Wanita Warga Emas Hilang Dari Rumah Di Semanggol
Bagan Serai : Sebuah keluarga merayu bantuan orang ramai untuk mengesan ibu mereka yang dilaporkan hilang dari kediaman di Kampung Jaya, Batu 10, Jalan Kerian, Semanggol, Sabtu lepas.
Anak lelaki mangsa, Jantan Abu Bakar, 40, berkata ibu mereka, Fatimah Mat, 72, disedari hilang oleh ahli keluarga pada pukul 12.30 tengah hari Sabtu lepas.
Beliau berkata kali terakhir ibu mereka berada di kediaman mereka pada pukul 10 pagi dan hanya menyedari ketiadaan ibunya di rumah pada pukul 12.30 tengah hari itu.
”Kami bimbang kerana ibu kami ada masalah pelupa dan kesihatannya juga tidak menentu. Puas kami mencari di sekeliling rumah dan seluruh penduduk kampung membantu tetapi belum menemuinya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jantan berkata selain pencarian beramai-ramai mereka turut menularkan berita kehilangan ibu di laman media sosial dan aplikasi WhatsApp dengan harapan ibu dapat ditemui dengan segera
“Selain itu kami turut berjumpa dengan pengamal perubatan dan beberapa orang ustaz mengenai kehilangan ibu kami namun jawapan yang kami terima dimaklumkan ibu masih berada di sekitar kawasan ini namun gagal ditemui,” katanya.
Beliau berharap jika ada sesiapa mengetahui dan ternampak ibu kami diharapkan segera menghubungi kami di talian 019-4764199 atau 013-4792601.
Katanya, satu laporan polis mengenai kehilangan ibunya telah dibuat di Balai Polis Semanggol pada Ahad lepas.
Sumber : Bernama
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/10/08/wanita-warga-emas-hilang-dari-rumah-di-semanggol/