Warga Bangladesh Jual Ubat Tiruan Seludup Bernilai Rm14 000


Kasthuri Jeevendran Antara barangan dirampas ialah botol ubat batuk jenama Tusca Plus Expectorant (1006 botol), 10 paket paket herba kosmetik jenama Ratan Patti Zarda, 40 Kodak ubat Oralsaline-N dan 191 botol minuman tenaga jenama ubat Ginsin–Plus.-Gambar IPD Dang Wangi. KUALA LUMPUR – Seorang warga Bangladesh mengambil kesempatan dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menjual ubat-ubatan serta barangan kosmetik tanpa kelulusan akhirnya memakan diri.
Suspek lelaki berusia 31 tahun ditahan ketika sedang berlegar-legar memandu kereta Toyota Innova di sekitar ibu kota akhirnya dicekup polis minggu lepas.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya turut merampas ubat tiruan, seludup serta barangan kosmetik lain yang tidak mendapat sebarang kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Kita bertindak selepas mendapat maklumat tentang aktiviti seumpama ini, hasil rampasan bernilai kira-kira RM14,000 dan siasatan mendapati suspek sudah aktif sejak tiga bulan ini,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Antara barangan dirampas ialah botol ubat batuk jenama Tusca Plus Expectorant (1006 botol), 10 paket paket herba kosmetik jenama Ratan Patti Zarda, 40 Kodak ubat Oralsaline-N dan 191 botol minuman tenaga jenama ubat Ginsin–Plus.
“Semua ini tidak ada kelulusan KKM dan ada antaranya barangan seludup serta tiruan juga, kita buat tangkapan pada 19 Januari lepas dan suspek telah ditahan reman sehingga 2 Februari ini bawah Seksyen 51(5)(B) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Sambung Mohamad Zainal, siasatan polis telah selesai dan suspek akan dituduh di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984 esok.
“Hukuman bagi pertuduhan pertama adalah denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
“Hukuman bagi pertuduhan kedua pula denda tidak lebih daripada RM25,000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.
Dalam pada itu, Mohamad Zainal menyeru orang awam untuk segera tampil membantu dalam menyalurkan sebarang maklumat kegiatan pengedaran dan penjualan ubat-ubatan yang tidak mendapat kelulusan di sekitar daerah Dang Wangi.
Jika ada maklumat, orang awam boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Hotline Polis Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.
“Perbuatan seperti ini tidak akan sesekali dikompromi dan marilah kita bersama-sama bantu sesama sendiri perangi jenayah ubat-ubatan tiruan serta tidak mendapat kelulusan seperti ini kelak,” katanya. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/warga-bangladesh-jual-ubat-tiruan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Emas Jual Sayur Dikompaun Rm1 000

Warga Emas Jual Sayur Dikompaun Rm1 000

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 332 hits
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA WANITA warga emas menunjukkan menunjukkan notis kompaun yang diterimanya akibat tidak memakai pelitup muka di Pasar Bukit Cina Melaka MELAKA Selepas tiga hari memberi kelonggaran kepada masyarakat untuk memaham...
Ubat Rangsang Seks Haram Bernilai Lebih S 90 000 Dirampas Dalam Serbuan Di Sims Drive

Ubat Rangsang Seks Haram Bernilai Lebih S 90 000 Dirampas Dalam Serbuan Di Sims Drive

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 375 hits
SINGAPURA Ubat perangsang seks haram bernilai lebih S 90 000 dirampas semasa satu serbuan di sebuah rumah di Sims Drive pada Rabu Sekitar 62 000 unit bahan terlarang itu dirampas menurut Penguasa Sains Kesihatan dalam satu kenyataan m
Lelaki Jual Baju Tiruan Kaut Untung Rm80 000 Sebulan

Lelaki Jual Baju Tiruan Kaut Untung Rm80 000 Sebulan

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 292 hits
Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL ANTARA baju tiruan yang dijual seorang lelaki dan mampu mengaut keuntungan puluhan ribu berjaya dirampas KPDNHEP Selangor dalam serbuan di sebuah kediaman kawasan elit di Bandar Rimbayu Kota Kemuning Selangor pagi ...
Peraduan Nestl Niu Year Hadiah Bernilai Lebih Rm900 000 Untuk Dimenangi Termasuk Suv Proton X50

Peraduan Nestl Niu Year Hadiah Bernilai Lebih Rm900 000 Untuk Dimenangi Termasuk Suv Proton X50

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 371 hits
Hi Korang Bersempena dengan Tahun Lembu yang bakal tiba Nestl ingin menyampaikan kesejahteraan menerusi Peraduan Nestl Niu Year di mana rakyat Malaysia berpeluang memenangi hadiah hadiah lumayan bernilai lebih RM900 000 The Nestl Niu Year C...
Peniaga Dikompaun Jual Minuman Keras Rokok Seludup Dalam Van

Peniaga Dikompaun Jual Minuman Keras Rokok Seludup Dalam Van

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 306 hits
Tin tin minuman keras yang dirampas dari peniaga dalam van mengingkar PKP semalam oleh polis IPD PJ Foto Ihsan IPD PJ KUALA LUMPUR Tindakan seorang peniaga yang menjual minuman keras dan rokok seludup menggunakan van melebihi waktu yang dit...
Warga Bangladesh Jadi Dalang Pemalsuan Dokumen Tumpas Selepas Markas Diserbu Imigresen

Warga Bangladesh Jadi Dalang Pemalsuan Dokumen Tumpas Selepas Markas Diserbu Imigresen

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 231 hits
34 total views 34 views today PUTRAJAYA Kegiatan memalsukan dokumen Imigresen yang didalangi warga Bangladesh yang diburu sejak 2017 dengan menjadikan kawasan apartmen di Cheras Selangor sebagai markas tumpas semalam Dalam operasi kira kira...
Daftar Portal Selangor Kerjaya Cara Pendaftaran 10 000 Peluang Pekerjaan Warga Selangor

Daftar Portal Selangor Kerjaya Cara Pendaftaran 10 000 Peluang Pekerjaan Warga Selangor

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 243 hits
DAFTAR PORTAL SELANGOR KERJAYA CARA PENDAFTARAN 10 000 PELUANG PEKERJAAN WARGA SELANGOR Kepada warga Selangor yang tengah mencari peluang pekerjaan Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan laman web Selangor Kerjaya untuk menangani isu pe...
Modal Rm600 000 Jual Balik Rm20 000

Modal Rm600 000 Jual Balik Rm20 000

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 259 hits
ITU nasib pengusaha gimnasium yang rugi besar apabila terpaksa menamatkan operasi ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Setakat ini lebih 30 gimnasium sekitar Lembah Klang terpaksa ditutup di mana kebanyakan peralatan dilonggokkan di sebuah gu...
Kenali Siapa Lelaki Viral Berjaya Jual 10 000 Sambal Dalam Masa 54 Minit Sahaja

Kenali Siapa Lelaki Viral Berjaya Jual 10 000 Sambal Dalam Masa 54 Minit Sahaja

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 503 hits
Kenali siapa Lelaki viral Berjaya jual 10 000 sambal dalam masa 54 minit sahaja Assalamualaikum dan salam sejahtera Pernah dengar nama Khairulaming Siapa Khairulaming ni Kenapa tiba tiba dia boleh jadi viral Sejujurnya aku sendiri pun tak k...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital

Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa