Wardah Lip Matte Best
Baru-baru ni, k.fiezz kongsi Fame Lip Cream kan?Entry yang ni, k.fiezz nak share pasal Wardah Exclusive Lip Matte Cream..Ceritanya, k.fiezz beli Wardah Lip Matte ni dulu di Watson. tapi saja up pasal Fame Lip Cream sebab Fame favourite k.fiezz...Yang Wardah Lip Matte ni, k.fiezz saja cuba..Kebetulan masa ke Watson, tengok ada sale..Harga biasa RM22.xx..Lepas diskaun, jadi RM18.xx...harus la ambil juga...itu pun 3x ulang ke Watson baru ambil juga Wardah Lip Matte ni, tau..hehe..rasanya staff Watson tu pun perasan sampai 3 hari k.fiezz asyik mengulang ke situ..
Penyudahnya ambil juga satu...yang jadi 3x ulang baru beli sebab k.fiezz tak pernah cuba Wardah Lip Matte ni..takut tak serasi dengan bibir..tak serasi nanti, mula la bibir k.fiezz pecah-pecah..adeh..serba salah tau nak cuba..tapi hati kuat nak cuba juga...
Nak pilih warna / kod Wardah Lip Matte ni, pening juga..Semua cantik-cantik..Memang ada tester disediakan tapi ada kod tester, tak ada stok yang baru...tapi nasib baik la kotak Wardah Lip Matte ikut warna isi lip matte dia..Pilih warna tengok pada kotak dia je..Hasil pilih punya pilih...k.fiezz ambil kod no -13, warna - Fruit Punch...
Ni hah warna dia..cantik tak?
Kalau tanya k.fiezz..suka..cantik..sesuai dengan sis..hehe...#perahsan
overall setakat ni k.fiezz puas hati sangat guna Wardah Lip Matte ni sebab - Creamy & lembut, warna MELEKAT DI BIBIR TAPI TAK MENGERINGKAN sebab antara kelebihannya mengandungi vitamin E yang menjaga kelembapan bibir kita walaupun pakai seharian..Selain tu, WARNA dia CANTIK..Wardah Exclusive Lip Matte ni ada 12 warna...dan salah satunya kod yang k.fiezz pilih ni >> Fruit Punch (13)...
KENAPA RAMAI PILIH LIP CREAM MATTE
Kalau dulu, ramai yang memilih lipstick untuk mewarnakan bibir masing-masing untuk nampak cantik & lebih berseri..tapi sekarang ramai beralih arah kepada Lip Cream Matte..termasuk k.fiezz sendiri..Kalau dulu k.fiezz pun suka lipstick yang jenis keras tu (kena pusingkan bekas dia, baru boleh guna) sekarang k.fiezz lebih suka Lip Cream Matte..Hampir sama lipstick dengan lip cream matte cuma lipstick dalam bentuk keras dan lip cream matte dalam bentuk cecair tetapi lebih pekat...Dibandingkan antara dua ni LIP CREAM MATTE lebih tahan lama berbanding lipstick..Yang buatkan k.fiezz pilih Lip Cream Matte ni, senang nak guna atau oles pada bibir sebab tekstur dia cair & senang apply ikut garis di bibir...dan gunakan Lip Cream ni nampakkan mekap kita lebih natural..Warna-warna yang jenis cerah (Merah @ Plum) nampak lebih lembut dengan Lip Cream Matte...
Koleksi peribadi k.fiezz, majoriti lip cream matte..puas hati sangat dengan lip cream matte ni..
Pilihan korang.. Share sikit kat ruangan komen..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2019/10/wardah-lip-matte-best.html