Wanita Tidak Seharus Dipaksa Bertudung Latheefa


MALAYSIAKINI

   
Anggota Jawatankuasa Pusat PKR, Latheefa Koya mengingatkan orang ramai supaya tidak memaksa wanita bertudung.

Menurut peguam itu, ini kerana tiada paksaan dalam Islam berkaitan tuntutan berkenaan.

“Saya langsung tidak setuju orang dipaksa pakai tudung. Itu bukan cara Islam. Tiada paksaan dalam Islam. Mana pergi prinsip ini.

“Hanya semata-mata seorang tak pakai tudung - adakah dia akan masuk neraka? Adakah dia jadi murtad? adakah dia jadi seorang perempuan yang jalang?

“Come on lah, itu adalah satu pemikiran ekstremis,” kata Latheefa di Facebooknya, hari ini.

Isu berkaitan tudung timbul apabila aktivis Maryam Lee Abdullah dalam pelancaran bukunya yang bertajuk Unveiling Choice disusuli forum membincangkan isu perempuan Melayu yang tidak lagi bertudung di Petaling Jaya.


Susulan daripada itu, Menteri Agama Mujahid Yusuf Rawa mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menyiasat forum berkenaan.

Mengulas lanjut berkaitan forum itu, Latheefa berpendapat seseorang yang mengikut atau menghadiri forum seperti itu akan terus luntur imannya untuk membuka tudung.

“Biar seseorang wanita itu bebas memikir dan memilih sama dia mahu berhijab atau tidak.

“Janganlah mencerminkan orang Islam itu terlalu rapuh dan obses kepada bentuk badan, dan rambut, dan seks,” katanya.

Latheefa yang juga adalah pengarah eksekutif kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) juga tidak bersetuju jika pengajaran Islam hanya berasaskan pemakaian seseorang.

“Bukan sekadar tudung sahaja. Biarlah orang nak bincang kenapa dia buka tudung atau pakai tudung,” katanya.

Peguam yang lantang bersuara berkaitan hak asasi itu juga berkongsi cerita bagaimana beliau memilih untuk memakai tudung ketika di tingkatan enam.

Menurutnya, beliau memilih jalan itu bukan kerana ingin tunjuk ‘alim’ sebaliknya sebagai satu tanda protes kepada penganiayaan terhadap mereka yang menutup aurat di timur tengah.

“Sebab ketika itu saya terbaca orang yang pakai tudung di negara lain seperti di Turki, Mesir dianiaya dan tidak dibenarkan, saya rasa marah,” katanya.

Beliau turut mengakui agak sukar istiqamah dalam memakai tudung namun kini ia sudah menjadi sebahagian daripada tindakan semulajadi.

“Tetapi akhirnya setelah beberapa tahun lalu, saya rasa selesa pakai tudung, telah jadi second nature, tak pikir pun apa ada atas kepala saya tu. Selalu kena tegur oleh kawan-kawan sebab tudung saya senget,” katanya.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/wanita-tidak-seharus-dipaksa-bertudung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Langsung Tidak Setuju Perempuan Dipaksa Pakai Tudung Itu Bukan Cara Islam Latheefa Koya

Saya Langsung Tidak Setuju Perempuan Dipaksa Pakai Tudung Itu Bukan Cara Islam Latheefa Koya

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 1077 hits
Peguam hak asasi manusia Latheefa Koya Abdullah hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak memaksa wanita bertudung kerana tiada paksaan dalam Islam berkaitan tuntutan berkenaan Saya langsung tidak setuju orang dipaksa pakai tudung Ini bu...
Gambar Wanita Bertudung Tapi Pakai Skirt Pendek Paras Lutut Di Terminal Bersepadu Selatan Ini Yang Terjadi

Gambar Wanita Bertudung Tapi Pakai Skirt Pendek Paras Lutut Di Terminal Bersepadu Selatan Ini Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 2167 hits
Gambar Wanita Bertudung Tapi Pakai Skirt Pendek Paras Lutut Di Terminal Bersepadu Selatan Ini Yang Terjadi Gambar Wanita Bertudung Tapi Pakai Skirt Pendek Paras Lutut Di Terminal Bersepadu Selatan Ini Yang Terjadi
Isteri Jadi Singa Kerana Tertekan Kajian Wanita Menjadi Kasar Kerana Kurangnya Perhatian Kasih Sayang

Isteri Jadi Singa Kerana Tertekan Kajian Wanita Menjadi Kasar Kerana Kurangnya Perhatian Kasih Sayang

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 553 hits
Karakter isteri yang dikaitkan dengan singa bukan sifat asal seorang isteri atau ibu sebaliknya ia berpunca daripada keadaan sekeliling yang menyebabkan mereka berubah Trainer Nuero Semantic NLP yang bertauliah dalam bidang Pembangunan Moda...
Lepas Kandungan Kembar Gugur Wanita Ini Rupanya Masih Hamil Tapi Luar Rahim Kisahnya Dalam Pa Ma Tv

Lepas Kandungan Kembar Gugur Wanita Ini Rupanya Masih Hamil Tapi Luar Rahim Kisahnya Dalam Pa Ma Tv

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 753 hits
Kandungan gugur tapi ujian air kencing tetap positif ujian darah menunjukkan hormon beta hCG terus meningkat Rupa rupanya masih ada satu janin di tiub fallopian Perkongsian Puan Waheeda dalam rancangan TV Pa Ma episod 5 yang bertajuk Kompli...
Isteri Sempat Tolak Suami Wanita Hamil 4 Bulan Terkorban Digilis Tayar Lori

Isteri Sempat Tolak Suami Wanita Hamil 4 Bulan Terkorban Digilis Tayar Lori

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 859 hits
Seorang wanita hamil empat bulan dilaporkan maut manakala suaminya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori Dalam kejadian yang berlaku semalam di persimpangan lampu isyarat di Bukit Treh Mua...
Wanita Memiliki Dagu Lekuk Pa Kar Mengurat

Wanita Memiliki Dagu Lekuk Pa Kar Mengurat

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 1095 hits
Wanita Memiliki Dagu Lekuk P akar Mengurat Bagi mereka yang mempunyai belahan dibahagian dagunya atau lekuk pada dagu sememangnya nampak sangat unik dan istimewa Selain memberikan tarikan pada rupa paras lekukan pada dagu menyerlahkan simet...
Hukum Shaf Wanita Bercampur Dengan Laki Laki

Hukum Shaf Wanita Bercampur Dengan Laki Laki

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 317 hits
Jika shaf shalat wanita bercampur dengan shaf laki laki tanpa ada hajat hukumnya makruh akan tetapi shalatnya sah Karena perintah agar shaf wanita terpisah berada di belakang shaf laki laki hanya bersifat istihbab bukan perkara yang wajib y...
Peran Wanita Menjadikan Indonesia Poros Maritim Dunia

Peran Wanita Menjadikan Indonesia Poros Maritim Dunia

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 451 hits
Indonesia sudah memiliki sosok Ratu Kalinyamat yang lahir tiga abad sebelumnya Putri Sultan Trenggana yang lahir dengan nama Retno Kencono itu bisa dianggap sebagai perempuan yang melampaui jamannya
A Majlis Wanita Tampin Ditahan Disyaki Bersekedudukan Dengan Lelaki Warga Asing

A Majlis Wanita Tampin Ditahan Disyaki Bersekedudukan Dengan Lelaki Warga Asing

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 735 hits
TAMPIN Ahli Majlis wanita di Tampin ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan kerana dipercayai melindungi lelaki warga Indonesia yang tidak memiliki dokumen sah di negara ini selain didakwa bersekedudukan di Gemas kelmarin Sumber ...
A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan

Data Analytics For Business Decisions

Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Anggota Tentera Maut Dipercayai Dibelasah 20 Senior

Resepi White Macadamia Cake

Printing Kotak Packaging Custom Pilihan Terbaik Untuk Bisnes Kecil Sederhana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cristiano Ronaldo Akhirnya Lamar Georgina Rodriguez

Ibu Hamil Bersalin Tepi Jalan Orang Awam Datang Bantu Buat Ramai Terharu

The World Must Unite And Beat Trump At His Own Game

Stronger Measures Being Taken To Deal With Digital Misconduct Among Students Fadhlina Tells Parliament

Siti Kasim Wants Zahid To Impose Gag Order On Gollum Akmal Before He Shames The Malays Further

Ideas Beef Recipes Pioneer Woman