Betul Ke Best Products Malaysia Ni



Beberapa hari yang lepas, mak aku menerima sebuah sampul yang bertulis bakal menerima hadiah utama daripada Best Products Malaysia. Belum apa-apa sudah dapat pengiktirafan dan bakal memenangi hadiah utama yang agak lumayan sebenarnya. Betul ke Best Products Malaysia ni?

Sini aku nak cerita sedikit berkaitan persoalan ini. Aku rasa bukan 1 sampul je yang telah dihantar, tetapi telah banyak sampul yang telah dihantar kepada individu-individu yang terpilih. Bagaimana pula anda terpilih dengan tiba-tiba bakal memenangai hadiah yang cukup lumayan ni?


Tahukah anda, mak aku terpilih sebagai pemenang hadiah utama iaitu RM300,000. 0.3 juta beb! Siapa je nak bagi? Dengan duit tu macam-macam boleh buat. Siap boleh beli cash rumah pula. Jadi inilah antara hadiah yang ditawarkan oleh pihak Best Products Malaysia ni.

Selepas mak aku bagi sampul tersebut, selain nama product yang dipaparkan, juga ada laman web yang ditulis. Jika anda boleh lawati di www.bestproductsmy.com. Selepas aku tengok websitenya, secara langsung sifat ragu-ragu semakin menebal dan aku ingin tengok betul ke dia nak bagi duit yang sebegitu banyak. Anda nak bagi wang RM300,000 tetapi website tidak seperti mempunyai syarikat yang besar pun. Blog aku ni, aku rasa mahu RM10,000 kot hahaha



Dapat Surat Daripada Best Products Malaysia
Berbalik kepada surat yang mak aku terima, di dalamnya lebih 5 helai kertas yang diberi dan antaranya adalah sebuah katalog barangan dan borang pembayaran. Ya! untuk melayakkan anda menerima hadiah utama tersebut, anda perlu membeli sekurang-kurangnya 1 barang Best Products

Keraguan seterusnya muncul adalah apabila aku lihat pada katalog barangan tersebut. Ini kerana, harga barangan yang ditawarkan sekali-kali tidak masuk akal. Secara logik akal pun, kita takkan beli barangan tersebut sekali pun ianya keperluan. Sebagai contoh barangan paling murah adalah acuan pelbagai warna (yang biasa kita buat cupcakes) berharga RM39 sedangkan anda boleh dapatkan di luar dengan RM1 je. Sudah berapa ringgit di ambil? Kopiah RM69, sejadah RM89, Kain Batik, RM99 dan banyak lagi


Sepertinya, di dalam sampul tersebut diberi semuanya maklumat yang anda perlu yang tiada di dalam laman web mereka. Anda tidak perlu pergi ke laman web untuk ketahui lebih lanjut pun. Kalau nak kepastian pun sebab nak tengok video yang disediakan di laman web mereka. 
Jadi anda perlu beli barangan  at least 1 unit dengan harga paling murah RM39 dan berpeluang mendapatkan hadiah utama RM300,000. Ada juga tawaran diberi, beli barang sehingga RM179 untuk dapatkan Myvi atau RM50,000. Senang bukan! Tiba-tiba aku teringat iklan SKMM berkaitan formula T.I.P.U iaitu U untuk Untung Besar


Ragu-Ragu Terhadap Tawaran Best Products Malaysia
Disebalik timbul ragu-ragu dan tidak ingin ambil risiko ini, terdapat juga contoh yang sebenarnya sebelum ini, memang ada insan yang telah memenangi hadiah utama tersebut iaitu RM300,000. Best Products menayangkan senarai pemenang melalui Video di YoutubeBest Products dapat liputan daripada akhbar tempatan seperti Berita Harian dan MetroJuga melantik beberapa artis tempatan menjadi duta seperti Dato Jalaludin HassanTetapi website nampak tak profesionalSelepas itu, barulah pencarian untuk mencari kebenaran itu berjalan. Mula-mula mestilah aku cuba google tetapi macam tak banyak maklumat perkongsian daripada orang ramai tetapi lebih kepada liputan akhbar tempatan ni. Kalau adapun melalui perkongsian blog sishawa. Sepertinya tidak ingin ambil risiko untuk sertai dan memanangi hadiah tersebut


Selepas melalui Google, aku pergi ke Twitter pula. Sepertinya tiada maklumat yang aku perolehi. Kemudian pergi ke Facebook dimana aku jumpa Page Facebook Best products Malaysia. Disinilah banyak maklumat yang aku boleh kongsikan disini



Rata-rata perkongsian daripada warganet agak negatif bunyinya. Antaranya adalah penipu, scammer, tabur janji manis, barang tidak berkualiti dan sebagainya. Anda boleh baca sendiri di facebook mereka untuk lebih ketahui lebih lanjut. Adakah Best Products menipu?

Baca Juga : Jawab Survey dan Boleh Dapat Duit Daripada YouGov
Melalui helaian kerta yang diberi, anda menang hadiah utama tetapi anda terlebih dahulu perlu membeli mana-mana barang Best Products yang harganya agak mahal. Tetapi hakikatnya melalui terma & syarat yang diberikan, anda perlu membeli barang mereka dan menjadi top 5 individu yang berbelanja paling tinggi. Jika anda merupakan pembeli yang paling tinggi, anda akan diberi soalan kuiz dan mestilah menjawab soalan tersebut dengan betul, jika gagal, tawaran diberi kepada individu no 2 pula sehinggalah seterusnya. 
Perkongsian Daripada Warganet
Di Facebook Best Products sudah ramai mereka yang berbelanja sehingga beribu ringgit tetapi tiada pun yang telah memenangi sama ada hadiah utama, hadiah pertama atau hadiah kedua. Ada juga berkongsi, barang yang dibeli, memang dapat tetapi barangnya tidak berkualiti sama dengan harga yang ditawarkan. Ada juga yang minta refund tetapi tidak dapat. 



Yang paling tidak best sebenarnya, rata-rata yang menerima sampul surat ini adalah ibu bapa kita yang mungkin sudah pencen sekarang. Tawaran mereka yang begitu gah, sudah pastinya tidak fikir panjang terus beli barang yang mahal untuk dapatkan beribu-ribu ringgit. 
Kalau betul, nak berniaga, kenapa Best Products tidak membuat iklan di arus perdana seperti biasa. Kenapa mesti pos kepada individu. Bagaimana pula mereka dapatkan alamat rumah kita? Bagaimana mereka boleh kenali kita? Siap nama penuh


Akhirnya
Nasib baik mak aku bijak macam anaknya. haha dengan tidak mengendahkan langsung tawaran yang diberi walaupun bakal memenangi RM300,000 sekalip mata macam tu je. Sudahlah dengan bersepahnya scammer dan penipu diluar sana. Jadi benda-benda macam ni, harusnya diambil berat juga. Barang yang dijual bukan keperluan, tak perlu beli kalau tidak perlu. Nak hadiah pula, kene beli barang. Barang pula tidak berkualiti seperti yang dikongsi dan sangat mahal

Jadi kepada anda yang menerima juga surat ini, selidik lah terlebih dahulu. Jangan rambang mata, disebabkan dengan tawaran yang diberi. Sasaran mereka sepertinya warga pencen dan kepada anak-anak bagilah nasihat kepada orang tua anda. Jangan laburkan duit pencen kepada benda yang meragukan. 
Kalau anda ada juga pengalaman berkaitan Best Products Malaysia ni, kongsikan di ruang komen supaya ramai lagi yang akan membaca dan ketahui akan maklumat ini. Juga kepada yang telah menang, apa kata kongsikan juga pengalaman anda



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aimanabdullah.com/2019/10/betul-ke-best-products-malaysia-ni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Masa Bahasa Malaysia Saya Kurang Betul Raja Permaisuri Agong Akui Kalau Cakap English Tak Betul

Ada Masa Bahasa Malaysia Saya Kurang Betul Raja Permaisuri Agong Akui Kalau Cakap English Tak Betul

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 840 hits
Sejak akhir akhir ni kecoh di media sosial isu pelakon terkenal Malaysia Maya Karin menegur masalah pelajar di pedalaman Malaysia yang tak pandai berbahasa Inggeris Ada masa Bahasa Malaysia saya kurang betul Raja Permaisuri Agong Akui Kalau...
Bayaran Terkini Dan Dokumen Untuk Membuat Passport Malaysia

Bayaran Terkini Dan Dokumen Untuk Membuat Passport Malaysia

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 555 hits
Assalammualaikum wbt Hi korang Semalam dah share tentang mommies me time Ni sambungannya lah Kalau nak tahu masa book tiket tu passport takdak lagi Main book ja dulu Hehe Book dulu sebab passport boleh buat kemudian Passport MalaysiaBook ti...
Pengalaman Terbang Dengan Malaysia Airlines Klia Labuan

Pengalaman Terbang Dengan Malaysia Airlines Klia Labuan

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 461 hits
Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines sememangnya punyai kualiti perkhidmatan mereka yang tersendiri Rasanya sudah hampir 5 tahun tidak terbang dengan Malaysia Airlines Kali terakhir terbang ke Kansai sempena Media Trip Fukuoka Alha...
Program Subsidi Minyak Hanya Di Semenanjung Malaysia Sahaja

Program Subsidi Minyak Hanya Di Semenanjung Malaysia Sahaja

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 346 hits
2 9 juta penerima BSH dapat manfaat Program Subsidi Petrol Kira kira 2 9 juta penerima Bantuan Sara Hidup akan mendapat manfaat daripada Program Subsidi Petrol yang dilancarkan kerajaan hari ini membabitkan jumlah tanggungan kerajaan sebany...
Han Byul Peserta Luar Malaysia Juara Big Stage 2019

Han Byul Peserta Luar Malaysia Juara Big Stage 2019

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 706 hits
Siapa sangka kelainan yang dibawakan oleh program realiti paling popular tahun ini membuahkan hasil yang sangat luar biasa Ini kerana peserta bukan dari Malaysia menjadi juara bagi program musim kedua ini Tahniah kepada Han Byul berjaya men...
Korea No 1 Teh Premium Heuk Hwa Dang Kini Di Malaysia

Korea No 1 Teh Premium Heuk Hwa Dang Kini Di Malaysia

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 788 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Restoran minuman popular Korea Premium Tea Dessert House di Hongdae iaitu Heuk Hwa Dang akhirnya tiba di Malaysia Kini kalau korang selalu tengok d...
Ini Pertandingan Malaysia Bagi Korea Menang Buat Apa

Ini Pertandingan Malaysia Bagi Korea Menang Buat Apa

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 164 hits
Seperti sudah dijangka peserta kegemaran ramai Han Byul diumumkan sebagai juara Big Stage 2019 Bagaimanapun ramai yang tidak berpuas hati dengan kemenangan The post appeared first on
Kamera Bingkai Penuh Nircermin Sony A9 Ii Diperkenalkan Akan Memasuki Pasaran Malaysia Pada Bulan Disembe

Kamera Bingkai Penuh Nircermin Sony A9 Ii Diperkenalkan Akan Memasuki Pasaran Malaysia Pada Bulan Disembe

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 184 hits
Sony baru baru ini telah memperkenalkan kamera bingkai penuh nirbingkai terbaru mereka Sony A9 II yang merupakan penambahbaikan kepada kamera Sony A9 yang banyak digunakan oleh ramai jurugambar profesional di seluruh dunia Bermula dengan sp...
6 Cara Tambah Follower Instagram Malaysia Terkini

6 Cara Tambah Follower Instagram Malaysia Terkini

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 253 hits
Adakah anda sedang mencari cara tambah Follower Instagram Malaysia Anda punya akaun Instagram tapi masih kurang follower Jika ya teruskan bacaan anda sehingga habis artikel ini Masa kini ramai orang yang mencari jalan pintas untuk tambah fo...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik


Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya