Wardah Lightening Two Way Cake Light Feel
Pas dinner dengan Family yesterday di Vind's Kitchen kebetulan alat kosmetik ada yang dah nak habis so kebetulan kedai Watson tidak jauh dari restoran tu just few steps jer.
Plan nak beli Maybelline cause dah tahu which one yang suit me. Tetapi tiba - tiba nampak plak Wardah nie. Pernah nampak tapi tak berani sangat nak tukar kosmetik memandangkan muka saya nie ada sensitif sedikit dan mudah berminyak apabila memakai alat solek yang tidak sesuai dengan saya.
Tetiba hati ini terdetik nak mencuba dan membaca info produk nie. Pagi nie dengan rasminya saya mencuba Lightening Two Way Cake light feel Golden Beige compresed powder pas memakai foundation di muka. Untuk foundation saya pakai foundation jenama berbeza iaitu Maybelline Fit Me Foundation Stick Buff Beige.
Sebaik memakai Lightening Two Way Cake light feel Golden Beige compressed powder saya tak perlu memakai dengan tebal hanya dengan perlu touch up di muka ini untuk sapuan di muka saya dan sungguh puas hati memakainya apabila kesan - kesan jerawat mudah tertutup dengan menggunakan compresed powder dan foundation. Ketika hendak memulakan langkah sapuan hanya cukup sekadar menepuk, atau lebih senang paham deep-deep jer. Tekstur powder yang bebas kilat even berjam - jam. Bagi kulit seperti saya powder ini tidak memiliki bau dan oil controlnya pun cukup tahan selama 4 jam pemakaian. Amat sesuai bagi menutupi bekas - bekas jerawat mahupun bintik - bintik di muka. Tapi jika terdapat bekas - bekas jerawat yang ketara maka sapuan yang terbal diperlukan.Sponge bedak terasa sangat lembut saat digunakan untuk menyapukan bedak di wajah
Wardah Lightening Two Way Cake light feel Golden Beige compressed powder ini boleh didapati di semua cawangan Watsons Malaysia.
For more info;
http://www.pusatkosmetik.com/wardah/lightening-two-way-cake-light-feel-wardah1208.html
http://wardahmalaysiashop.blogspot.com/2012/03/luminous-two-way-cake.html
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://tzeteacherdiva.blogspot.com/2018/12/wardah-lightening-two-way-cake-light.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+TeacherDivaPenNPaperColours+%28Pen+%27N%27+PaperColours