Warga Dbkk Diumum Sebagai Ketua Jurulatih Malayan Tigress B 17
Petronella Douny bimbing skuad bola sepak wanita B-17
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
FAM Umum Petronella Douny Sebagai Ketua Jurulatih Malayan Tigress B-17
Menurut Pengarah Teknikal FAM, Scott O'Donell, Petronella pernah menggalas tugas sebagai penolong jurulatih skuad Malayan Tigress B-18 pada kempen Kejuaraan AFF Wanita B-18 di Palembang, Indonesia tahun lalu.
"Komitmen tinggi Petronella di dalam arena bola sepak wanita dapat dilihat menerusi pembabitan berterusan terhadap pembangunan sukan berkenaan di negeri kelahirannya iaitu Sabah.
"Selain itu, kebolehan serta kredibiliti Petronella sebagai seorang jurulatih juga boleh dilihat selepas diberi kepercayaan untuk mengendalikan skuad Malayan Tigress B-17 pada Kejohananan JENESYS 2022 di Okinawa, Jepun pada 17 hingga 21 Mac lalu.
"Saya berharap menerusi pelantikan Petronella ini, ia akan membuka lembaran baharu buat bola sepak wanita negara sekali gus dapat memberi inspirasi dan motivasi untuk para wanita di luar sana berkecimpung di dalam bidang kejurulatihan," kata Scott.
Sementara itu, ketua jurulatih skuad senior Malayan Tigress, Soleen Al-Zoubi melihat pelantikan Petronella sebagai permulaan yang cukup baik bukan sahaja untuk skuad kebangsaan malah buat pertandingan domestik bola sepak wanita Malaysia.
“Saya dan Petronella sentiasa berkomunikasi dan berbincang mengenai sesi latihan serta program-program pembangunan untuk pemain-pemain kami yang boleh dilakukan bersama.
“Pengalamannya sebagai bekas pemain kebangsaan sejak 2002 hingga 2009 juga sudah tentu dapat membantu beliau dalam membentuk pemain-pemain muda di dalam skuadnya.
"Besar harapan saya untuk melihat lebih ramai lagi jurulatih-jurulatih yang terdiri dari kaum wanita mengendalikan pasukan di dalam negara,” kata Soleen.
Petronella Douny berjaya menjadi wanita pertama di negara ini yang memegang sijil kejurulatihan bola sepak lesen A dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan Sabah.
Sementara itu, Petronella berterima kasih dengan sokongan yang diberikan oleh kementerian itu dan meneruskan usahanya sebagai jurulatih untuk membantu negeri dan negara dalam pembangunan sukan untuk wanita.
Jurulatih dari Kiulu itu yang ketika ini bekerja dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), bermain untuk negeri dari 2004 – 2011.
Beliau memulakan karier kejurulatihan pada 2014 sebagai penolong jurulatih pasukan futsal negeri dan juga pasukan bola sepak negeri dari 2014-2016 sebelum menjadi penolong jurulatih kebangsaan untuk skuad kebangsaan bawah 15 dan bawah 19 pada 2018.
PROFIL KETUA JURULATIH MALAYAN TIGRESS B-17
Nama Penuh: Petronella Douny
Umur: 36 Tahun
Tarikh Lahir: 8 Disember 1987
Negara: Malaysia
Kelayakan Kejurulatihan: Diploma Kejurulatihan AFC/FAM A
Jawatan Terdahulu: Penolong Jurulatih skuad Malayan Tigress B-18 (Kejuaraan AFF Wanita B-18 2022 di Palembang, 2022)
SOURCE:
RED BULL
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2023/04/warga-dbkk-diumum-sebagai-ketua.html