandas atau memerlukan bantuan.
“Konsulat Jeneral juga berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan, hotel dan kumpulan rakyat Malaysia di kawasan terjejas,” menurut kenyataan itu.
Kementerian Luar berkata Polis Pelancong Thailand dan pihak berkuasa tempatan telah digerakkan sepenuhnya dan sedang aktif menguruskan keadaan.
Keadaan cuaca dijangka bertambah baik, dengan hujan lebat diramalkan berhenti pada Ahad. Paras air banjir dijangka surut dan keadaan keseluruhan dijangka pulih menjelang Isnin (24 Nov).
Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia di Hat Yai dan kawasan sekitarnya supaya kekal berada di dalam bangunan jika boleh, mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan, dan berhati-hati di kawasan terjejas banjir.
Rakyat Malaysia yang belum mendaftar dengan Konsulat Jeneral di Songkhla atau Kedutaan Besar di Bangkok digesa berbuat demikian.
Untuk bantuan konsul, rakyat Malaysia boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla di +(66 74) 311 062 bagi pertanyaan umum, +(66 74) 316 274 atau +(66 81) 990 1930 untuk kecemasan, dan +(66 74) 324 004 atau 312 353 untuk bantuan tambahan, atau e-mel [email protected].
Mereka juga boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok di +66-2340-5720 bagi urusan umum, +66-2340-5731 atau 5732 bagi urusan konsul pada waktu pejabat, +66-87-028-4659 untuk kecemasan pada hujung minggu dan cuti umum, +66-2340-5721 sebagai talian tambahan, atau e-mel [email protected].
Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, ketika dihubungi Bernama, menggesa rakyat Malaysia yang terkandas supaya bertenang dan memberi jaminan bahawa Konsulat Jeneral sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi membantu mereka yang terkesan.
“Kebanyakan pelancong Malaysia terkandas di Bandar Hat Yai, dan ramai yang menghubungi untuk mendapatkan bantuan, khususnya makanan dan susu bayi kerana mereka tidak dapat bergerak akibat paras air banjir yang tinggi,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana Thailand (DDPM) melaporkan bahawa hujan berterusan di wilayah selatan negara itu sejak Isnin lepas telah meragut 25 nyawa dan menyebabkan 650,423 orang dipindahkan setakat Sabtu.
Sumber: Bernama
The post 4,000 Rakyat Malaysia Terkesan Banjir Di Hat Yai, Semua Dilaporkan Selamat appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/22/4000-rakyat-malaysia-terkesan-banjir-di-hat-yai-semua-dilaporkan-selamat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Hat Yai Tindakan Staff Hotel Ini Buat Pelancong Malaysia Terharu

Banjir Hat Yai Tindakan Staff Hotel Ini Buat Pelancong Malaysia Terharu

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 190 hits
Banjir Hat Yai Tindakan Staff Hotel Ini Buat Pelancong Malaysia Terharu Kawasan pelancongan Hat Yai Thailand dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Jumaat mengakibatkan ramai yang terkandas termasuk rakyat Malaysia Insiden itu menyeb...
Banjir Konsulat Malaysia Di Songkhla Saran Rakyat Malaysia Tangguh Perjalanan

Banjir Konsulat Malaysia Di Songkhla Saran Rakyat Malaysia Tangguh Perjalanan

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 184 hits
Banjir Konsulat Malaysia Di Songkhla Saran Rakyat Malaysia Tangguh Perjalanan SONGKHLA 22 Nov Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pada Sabtu menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke wilayah selatan Thailand susulan b...
Tular Hatyai Dilanda Banjir Ada Rakyat Malaysia Terkandas Di Sana

Tular Hatyai Dilanda Banjir Ada Rakyat Malaysia Terkandas Di Sana

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 277 hits
Tular Hatyai Dilanda Banjir Ada Rakyat Malaysia Terkandas Di Sana Kawasan tumpuan pelancong di Hatyai Thailand dilanda banjir susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu Orang ramai termasuk rakyat Malaysia yang bercuti di sana berkongsi m...
Isteri Anak Shahrol Shiro Antara Rakyat Malaysia Yang Terkandas Banjir Di Hatyai

Isteri Anak Shahrol Shiro Antara Rakyat Malaysia Yang Terkandas Banjir Di Hatyai

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 201 hits
Isteri Anak Shahrol Shiro Antara Rakyat Malaysia Yang Terkandas Banjir Di Hatyai Pelawak Shahrol Shiro dalam satu muat naik video di akaun TikTok rasminya memaklumkan antara rakyat Malaysia yang terkandas di Hatyai merupakan isteri dan anak...
100 Rakyat Malaysia Dibawa Keluar Ke Danok Dengan Lori Treler Susulan Banjir Besar Di Selatan Thailand

100 Rakyat Malaysia Dibawa Keluar Ke Danok Dengan Lori Treler Susulan Banjir Besar Di Selatan Thailand

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 219 hits
KUALA LUMPUR Pada kira kira jam 3 pagi tadi seramai 100 rakyat Malaysia berjaya dibawa keluar ke Danok dengan menaiki lori treler selepas beberapa wilayah selatan Thailand dilanda banjir besar sejak beberapa hari lalu Perkongsian pengguna d...
Banjir Dah Surut Tular Kereta Milik Rakyat Malaysia Tersadai Di Hatyai

Banjir Dah Surut Tular Kereta Milik Rakyat Malaysia Tersadai Di Hatyai

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 155 hits
Banjir Dah Surut Tular Kereta Milik Rakyat Malaysia Tersadai Di Hatyai Banjir yang melanda selatan Thailand baru baru ini sememangnya telah menjejaskan aktiviti pelancongan di sana terutama di Hatyai Ekoran dari paras air yang naik secara m...
Bank Rakyat Tawar Moratorium Sehingga Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir Di Seluruh Negara

Bank Rakyat Tawar Moratorium Sehingga Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 205 hits
Bank Rakyat Tawar Moratorium Sehingga Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir Di Seluruh Negara KUALA LUMPUR 27 NOVEMBER 2025 Bank Rakyat menawarkan bantuan penangguhan bayaran ansuran pembiayaan sehingga enam bulan kepada pelanggan individu dan pe...
Tai Sun Tawarkan Rangkaian Snek Kacang Istimewa Yang Pasti Memikat Selera Rakyat Malaysia

Tai Sun Tawarkan Rangkaian Snek Kacang Istimewa Yang Pasti Memikat Selera Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 148 hits
Tai Sun Tawarkan Rangkaian Snek Kacang Istimewa Yang Pasti Memikat Selera Rakyat Malaysia Tai Sun salah satu pengeluar snek paling dipercayai di Malaysia mendefinisikan semula cara menikmati snek tempatan melalui pelancaran rangkaian snek k...
Mayat Rakyat Malaysia Ditemukan Di Tengah Lebuh Raya Vietnam

Mayat Rakyat Malaysia Ditemukan Di Tengah Lebuh Raya Vietnam

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 149 hits
KOSMO JASAD warga Malaysia ditemukan di sebuah lebuh raya Foto tuoi tre newsHANOI Seorang lelaki Malaysia yang tiba di lapangan terbang Tan Son Nhat Bandar Raya Ho Chi Minh pagi kelmarin ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa pada hari sama...
Keputusan Piala Fa 2025 Jdt Lawan Sabah Fc

Hadir Ke Majlis Pertunangan Jeevan Khoghilaah Thevi

Antara Suami Dan Orang Tua Mana Yang Didahulukan Oleh Istri Dalam Islam

Majlis Anugerah Setanding Annual Dinner Sahaja Senarai Penuh Pemenang Abpbh 37

Gelandangan Kronil Di Kl

Albert Tei S Lawyer To Give Statement To Police Today

10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Bondi Beach Sydney Laporan

Menyantuni Pakcik Dan Makcik Makan Tengahari Di Rumah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Bunga Telang Putih

Silenced In The Office Why Toronto Employees Delay Reporting Harassment And What It Costs Them

Persiapan Strategik Mesyuarat Koordinasi Perlawanan Dan Sidang Media Pra Perlawanan

Kerajaan Korea Selatan Panggil Mesyuarat Kecemasan Untuk Menangani Krisis Terkini

Msjn Rangka Inisiatif Perkasa Sejarah Berteraskan Fakta Dan Wacana Ilmiah

Google Translate Diintegrasikan Dengan Gemini Ai