Merangkak Untuk Bantuan Warga Emas Mati Di Wad Covid 19 Selepas Tak Dipeduli


Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu cuba berdiri dengan memaut pada katil sebelum rebah. Dia dilaporkan meninggal dunia 40 minit kemudian.
Jabatan Kesihatan Negeri(JKN) Kedah siasat video tular lelaki maut jatuh di lantai hospital

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki warga emas dilihat merangkak atas lantai dan cuba memaut pada katil untuk berdiri sebelum rebah, tanpa seorang pun datang membantunya.

Kejadian itu didakwa dirakam di sebuah wad hospital di Kedah dengan video berkenaan kini tular dan mencetuskan kemarahan warganet.

Lelaki itu dikatakan terbaring di lantai tanpa sesiapa pun datang menjenguknya sehinggalah menghembuskan nafas terakhir kira-kira 40 minit kemudian.

Beberapa video menunjukkan lelaki yang sangat lemah itu cuba berdiri dengan memaut katil pesakit lain di lokasi dipercayai wad Covid-19.

Video itu kemudian menunjukkan lelaki berkenaan terbaring kaku di lantai, manakala beg kencingnya bersebelahan.

Kejadian dikatakan berlaku di hospital kerajaan berdasarkan jubah hijau dipakai pesakit lain yang sering dilihat di lokasi seperti itu.

Mesej yang menyusuli video itu mendakwa seorang pesakit telah memaklumkan jururawat bertugas mengenai warga emas berkenaan, namun hanya disuruh “memeriksa sama ada lelaki itu masih hidup atau tidak.”

Mesej itu turut mendakwa lelaki berkenaan dibiarkan terbaring selama 40 minit selepas rebah, tanpa sesiapa datang memeriksanya.

Dia kemudian disahkan sudah meninggal dunia.

Seorang pegawai kesihatan Kedah memberitahu FMT, perkara itu sedang disiasat dan maklumat lanjut akan diberikan kemudian.

FMT juga menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Kedah Dr Mohd Hayati Othman untuk ulasan lanjut. - FMT JKN Kedah nafi biar pesakit Covid-19 mati tak dipedulikan di lantai hospital Tangkap layar Video yang tular mendakwa lelaki itu rebah dan disahkan meninggal dunia selepas tidak dipedulikan kakitangan bertugas. ALOR SETAR: Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah Dr Othman Warijo menafikan dakwaan bahawa petugas di wad Covid-19 Hospital Lama Sungai Petani lambat memberi tindak balas dan rawatan kepada seorang pesakit sehingga dia meninggal dunia di lantai wad berkenaan.

Beliau ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat mengenai insiden berkenaan dan telah mengadakan perbincangan dengan petugas-petugas terlibat untuk melengkapkan siasatan.

“Kami telah mengadakan perbincangan dengan pegawai dan jururawat terlibat dan kita sedang sediakan laporan (lengkap)…ya, kejadian berlaku di Hospital Lama Sungai Petani di wad Covid-19 dan memang betul pesakit itu meninggal dunia.

“Tapi (maklumat awal) yang mengatakan tindak balas petugas lambat itu tidak benar, kami akan keluarkan kenyataan lengkap untuk pihak media nanti,” katanya.

Hari ini, satu klip video berdurasi 38 saat tular menerusi aplikasi WhatsApp yang menunjukkan seorang pesakit lelaki kelihatan lemah dan berada dalam keadaan melutut di lantai hospital dan cuba berpaut pada katil untuk bangun.

Video itu dipotong dan kemudian sambungannya menunjukkan lelaki berkenaan sudah terbaring kaku dengan beg urin masih berada di sebelahnya, manakala seorang pesakit dilihat cuba menghampiri untuk memeriksa mangsa.

Menurut individu yang menularkan video itu, pesakit Covid-19 itu dibiarkan mati tanpa sebarang bantuan daripada petugas di wad berkenaan sehingga dia disahkan sudah meninggal dunia 40 minit kemudian.

Menurut dakwaan individu itu lagi, hampir setengah jam pihak hospital sama ada doktor atau jururawat bertugas tidak mempedulikan pesakit berkenaan dan tidak mengambil tindakan serta-merta.

“Apabila pesakit lain melaporkan kejadian ini kepada jururawat terdekat, jururawat dengan perasaan sambil lewa dan leka memberitahu pelapor tersebut untuk memeriksa sendiri pesakit yang jatuh itu sama ada masih bernyawa ataupun tidak,” dakwa individu tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Adzli Abu Shah memberitahu pihaknya masih belum menerima sebarang laporan polis mengenai kejadian berkenaan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/merangkak-untuk-bantuan-warga-emas-mati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Emas Mangsa Kepala Air Terlepas Bantuan

Warga Emas Mangsa Kepala Air Terlepas Bantuan

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 200 hits
Warga emas mangsa kepala air terlepas bantuan Seorang warga emas yang terkesan selepas rumahnya terlibat dengan banjir lumpur mendakwa terpinggir daripada bantuan selepas tragedi kepala air Gunung Jerai 18 Ogos lalu Warga emas itu Lin Bakar...
Lelaki Tertidur Di Kawasan Kubur Selepas Tumpangkan Warga Emas

Lelaki Tertidur Di Kawasan Kubur Selepas Tumpangkan Warga Emas

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 200 hits
Heboh Daihatsu Xenia Masuk di Kawasan kuburan ingatkan sudah tidur di Rumah Sendiri JAWA TIMUR Seorang lelaki mengalami peristiwa aneh selepas selesai mengadakan sesi bergambar dengan bakal isterinya di Benteng Pendem Ngawi Lapor Suara com ...
Apa Hasil Penangkapan Warga Asing Terhadap Kes Covid 19 Di Sabah

Apa Hasil Penangkapan Warga Asing Terhadap Kes Covid 19 Di Sabah

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 186 hits
Layanan pihak berkuasa di Malaysia terhadap pekerja warga asing di Sabah ketika pandemik Covid 19 mendapat perhatian antarabangsa dan menjadi topik perbincangan dalam persidangan maya yang merangkumi wakil suruhanjaya hak asasi manusia Mala...
Segerakan Akta Lindungi Warga Emas

Segerakan Akta Lindungi Warga Emas

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 259 hits
Wanita KEADILAN mendesak kerajaan Perikatan Nasional 2 0 untuk menyegerakan Rang Undang undang Warga Emas dibentang di Dewan Rakyat bagi melindungi kelompok berkenaan daripada pengabaian Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Loh Ker C...
Warga Emas Cuba Berpaut Pada Katil Sebelum Meninggal Dunia

Warga Emas Cuba Berpaut Pada Katil Sebelum Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 262 hits
Oleh NUR SYAZWANA MANSOR Tangkap layar video memaparkan keadaan mangsa yang lemah sebelum meninggal dunia di wad sebuah hospital di Kedah SUNGAI PETANI Sebuah klip video memaparkan seorang lelaki warga emas yang dilihat dalam keadaan lemah ...
Order Terlalu Banyak Masuk Abang Foodpanda Tunjuk Skill Bantu Warga Emas Tebar Roti Canai

Order Terlalu Banyak Masuk Abang Foodpanda Tunjuk Skill Bantu Warga Emas Tebar Roti Canai

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 280 hits
Ketika ini memang ramai yang memilih untuk membeli makanan secara atas talian sahaja berikutan bimbang untuk keluar disebabkan pandemik Walaupun dine in sudah boleh dilakukan namun masih ramai yang memilih untuk membuat pesanan lewat aplika...
Warga Emas Bermurah Hati Beri Rm2 Kepada Gadis Walaupun Itu Saja Wang Yang Tinggal

Warga Emas Bermurah Hati Beri Rm2 Kepada Gadis Walaupun Itu Saja Wang Yang Tinggal

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 229 hits
Sebuah perumpamaan rezeki tidak pernah salah alamat sesuai untuk seorang warga emas yang sedang berada dalam kesusahan tetapi beliau memilih untuk menghulurkan pertolongan kepada orang lain Melalui satu video yang dikongsikan di Tik Tok seo...
Warga Emas Hidup Susah Isi Minyak Motorsikal 64 Sen Untuk Keluar Cari Kerja

Warga Emas Hidup Susah Isi Minyak Motorsikal 64 Sen Untuk Keluar Cari Kerja

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 216 hits
Selalu pak cik isi RM1 50 hari ini isi minyak 64 sen sahaja Demikian perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Geehan s Nurjehan apabila menceritkan kisah seorang warga emas yang terpaksa mengisi minyak petrol sebanyak 64 sen b...
Warga Emas Rugi Rm 418 000 Ditipu Sindiket

Warga Emas Rugi Rm 418 000 Ditipu Sindiket

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 215 hits
Warga emas rugi RM 418 000 ditipu sindiket Seorang wanita warga emas berumur lingkungan 60an mengalami kerugian RM418 000 setelah dipercayai ditipu sindiket Macau scam yang mendakwa mangsa membuat tuntutan insurans daripada syarikatnya di B...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff

Two Unidentified Soy Sauce Factories Closed Netizens Demand Their Identity Among Other Issues