Tukar Segera Menteri Gagal Kawal Harga Barang



Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sewajarnya ditukar berikutan kegagalan beliau dan kementeriannya mengawal kenaikan harga barangan di pasaran.
Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, KPDNHEP seharusnya telah bertindak mengawal harga barang-barang keperluan menjelang perayaan Krismas, bukannya membiarkan harga bahan makanan dan sayur sayuran melambung.
“Berdasarkan laporan media termasuk media sosial, rakyat sangat terkesan dengan peningkatan harga barang yang berlaku secara mendadak, sama ada harga sayur, roti, ayam, alat gantian kereta, bahan binaan, ais dan pelbagai barangan lain. Malah pengumuman terbaru bahawa kos menunaikan haji juga bakal meningkat amat mengecewakan.
“Namun sehingga kini kita cuma mendengar alasan demi alasan dan melihat tindak balas lembab Menteri dan Kerajaan.
“Pada ketika ramai masih tertekan akibat kehilangan pekerjaan dan pendapatan, malah ramai memilih mengeluarkan wang simpanan hari tua dari KWSP, atau meminjam dari pihak yang tidak sepatutnya demi kelangsungan hidup, Menteri KPDNHEP mestilah bertanggungjawab,” katanya.
Sebaliknya, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, Alexander Nanta Linggi tidak berada malu menyatakan harga barang masih normal malah memaparkan pula pencapaian Indeks Prestasi Utama (KPI) beliau yang kononnya amat baik sepanjang 100 hari memegang jawatan.
“Saya kesal dengan siri kenyataan Menteri bahawa “harga barang masih normal” dan beliau kononnya telah mencapai 100 peratus sasaran KPI bagi KPDNHEP.
“Ini membuktikan beliau tidak berpijak di bumi yang nyata dan tidak prihatin akan nasib serta kesengsaraan ahli-ahli “Keluarga Malaysia”.
“Memandangkan 100 hari telah berlalu sejak beliau dilantik, dan oleh kerana beliau cuma berlengah tanpa mengambil tindakan tegas dan pantas, Perdana Menteri mestilah mengotakan janji dan menukar Menteri KPDNHEP yang gagal ini
“Pada masa yang sama, Perdana Menteri sendiri perlu nyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil Kerajaan untuk segera menjamin harga barang dapat dikawal,” katanya.
Tambah Fahmi, kenaikan harga barangan bukanlah khabar angin sebaliknya telah diakui oleh Ketua Perangkawan Malaysia berdasarkan Indeks Harga Pengguna (CPI).
“Beberapa hari lalu, Ketua Perangkawan Malaysia telah mengumumkan Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi Oktober yang meningkat 2.9 peratus tahun ke tahun, menunjukkan harga barang benar benar semakin meningkat,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33581

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Gps Sarawak Gagal Kawal Harga Barang Keluarga B40 Sensara

Kerajaan Gps Sarawak Gagal Kawal Harga Barang Keluarga B40 Sensara

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 292 hits
Kegagalan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak mengawal harga barang di negeri itu amat dikesali Menurut Ketua Wanita KEADILAN Cabang Sibuti Sarawak Zulhaidah Suboh tiada alasan kukuh yang boleh diberikan oleh kerajaan GPS berikutan kenaikan har...
Pemuda Umno Tempelak Kerajaan Ismail Sabri Kerana Gagal Kawal Harga Barang

Pemuda Umno Tempelak Kerajaan Ismail Sabri Kerana Gagal Kawal Harga Barang

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 330 hits
malaysiamerdeka comPEMUDA Umno meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna lebih pro aktif mengawal harga barang keperluan asas rakyat pasca pandemik dan menjelang musim hujan Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut ...
Penasihat Agama Pm Lebih Pentying Daripada Kawal Harga Barang

Penasihat Agama Pm Lebih Pentying Daripada Kawal Harga Barang

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 282 hits
Pelantikan penasihat agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sesuai dilakukan di tengah tengah kenaikan harga barangan keperluan harian yang tidak terkawal Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Akmal Nasir berkata ...
Bergambar Demo Harga Barang Naik Sany Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Segera Turunkan Harga Barang Keperluan

Bergambar Demo Harga Barang Naik Sany Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Segera Turunkan Harga Barang Keperluan

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 475 hits
November 29 2021 Pemuda Amanah dan biro mobilisasi parti itu turun ke jalan raya hari ini untuk melakukan flash mob di 14 lokasi di seluruh negara bagi menyuarakan bantahan terhadap kenaikan harga barangan keperluan asas Flash mob itu diada...
Harga Barang Naik Anwar Kata Kerajaan Ismail Sabri Gagal

Harga Barang Naik Anwar Kata Kerajaan Ismail Sabri Gagal

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 410 hits
December 1 2021 Kerajaan dilihat gagal menguruskan kemelut kenaikan harga barang apabila tidak mengemukakan sebarang tindakan drastik untuk mengatasi isu berkenaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agensi kerajaan yang sepa...
Silap Menteri Harga Barang Naik Kerana Kurang Tenaga Kerja Dakwa Ahli Parlimen

Silap Menteri Harga Barang Naik Kerana Kurang Tenaga Kerja Dakwa Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 334 hits
Ngeh Koo Ham berkata kekurangan tenaga kerja di ladang mengakibatkan lonjakan harga sayur sayuran dari 100 hingga 200 KUALA LUMPUR Kenaikan harga kebanyakan barangan di negara ini adalah akibat dua kementerian tidak dapat mencapai keputusan...
Anwar Ibrahim Krisis Terkait Harga Barang Kerajaan Dah Gagal Kerana Ti

Anwar Ibrahim Krisis Terkait Harga Barang Kerajaan Dah Gagal Kerana Ti

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 272 hits
Anwar Ibrahim Krisis Terkait Harga Barang Kerajaan Dah Gagal Kerana Tidak Mengambil Langkah Segara
Ringgit Firmer Against Us Dollar At Opening

Zurich Liga 7x7 All Stars Returns With Big Names

Malaysia Mustn T Blindly Support Iran Which Has Committed Numerous Atrocities Against Muslims

Honda Bangunkan Roket Boleh Guna Semula Seperti Roket Elon Musk

Huawei Freebuds 6 Launches In Malaysia

Debaran Dalam Membuat Keputusan

Tips Masak Sambal Tumis Udang Yang Mudah Dan Cepat

Find The Perfect Florist In Petaling Jaya For Every Occasion


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makan Di Soto Seri Bunian Pontian

Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Salam Jumaat

Usah Risau Rezeki Anak Dijamin Allah Swt

Ranking Universiti Malaysia Terbaik Di Dunia 2026

Maxwel Franklin Saran Chelak Jari Tua Chord